Rabu, 20 Jun 2012

keberkatan ilmu syahadah..



   Sememangnya banyak cerita cerita dari keberkatan kalimah Syahadah .ingat tak kisah 11  jaanuary 1982 kisah Allayaraham Tan Sri Ghazali Shafei yang jatuh kapal terbang Cesnna dari Janda Baik ,,jatuh diatas rumpun buluh sehingga buluh hancur dan beliau hanya cedera ringan sahaja,,apa ucapan beliau semasa jatuh hanyalah kalimah Syahadah



            Keberkatan Syahadah juga terjadi pada anak buah saya ,kisahnya ada seorang anak buah saya baru diijazahkan kalimah syahadah,namanya biarlah saya namakan Rahim Seleng(bukan nama sebenar) kisah ini terjadi dalam tahun 2003 tak silap saya ,beliau ini dalam umur 20 an ,orang gedebe gak.pernah kejar orang dekat Pasar Besar Khadijah Kota Bharu dengan gunting sahaja,,berani la,ayah dia orang bersohor jugalah di Kampung Tasik (bukan nama sebenar)

            Rahim Seleng disuruh ayah beliau menyertai gayong maarifat dengan saya setelah melihat ada seorang anak buah di kampung dia yang telah berubah bila menyertai gayong maarifat padahal lelaki ini adalah pengedar pil kuda terbesar di kampung itu(cerita ini akan saya ceritakan dalam bab lain ,,insyaAllah).,pendek cerita setelah menyertai gayong maarifat keesokannya ,kawan kawan Rahim Seleng mengajak beliau ke pantai PCB untuk pesta minum arak ,



     jadi Rahim menaiki kereta kancil yang disewa rakan- rakanya ,dalam hatinya gelisah memikirkan lepas ni di mungkin terpaksa minum arak bersama kawan kawanya ,dia malu dan segan untuk memberitahu kawan- kawannya dia telah menyertai gayong maarifat ,,Ya Allah tolonglah lah ambo ni ,ambo malu dengan MU yaa Allah ,,hati dia merintih masa naik kerata tu bersama rakan rakanya ,padahal minum arak adalah perkara biasa geng gengnya di Kelantan.



       Tiba tiba mungkin berkat doa dia ,dia teringat pesan saya ''ilmu ini bila terdesak Syahadah,pastu niat minta pertolongan Tuhan ,bila teringat pesan saya tu dia terus bersyahadah dan berniat dalam hati yaa Allah bantulah
ambo ,ambo toksir dah minum arak ni, lepas dia niat je kawan kawan dia tiba tiba berhenti dekat kedai runcit untuk turun membeli makanan dan rokok ,

dia tak turun dari kereta semasa kawan kawan dia turun dari kereta dia terus memndang ada lebih dari sepuloh otol arak kecil ada dalam kereta dia ,dia pun terus berSyahadah dan minta Allah tawarkan arak tu dan beliau pun buat gerak rasa sambil berserah kepada Allah dengan sepenuh hatinya,

   


          Setelah selesai membeli rokok dan makanan beliau bersama rakan rakannya pun pergi lah ke pantai cahaya bulan ,,kalau dulu dikenali pantai cinta berahi  mereka pergi ketempat yang jauh dari pandangan manusia dan mereka pun minum arak yang dibawa ,,tiba tiba salah seorang mereka merepek kenapa air arak , tawar tiada rasa apa apa ,,meraka pun buka semua last last semuanya tawar ,,dan mereka pun geram memecahkan semua botol botol arak dengan menghempaskan dekat batu disitu juga

                Rahim Seleng bersyukur didalam hatinya kerana doanya diperkenankan oleh Allah swt  walaupun padahal dia dulu adalah sekaki minum arak dengan geng genya ditepi pantai ,

       Itulah secebis kisah dari anak murid saya moga moga jadi panduan dan motivasi untuk kita semua,awal tahun lepas saya berjumpa dengan nya dan beliau belanja saya makan nasi kukus di pengkalan chepa ,sekarang dah bekerja dan berkahwin serta mendapat seorang cahaya mata


              Beliau bersyukur kerana berkat Ilmu Gayong Maarifat walaupun hanya belajar satu jam sahaja telah mengubahnya dari seorang gedebe kepada seorang manusia,,saya terharu dan bersyukur kepada Allah swt dan mendoakan beliau terus istiqamah dengan amalannya.

         Hanya Dia sahajalah dapat mengubah hati hamba -hambaNYA ,kami cuma menyampaikan yang HAQ
Taufiq dan Hidayah ditanganNYA beruntunglah orang orang yang dipilihNYA
inilah keberkahan kalimah Syahadah

SYAHADAH LAH KAMU SEBELUM KAMU DISYAHADAHKAN





Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22). Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (23). Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24).

Surah Al-Hasyr (ayat 22-24)















Tiada ulasan:

Catat Ulasan