Sebuah hikayat yang telah diperturunkan sejak sekian lama oleh hulubalang – hulubalang Melayu dan Jawa. Sebuah kisah tentang kehebatan pahlawan - pahlawan Melayu dahulu kala dalam mempertahankan daulat bumi Melayu dari dicemarkan oleh penjajah durjana. Sebuah lagenda agung yang menyimpan sebuah rahsia yang sekian lama cuba di buang jauh oleh para penjajah. Kerana tidak mahu orang Melayu itu bangkit membela bangsa……
1525 – Sudah hampir lima belas tahun peperangan di antara Melayu dan Portugis berlanjutan tanpa ada kesudahannya. Raja Portugal telah lama memecat wizurainya di Melaka. Lantas digantikan dengan seorang wizurai baharu yang sudah bersumpah sejak dari kecilnya untuk menghapuskan nama Islam dari sejarah dunia. Maka dipersiapkannya sekalian bala tentera yang maha hebat untuk menghapuskan jalur keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu berkerajaan di Bentan. Sebuah armada besar yang tidak pernah dilihat oleh dunia sebelum ini.
1525 - Satu tarikh yang cuba dilenyapkan dari nukilan sejarah bangsa Melayu. Pada tahun ini telah berlaku beberapa peristiwa yang tidak sesekali mahu dikenang oleh sekalian penjajah, dan juga sekalian keturunan raja – raja Melayu
boleh didapati dimana mana kedai buku ternama
harga rm 39.90
klik disini untuk order secara online
''Tun Hussein melompat tinggi melepasi barisan pertama tentera Portugis. Rata – rata tentera Portugis seperti terkejut kerana bagaimana seorang yang lebar badannya itu boleh melompat sebegitu tinggi. Mereka tidak tahu, bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada diri sekalian pendekar Melayu.
Tun Hussein mencabar sekalian tentera Portugis yang ada. Pedangnnya dilayangkan ke arah leher dan kaki setiap tentera Portugis di sekelilingnya itu. Ramai yang rebah tiada lagi bernyawa. Hulubalang Melayu yang lain juga mula bertempik membeliakan mata, garang, seakan sekawan serigala yang dahagakan darah. Walaupun ramai sahabat mereka yang terkena tembakan, namun semangat juang mereka masih lagi tinggi. Mereka menggempur barisan hadapan tentera Portugis itu sepenuh tenaga.'' antara petikan yang mendebarkan dapatkan sekarang...
]
Ayuh bangsaku,bangsa kita miliki sejarah gemilang. Seribu pengajaran bila gemilang itu dihancurkan oleh bangsa penjajah yang lebih kuat dan bersatu dari bangsa kita. Rapatkan barisan, bina kekuatan bangsa dan ummah. Kembali bangkit menuju zaman emas nan Gemilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan