Rabu, 11 April 2012

GAYONG MALAYSIA VS GAYONG MAARIFAT



sering juga ambo ditanya apa kah gayong maarifat ini pecahan dari silat gayong yang diasaskan
oleh Allayarham Dato Meor Abdul Rahman ,jawapanyya tidak sama sekali ,,
gayong maarifat diasaskan oleh YTM TKS Datuk Paduka dr Azam Zulkifli al Qadiri pada tahun
1990 ,Ianya permainan seni silat tua yang dipelajari oleh beliau gabungan permainan dari Pahang ,Jawa tengah ,sumatera .Ianya telah disusun dengan silibus yang kemas dan teratur .
Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

Pelajaran

Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:
>Buah Pukul Minang
>Sendeng Dua Beradik
>Terlak Sumatera
>Cekak Minang
>Harimau Minang
>Panglima
>Laksamana

Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
2. Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
3. Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
6. Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.
IKRAR AHLI GAYONG MAARIFAT

Dengan Lafaz
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kami anak - anak Gayong Maarifat berikrar akan :-

Menegakkan Syiar 2 Kalimah Syahadah di atas muka bumi ini.
Menjaga dan memelihara maruah Gayong Maarifat dengan seluruh jiwa dan raga
Melaksanakan segala usaha yang terdaya dalam mencapai cita - cita Gayong Maarifat
Memelihara Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Maruah Bangsa Melayu
Mentaati kepimpinan Gayong Maarifat dengan hati yang ikhlas
Dan Kami sebagai Rakyat Malaysia berikrar akan:-

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetian Kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Dan selaku umat Islam kami berpegang kepada Lima Rukun Islam:-

Mengucap 2 Kalimah Syahadah
Menunaikan Solat Sehari dan Semalam 5 waktu
Berpuasa penuh di Bulan Ramadhan
Menunaikan Zakat
Menunaikan Haji (sekiranya mampu)
Serta Kami menetapkan hati dengan menghayati Rukun Iman iaitu:-

Beriman Kepada Allah
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Rasul
Beriman Kepada Kitab
Beriman Kepada Qada & Qadar
BEriman Kepada Hari Kiamat
DENGAN KALIMAH LAILAHA ILLAH KAMI AKAN MELAKSANAKAN SEGALA IKRAR & JANJI KAMI

jadi apapun antara kita dan silat gayong adalah kita satu syahadah ,satu bangsa ,kita juga bersumpah
sama sama mempertahankan kedaulatan bangsa kita,,,tiada sengketa antara kita ,yang terbaik diantara
kita adalah yang bertakwa dan berkasih sayang diantara kita


Tiada ulasan:

Catat Ulasan