IBU GAYONG ILMU PERISAI HAQ DIRI




Rahsia permainan dabus didedahkan oleh PSSGMM bukan
untuk tujuan riak atau takbur.
Ia juga bukan untuk mendabik dada PSSGMM silat terbaik di Malaysia.Tujuan sebenar adalah untuk mendedahkan rahsia atau teknik para ulama dan pendekar zaman silam mengolah tenaga rohaniah mereka tanpa bantuan jin,syaitan,tangkal dalam berhadapan perkara perkara yang membahayakan nyawa seperti dirompak,diugut,diserang senjata tajam dan lain lain.

Isnin, 23 Disember 2013

DUNIA BARU TERBAIK DARI GMOTHB





·  1. WE ARE THE GREATEST AMONG THE BEST SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU .. Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda

·  2. ( No. Daftar : 1061381-W ) Melalui perniagaan jual - beli minyak mentah

·  3. GAYONG MAARIFAT OIL TRADERS HOLDING BERHAD WE ARE THE GREATEST AMONG THE BEST GMOTHB mempelawa semua warga Malaysia daripada pelbagai bangsa untuk menyertai perniagaan jual - beli minyak mentah  berasaskan instrumen kewangan Islam ( Sistem Al-Mudharabah & Baie As - salam )

·  4. 2 1 Penuhkan Borang Keahlian GMOTHB Laman web rasmi GMOTHB 4 Mula trading dan jana pendapatan lumayan bersama GMOTHB 3 Dapatkan nombor akaun GMOTHB anda

·  5. Gayong Maarifat Oil Traders Holding Berhad (GMOTHB) adalah sebuah syarikat pemilikan awam yang menjalankan aktiviti jual - beli minyak mentah di pasaran antarabangsa. GMOTHB ditubuhkan dengan misi besar untuk membantu meningkatkan ekonomi negara khususnya golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui peluang perniagaan  Sasaran utama adalah mereka yang berminat untuk menjana pendapatan halal yang lumayan secara berterusan. Urusniaga ini juga terbuka kepada golongan berpendapatan tinggi ( kaya ). GMOTHB merupakan kesinambungan daripada syarikat Gayong Maarifat Group Sdn. Bhd. yang telah terlebih dahulu terlibat dalam pasaran komoditi minyak mentah semenjak tahun 2009. Sebagai usaha mengorak langkah & mendiversifikasikan sumber ekonomi Gayong Maarifat Group of Companies, Gayong Maarifat Oil Traders Holding Berhad ( GMOTHB ) telah didaftarkan secara sah dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada tahun 2013 di bawah Akta Syarikat 1965. Gayong Maarifat Oil Traders Holding Berhad adalah sebuah syarikat bertaraf “Holding Berhad” dengan Nombor Pendaftaran 1061381-W daripada kumpulan anak syarikat Gayong Maarifat Group of Companies . Gayong Maarifat Oil Traders Holding Berhad ( GMOTHB ) menjalankan urusniaga menjual & membeli produk berasaskan tenaga seperti minyak mentah, gas asli, bahan api dan lain - lain daripada negara - negara Timur Tengah, Eropah Timur & seluruh dunia. GMOTHB telah melantik perunding - perunding daripada pelbagai latarbelakang pengalaman dalam perniagaan dan pelaburan minyak mentah dunia. GMOTHB akan terlibat dalam pembinaan pelantar - pelantar minyak ( platform ) dan projek carigali minyak mentah & gas di seluruh dunia pada masa hadapan, perlaksanaan dijangkakan bermula pada tahun 2017

·  6. Pilihan jangkamasa ( bagi semua jenis kontrak ) }

·  7. atau SAGUHATI Pilihan jangkamasa ( bagi semua jenis kontrak ) } Pilihan jangkamasa ( bagi semua jenis kontrak ) }

·  8. Apakah yang akan berlaku selepas tamatnya sesebuah kontrak . Anda layak menerima 100% modal beserta keuntungan berdasarkan kadar jangkamasa & jumlah modal yang telah anda depositkan bersama GMOTHB beserta keuntungan sebanyak 35% selepas kontrak jual beli minyak mentah masa hadapan anda mencapai tarikh matang . Anda disarankan meneruskan urusniaga dengan memperbaharui kontrak jual beli . jika anda telah memperkenalkan ahli baru GMOTHB jika ingin terus menerima komisyen seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Jika anda gagal mengaktifkan semula akaun GMOTHB anda, pihak syarikat akan mengambil - alih serta menguruskan kesemua akaun kenalan anda menyebabkan anda tidak lagi menerima komisyen setiap kali kenalan anda membuat keuntungan melalui GMOTHB .

·  9. Setelah anda menerima keseluruhan modal dan keuntungan ( selepas tamat tempoh kontrak bersama GMOTHB ) anda mestilah memulangkan sijil kontrak jual beli minyak mentahGMOTHB kepada pihak syarikat secara pos atau datang sendiri ke pejabat GMOTHB. Tindakan ini adalah bertujuan mengesahkan urusan jual - beli yang berlaku mengikut kehendak Islam. Anda akan dikenakan penalti iaitu hilang kelayakan untuk menyertai kontrak masa jual beli GMOTHB pada masa akan datang jika gagal memulangkan sijil kontrak tersebut. Adakah modal & keuntungan hasil daripada kontrak GMOTHB boleh diwariskan ? Ya . Jika pemilik akaun meninggal dunia, pewaris bolehlah membuat tututan keatas akaun individu tersebut dengan menunjukkan dokumen - dokumen seperti berikut : - Salinan laporan Polis & Sijil Kematian pemengang kontrak yang telah disahkan oleh mana mana Pesuruhjaya Sumpah yang berdaftar. - Salinan Kad Pengenalan yang telah ditandatangani oleh mana - mana Pesuruhjaya Sumpah yang berdaftar. - Memulangkan sijil kontrak GMOTHB. ** Jika kesemua perkara di atas disediakan maka anda layak membuat tuntutan sebagai pewaris pemegang kontrak . PILIHAN UNTUK MENIKMATI KESELESAAN HIDUP & KEBAHAGIAAN DI TANGAN ANDA ..

·  10. Apakah yang akan berlaku jika setelah mendaftar sebagai ahli GMOTHB saya masih belum memulakan urusniaga ? 1) Anda diberi masa selama 3 bulan setelah mendaftar untuk memulakan trading dan sekiranya masih gagal berbuat demikian, pihak syarikat akan membatalkan ID Trader 2) Sekiranya anda menaja pada waktu tersebut, kesemua komisyen anda sebagai penaja akan digantung oleh pihak syarikat dan akan diserahkan semula setelah anda memulakan urusniaga. Apakah yang akan berlaku jika jangkamasa kontrak saya hanya 60 hari sahaja tetapi kenalan yang saya taja memilih jangkamasa kontrak yang lebih panjang iaitu 120 hari / 180 hari / 240 hari ? Apabila kontrak anda telah tamat tetapi kenalan anda masih mempunyai kontrak yang aktif, komisyen anda akan digantung bagi pusingan ke - 2, ke - 3 dan ke - 4 sehinggalah anda memulakan semula urusniaga dalam tempoh 3 bulan ( Tempoh bertenang ). Anda boleh membuat pembelian seberapa banyak kontrak mengikut jangkamasa pilihan anda dan kesemua kenalan anda tidak dibenarkan menukar Introducer ID mereka selagi mereka masih terlibat dalam perniagaan ini kecuali jika keahlian anda telah terbatal dan secara automatik hilang hak tajaan ( komisyen & saguhati ).

ID INTRODUCER ANDA ORGKAYA   ,,,OK



Rabu, 27 Mac 2013

KEJADIAN ANEH DI LAHAD DATU ANGKARA ILMU HITAM PUAK PENGGANAS SULU


PEMBONGKARAN! - ANGGOTA KESELAMATAN ALAMI KEJADIAN ANEH DI LAHAD DATU ANGKARA ILMU HITAM PUAK PENGGANAS SULU (3 GAMBAR)


- Sepertimana yang kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih 2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.



Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'

Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.


Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

Bayangkan...anggota kita meronda dibawah pohonan kelapa sawit..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok. Tembakan dihambur bertalu2..sikit pon tak lut.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Seorang Perwira menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur namun sebiji pun tak memberi kesan. Akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu, membenamkan peluru ke tanah, dan membaca beberapa surah Al Quran. Peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.

Rakyat Malaysia yg sayangkan negara,yang sayangkan perajurit-perajurit kita..sama2 lah kita menadah tangan dan berdoa, untuk keselamatan dan kejayaan mereka di sana..in shaa allah..(lebih bagus kalau boleh buat solat hajat)..

*Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang kami yg sedang bertempur di Lahad Datu dan sekitar Sabah..Ya Allah, lindungilah mereka daripada pandangan dan sasaran musuh durjana..Ya Allah tuhan yg maha berkuasa atas sesuatu, Kau tumbangkanlah musuh-musuh negara kami itu Ya Allah..sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan dan kekuasaan-Mu Ya Allah..wa laa haula wa laa kuwwata 'illaa billaah..amiiinn..amiinn..amiinn..ya robbal 'alamiinn..


TAOTAUAJER : Lihatlah betapa jahatnya permainan pengganas sehinggakan menggunakan pelbagai cara meskipun Ilmu Hitam adalah sama sekali haram dalam islam. Oleh itu kita janganlah memperlekehkan pasukan keselamatan kita yang berjuang bermati-matian di sana. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga roh mereka di tempatkan di golongan orang2 di kasihi. - Berita LAHAD DATU CRISIS


http://taotauajer.blogspot.com/2013/03/pembongkaran-anggota-keselamatan-alami.html?m=1%20http://

Khamis, 7 Mac 2013

Kuasa Besar Di Sebalik Serangan di Sabah?


Kuasa Besar Di Sebalik Serangan di Sabah?


Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.


Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. 
Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.
Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk pihak mereka.
Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013. Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.
Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;
“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”





Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

Tambahan pula pihak pengawal marin langsung tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah diisytiharkan berada dalam persediaan perang;


“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.
Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan dibelakang mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.




Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari pancaroba ini.

Sultan Sulu minta genjatan senjata


24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


MANILA: Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Sehingga kini, sudah 10 tenteranya meninggal ekoran serangan yang dibuat oleh tentera dan polis Malaysia ke atas pengikutnya.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani (gambar) pula berkata, kira-kira 10 lagi orang mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, walaupun Sultan mereka mengisytiharkan genjatan senjata, pasukan berada dalam mood bertahan.

Genjatan senjata ini diisytiharkani ketika pasukan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan lagi pagi ini.

Jamalul juga mengalu-alukan permintaan dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang meminta agar pertumpahan darah dihentikan dan diadakan perbincangan.

Isnin, 25 Februari 2013

KURSUS KURSUS KHAS TERBUKA BUAT SEMUA


ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI

ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI
Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan atau membuka Pusat Rawatan Alternatif.



Dalam kursus ini pintu tenaga pada tubuh peserta akan dibuka menurut cara kerohanian Islam.
Pelbagai faedah dapat dimanfaatkan dengan tenaga tersebut. Antara yang akan diajar:

- Mengurut zahir dan batin
- Anak degil, ilmu bersuami isteri
- Memagar rumah, diri dan keluarga
- Gelombang tenaga, aura, warna aura, herba & Al Quran
- Kaedah perubatan menggunakan aura, tenaga dalam & fadhilat ayat
- Kaedah merawat penyakit zahir dan batin
- Penggunaan aura dalam pelembut/pemanis/penarik
- Melihat orang yang jauh (telepathy/remote viewing)
- Mandi bunga/limau/buang tenaga negatif
- Pendinding diri, pengasih diri, pelindung diri
- Kaedah mengumpul energy/tenaga aura dan mengembangkannya
- A.K (Applied Kinesiology)
- Terkena sihir, saka, gangguan halus, resdung, luka dalam,barah
Sakit kronik dll



Adakah anda berminat menjadi seorang pengamal perubatan alternatif profesional dalam bidang perubatan menyeluruh menggunakan kaedah Tenaga Rohaniah dan Tenaga Alam (PUTRA) atau General Medical Spiritual and Universal Energy (GMsue) ?

Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda .

hubungi kami 0129877986

ada 2 peringkat

1 peringkat asas rm 1700 (sehari bengkel 4 jam)

2.lanjutan rm2300 hari (bengkel 5 jam)

3 peringkat tertinggi rm 5500

secara teori dan praktikal terus
sijil makan dan minum tempat penginapan disediakan .


HUBUNGI HOTLINE O12 9877986


BU GAYONG GERAK LAKSAMANA WARISAN DATOK LAKSAMANA HANG TUAH DAN SUNAN KALIJAGA

3 jam sahaja permainan Adirasa(laduni)boleh bersilat dengan segera.boleh bermain senjata dengan cantik.pukulan jarak jauh ,pendinding diri ,senjata ghaib,pengasih,penunduk,,pukulan ,meniru gerak lawan,pembisa,pukulan berganda,,kreatif dan serbaguna(mengikut niat sipengamal).Tidak luka sebarang senjata.

Mustahil ,Mustahil ,Mustahil

Tiada yang mustahil disisi ALLAH
Tak kenal maka tak cinta
Tidak mengunakan jin ,tangkal,seru dll pekara khurafat
Boleh dibuktikan dimana sahaja!
TERBUKA LELAKI/WANITA .ISLAM SAHAJA
Umur 17 tahun keatas rm 300
17 tahun kebawah rm 100
hubungi wakil wakil khalifah PSGMMM



soalan buah kerdas

adakah wajib saya bergelanggang bila sertai kursus ini???

tak dipaksa ,tapi kalau boleh sertai latihan gelannggang satu bonus buat anda ,anda bolih join gelanggang bila bila masa tak semesti sertai kursus ini ,biasa latihan gelanggang seminggu sekali,latihan gelanngang buat mematang gerak tenaga rohaniah

macamana cara nak belajar kursus sehari ini

kita buat kursus ini setiap hari tak pernah cuti walau raya ke ramadan ke raya ke ..

tetap kita buat.kursus ini diadakan diseluruh malaysia dan hanya guru utama yang akan mengijazahkan kita .datanglah berjumpa dengan wakil guru seluruh malaysia no tepon ada kat tepi blog ni.

saya takut nak belajar silat org kata pakai jin???

jangan dengar kata orang saya cam tu dulu gak,anak buah kita siap bawak
amalan ni masa kat mekah ,dan saya sendiri dah sertai majlis majlis tariqat
yang muqtabar saperti NAQSYABANDI,AHMADIAH,QADIRIAH dll
tapi kita takde pun kepanasan ,jika ada jin kita akan kepanasan,mungkin bersilat sorang sorang dan isim.nak tuduh kita pakai jin senang tapi orang

yang tuduh tu dia guna lidah sapa ,lidah jin kut.

macamana nak dapat belajar dengan datuk sendiri???

senang jah turun kelantan kat kb mall tepon saya 012 9877986
atau 0139683786

jauh kelantan tu datuk??

nak sentuhan saya kenalah mujahadah sikit

nak seribu daya toksir ha sudah ,saya sediakan tempat menginap lagi .

ada pantang ke datuk???

takde pantang buat gapo ALLAH suruh tinggal hok Dia larang

orang perempuan bolih belajar juga???

bolih tak de masaalah serupo jah

kalau saya datang seorang seorang takpe ke????

bolih ramai ramai pun tak pe seorang pun kita ajar any time.

kenapa pakai baju hijau???

hijau warna ketenangan ,warna melambangkan ilmu gm ni subur

dan mengenangkan nabi Allah KHIDIR yang berpakain hijau

tidak bersabit dengan mana mana parti politik

ni soalan maut buat datuk ,datuk kata ilmu ALLAH kenapa kena bayar???

tak maut pun hidup lagi..hi hi.. Betul ilmu Allah ni free.tak de bayaran pun

yang kita kenakan fidyah tu untuk jemaah ..give and take lah..kalau tak

mampu duduk rumah saya 6 bulan khidmat dengan saya ,basuh baju ,kemas rumah dll.bayaran tu bukan untuk saya untuk jemaah mengembangkan silat

ni lagi ke seluruh malaysia sebab kita bergerak kemana kemana nak guna duit,

atau awak tlg bayar internet saya setiap bulan saya wi ijazah free ko awak

jangan marah datuk

tak marah...hmm murih jah

satu lagi datuk dapat gelaran datuk ni dari mana ni?

ada raja atau sultan yang bagi ke??

gelaran ini dari anugerah orang orang tua dalam gayong maarifat dan

mendapat perkenan dari dewan perguruan adat dan istiadat ianya

berdasarkan sumbangan kita pada jemaah.lagipun tak salah ini menunjukkan

silat ini mengamalkan warisan adat istiadat budaya lama orang orang melayu

yang tidak bertentangan dengan syariat,ianya amanah

bukan pakai nak berlagak atau riak

ok lah jom minum..radix dulu ..mai secawan




Isnin, 11 Februari 2013

JANGANLAH MENGENAYAI PESAKIT DENGAN ILMU SILAP MATA



Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini....

     Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bentuk butiran pada muka saya.Betul! saya sendiri lihat bomoh tu tekan butiran susuk itu hingga tertanam di dalam kulit dan daging  di muka saya.

     Hampanya,sehingga lah bomoh itu kini meninggal dunia pun masih tidak ada tanda perubahan pada wajah saya. Apabila saya terima hidayah daripada Allah,saya mula solat,bertaubat dan mengaji al-quran.Saya nekad hendak membuang susuk itu.


         "Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya."

      Kata orang,susuk ini ada pendamping.Bila langgar pantang larang,si pemakai ini akan diganggu olehnya.Tapi,bila saya langgar pantang larang tiada apapun yang terjadi pada saya.Mulanya takut juga.Tapi tak ada apa pun.

      Cuma bila solat saya rasa agak susah untuk khusyuk.Kepala pula selalu sakit kadangkala sampai tak tertanggung rasanya.Kulit muka pula kadangkala rasa panas membahang entah kenapa.Gangguan lain seperti nampak "hantu" atau "karut marut" tu tak adalah.

       Apabila saya mula beramal ibadah,tumbuh rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah di dalam hati saya.Sejak itulah saya nekad hendak membuang susuk dari muka saya ni.Tapi bomoh itu dah meninggal dunia!

       Kata orang,hanya bomoh yang masukkan susuk saja boleh tarik balik susuk dari tubuh si pemakai!!

        Habis kes saya macam mana???

       Pada suatu hari saya tonton satu rancangan televisyen yang menceritakan tentang perubatan Islam. Ustaz M ni pun tunjukkan demo buang susuk dengan guna air zamzam. Saya ambillah alamat seperti yang tertera di kaca televisyen.

       Hujung minggu itu,sampailah saya di pusat rawatannya. Dekat saja dengan kediaman saya. Ustaz M ni mukanya comel dan manis senyumannya. Sewaktu berjumpa saya ceritalah bagaimana mulanya saya pakai susuk.

        Cerita punya cerita..sampai saya berhenti bercakap sampai nak tahu maklumbalas Ustaz M. Tapi,lain pulak jadinya..Dia asyik menceritakan dan mempromosikan buku yang ditulisnya.Giliran saya pula mendengarnya.

        Dari buku sampailah ke minyak wangi.Habis cerita pasal minyak wangi masuk cerita pasal cd bacaan al-quran pula.Seingat saya,banyak lagilah produk yang dipromosikan kepada saya.Bila saya buat muka tak puas hati barulah Ustaz M berhenti promo produknya.Ustaz M bacakan ke telinga saya beberapa patah ayat al-quran sambil telapak tangannya melekap di ubun-ubun rambut saya.Agak lama juga.Saya dengar sajalah.Sudah habis baca,dia suruh saya rendamkan muka ke pinggan berisi air zam zam pul.Saya lihat tak ada apa-apa pun yang keluar!

        "Ini kena buat lima kali ni!"katanya sambil tersenyum.

         Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya.Tak apalah,asal susuk di muka saya boleh buang!

         "Baiklah,awak datang kali keenam tak ada bayaran dah!" kata Ustaz M.

          Nak buang susuk punya pasal ikutlah saja cakap Ustaz M ni.Saya tak kisah pun dengan byaran sebab perawat islam masa kini menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang ini.Saya pun faham dia kena bayar sewa kedai,bil air,api dan gaji pekerjanya.

          Saya tidak kisah kena bawa limau purut 30 biji.Daun pandan 28 helai.Liau nipis 28 biji.Kena beli lagi air zamzam Ustaz M sediakan sebanyak empat botol kecil berharga RM40.Ada juga minyak ubat sembut kat dalam mulut Rm 20.Beli madu habbatus sauda RM 35.Semuanya diletakkan di atas sejadah. Kena paksa rela beli.Kalau tidak tak cukup syarat nak mengubat.

         Kali keenam jumpa Ustaz M,saya dibawa masuk olehnya ke dalam bilik.Hanya kami berdua sahaja di dalam.Air zamzam sudah tersedia.Entah macam mana Allah gerakkan hati dan mata saya untuk memandang tepat pada celah jari-jemarinya yang nampak berkilau warna emas.Bentuknya panjang macam jarum berwarna emas!Bisik hati saya.

          "Hah! rendamkan muka awak tu kedalam air didalam pinggan dan sedut air zamzam guna hidung dan hembuskan kuat2!!buat beberapa kali!" arah Ustaz M sambil membaca potongan ayat.

           Hati saya dah menggerutu.Saya dah syak,sebab semasa saya rendam dan sedut hembus air di dalam piring tu,jarinya yang mengepit jarum berwarna emas ditepuk kedalam air.Dan...

            Tingggg....!

            "Lihat! susuk awak pakai dah terkeluar!"beritahu Ustaz M.Saya berhenti sedut air zamzam guna hidung. Dan angkat muka pandang ke dasar pinggan yang masih berbaki air zamzam.Terdampar 2 batang jarum berwarna emas d situ.

             Aduhai! Kecewanya saya! Sahlah penglihatan mata saya tadi bukan ilusi.Dan spontan saya cakap pada Ustaz.

              "Saya pakai susuk berlian putih bersinar dalam bentuk hablur ustaz..."

               Serta merta riak wajah Ustaz berubah.Kulit mukanya yang putih bersih itu menjadi kmerah-merahan.Dia jadi serba salah dan tak mahu lawan pandangan sepasang mata dihurung kehampaan... "...errrr... kadangkala susuk kita pakai ni boleh berubah bentuk asalnya!" kata Ustaz M tak mahu kalah.

                Betulkah Ustaz! Hati ini masih bersisa kepercayaan pada Ustaz..Maklumlah ustaz terkenal belajar sampai ke bumi anbia di Timur Tengah..tapi susah nak percaya macam mana butiran kecil berlian macam butiran pil "chi kit teck aun" boleh berubah panjang jadi jarum emas pula!

                 Saya minta bawa balik jarum emas yang dikatakan susuk yg saya pakai tu.Tapi Ustaz M bagi alasan : "Tak boleh,nanti dikhuaitiri syaitan susuk awak pakai dulu tu ganggu hidup awak nanti!"..Saya pun pulang dengan perasaan bercampur aduk.Bila otak saya tak boleh terima susuk boleh berubah sampai macamtu sekali saya pun bertanya pada seorang ustaz di sebuah pusat rawatan islam terawal di negara kita.

                 Sebenarnya,saya nak jumpa Ustaz ni,sebab dengar khabar dia handal buang susuk.Tapi,pakai air zamzam juga.Geramnya,ustaz ni memanjang sibuk.Tak ada masa nak jumpa.Cuma hari tu bersyukur dia dapat jawab panggilan saya.

                 "Kalau pakai susuk berlian dalam bentuk butiran pasti akan keluar berlian juga.Mana boleh tukar jadi emas!"jawabnya. Adakah saya kena tipu dengan Ustaz M?Ya mata saya masih terang lagi.saya melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh Ustaz M dengan mata celik.Saya ulang sekali lagi,saya tak kisah kena bayar berapa pun dan bawa apa pun.

                  Tetapi saya terkilan saya sudah nampak jarum emas terselit di jari ustaz M.Ingatkan syaitan yang dampingi saya yang tipu pandangan saya.Tapi Ustaz M yang taruhkan!Ustaz M lebih penipu dari syaitan!!

                  Ya Allah,saya bersumpah di hari akhirat nanti,saya akan tuntut di hadapan hadrat Allah,perbuatan Ustaz M yang menipu dan temberangkan saya.Saya bukan berprasangka buruk tapi bila say tengok Ustaz M pakai kereta mewah,selalu masuk televisyen pulak tu,saya jadi marah dan kecewa.Ya Allah,entah berapa ramai lagi diluar sana yang telah terkena temberang Ustaz M ini yang memainkan ayat-ayat al-Quran,mempergunakan agama dan duduk di atas sejadah kononnya sentiasa beribadah menyembah Allah.

                   Takdirnya,suatu hari semasa berada di sebuah masjid kawasan kejiranan rumahsaya,terjumpa seorang wanita yang saya panggilnya,"kakak".Wanita itu pernah dan mengaku dia juga "terkena" dan tidak melihat apa-apa perubahan pun dalam dirinya selepas dirawat Ustaz M!

                    Ringkasan penulis,beginilah cara ustaz-ustaz zaman moden ini memperdagangkan ayat-ayat suci al-Quran demi mencari kekayaan dunia.Biarlah Ustaz M dan sewaktu dengannya bermaharaja lela menipu orang ramai dengan title USTAZ dan kewarakan sambil menjaja air zamzam,madu dan habbatus sauda kononnya,inilah perubatan Islam.

                     Ingat,di padang Mahsyar kelak segala-galanya akan terbongkar walaupun sekecil zarah!


Wallahualam.

Jumaat, 1 Februari 2013

amanat ytm


kursus kursus eksekutif perubatan dan persilatan kerohanian islam terbuka buat semua
MILIKI ILMU HAQ WARISAN ULAMA DAN PENDEKAR TERBILANG ZAMAN SILAM .tiada pantang larang ,mudah dipelajari hanya 1@3jam sahaja sekali seumur hidup anda mampu bersilat secara batin (adirasa),memiliki kemanisan dalam beramal ibadat,pandai bermain senjata ,mengusai ilmu dabus(perisai anti marabahaya dan senjata ).pengasihan ,penaklukan dan lain lain 1001 kegunaan mengikut niat kita berminat datang lah ke Pusat Rawatan Tunggak Alam dikota bharu kelantan setiap hari kursus dijalankan hubungi 0129877986 atau 0139683786 .KENALI LAH DIA MELALUI DIA.
tempat tinggal disediakan bagi yang jauh
tiada pantang larang



Salam syahadah buat semua pejuang GAYONG MAARIFAT!!!! YTM ingin mengajak semua ahli dan murid GM BUAT MUHASABAH DIRI :

1. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tetapi maseh belum ada sifat TAAT PD ALLAH, RASUL, GURU serta Ibubapa.

2. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tetapi hati maseh belum ikhlas krn ALLAH maseh suka dan banyak buruk sangka terhadap ALLAH, guru2 dan jemaah ...

3. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi malas berlatih silat, amal seni tafakur melayu dan amal zikir / wirid utk kuat hati, iman, jiwa, jasmani...

4. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi susah hendak bekorban masa, tenaga, wang ringgit....sedangkan semua tau berkorban atas jalan ALLAH ...akan dpt ganjaran nisbah 1:700 dari ALLAH swt...

5. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi hasad dengki, tikam belakang maseh diamalkan, kata mengata... umpat mengumpat sama sendiri maseh jadi amalan...

6. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi maseh malas menolong jemaah, suka menghabiskan masa dikedai kopi sembang sampai tinggal solat, tidur lewat krn buang masa,bgn pagi malas ...subuh pun tinggal...apa nak jadi sayang semua oiiii!!

BANGKITLAH WAHAI ANAKBANGSA MELAYU ISLAM!! UBAH!! TUKAR PERANGAI SEBEGINI....BUANG SEMUA SIFAT TERCELA!!! HORMATI NASIHAT GURU TUA DAN NASIHAT YTM SELAKU GURU UTAMA GAYONG MAARIFAT...BERSATULAH DLM SATU JEMAAH DAN SATU SAF YG LURUS!! KIBAR PANJI2 SYAHADAH...SATUKAN UMAT ISLAM DLM JEMAAH YG KUAT..

JGN TOLEH KEBELAKANG LAGI BERGERAK SKRG!! SEMUA MURID GAYONG MAARIFAT BUKAN SEORG DUA..... SEMBOYAN JIHAD TELAH DIPALU !!! JGN JADI MANUSIA BACUL!! MALU KITA MENGAKU MURID LAKSAMANA HANG TUAH ....BILANGAN SEDIKIT TAPI MAMPU MEMBUAT KEJUTAN... MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...ALANG2 BERDAKWAT BIAR SAMPAI JADI HITAM ... TAKBIR...ALLAH HU AKBAR 7X...

YTM GURU UTAMA GAYONG MAARIFAT
31hb jan 2013.