Selasa, 29 Mac 2011

THE ARRIVAL (Siri 7,8,9)KETIBAAN YANG DIJANJIKAN
















“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah SWT dengan mulut mereka, dan Allah SWT tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” (QS At-Taubah:

Kita Hamba yang Tidak Ada Kuasa

aManusia apabila ada kuasa, lupa yang Maha Kuasa
Seolah-olah dia mampu, membahagiakan dirinya
Adakalanya orang yang berilmu tinggi
merasa diri luar biasa
Dia merasakan akan bahagia sepanjang masa
Tidak kurang pula orang yang kaya, wah sombongnya
Merasa diri istimewa
Orang-orang lain hina belaka
Betulkah kita ada kuasa?! Betulkah kita istimewa?!
Betulkah kita luar biasa?!
Mampukah kita membendung isteri
tidak derhaka dengan kita?!
Mampukah kita menundukkan anak
mendengar kata, taat dan setia?
Apakah kita memburu sakit atau sakit memburu kita
Ertinya adakah kuasa mengelak sakit?!
Dapatkah kita membendung rakyat jangan derhaka
Tidak mengata dan tidak menghina kita
di belakang kita?
Apabila berlaku bencana alam
dapatkah mengelak diri daripadanya?!
Kita orang istimewa tidak pernah kena?!
Yang kena orang miskin dan papa,
yang tidak ada kuasa dan yang bodoh-bodoh sahaja?!
Bencana alam tidak kenal siapa
Dia tidak memilih bulu, orang istimewa kena juga
Baru kita tahu kuasa mutlak
di tangan Tuhan yang Maha Kuasa
Kita adalah hamba yang tiada kuasa
Yang hina-dina memerlukan Tuhan sepanjang masa



بسم الله الرحمن الرحيم
(( قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ )) سورة التوبة ( آية:51)

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
بسم الله الرحمن الرحيم

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ )) يونس (آية:107)
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
بسم لله الرحمن الرحيم

(( وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ )) هود (آية:6)

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

بسم الله الرحمن الرحيم

(( إنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ )) هود (آية:56)

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

بسم الله الرحمن الرحيم

(( وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )) العنكبوت (آية:60)

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

بسم الله الرحمن الرحيم

(( مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ )) فاطر (آية:2)

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

بسم الله الرحمن الرحيم
(( وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ )) الزمر (آية:38

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.


THE ARRIVAL (siri 4,5,6)KEBANGKITAN YANG DIJANJIKAN


SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual 1

Disiar semula dari Arkib Kosnpirasi Sepanjang Zaman


Ditulis oleh: SHAHI @ The ASSOCIATE
-----


Definisi tenaga:
“Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin.” British Columbian Encyclopedia.



Definisi ritual:
“Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim.” Encyclopedia of Spiritual.

Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.

Definisi ibadah menurut sumber Islam:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya." (Quran, al-Zariyat: 56-58)

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”. (Quran, al-An'am: 162)

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Quran, al-Sajadah: 16)

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah." (Quran al-Hasyr: 21)

Sabda Rasulallah: “Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.

--- Jadikan definisi dan petikan al-Quran serta hadis yang disebutkan di atas sebagai bekal untuk memahami artikel ini serta sambungan-sambungannya. --

Sandarkan juga pemahaman anda terhadap perkara-perkara ini sebelum mengikuti artikel ini:

Untuk memahami artikel ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tak nampak semua itu kan?

Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?

Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.

Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Juga mohon maaf jika sandaran keempat ini salah.

Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Juga mohon maaf jika sandaran ini juga salah.

(sandaran-sandaran juga ini akan diguna dalam sambungan-sambungan topik Tenaga Ritual) (kami tidak paksa anda percaya 100 peratus, hanya Allah yang lebih mengetahui mengenai kebenaran sandaran-sandaran ini)

Selamat datang ke topik mistik dan sedikit saintifik. Gunakan segala info awal yang telah diberikan melalui artikel-artikel sebelum ini untuk memahami artikel ini.

Monumen Tenaga

Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ahli arkeologi Dr. Philip Calahan dalam kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids, piramid Mesir dibina dengan menggunakan batu kapur yang bersifat magnetik, yang mampu menjana tenaga.


Dr. Calahan menambah, bentuk bucu piramid sama ada monumen sejarah ataupun piramid moden pula mampu mengumpul setiap tenaga di sekelilingnya untuk menjana tenaga magnetik sebelum tenaga-tenaga itu dibebaskan ke ruang udara secara berterusan.

Kajian yang dibuat Dr. Calahan itu kemudian disokong oleh pakar janakuasa elektrik, Mary Hardy dan Dean Hardy di Amerika. Dalam eksperimen mereka, sekeping wang syiling emas digantung menggunakan tali secara setentang dengan bucu sebuah model replika piramid, dalam piramid itu pula diletakkan sebutir berlian, dan mereka kemudian mengalirkan aliran elektrik dalam jumlah yang sangat minimum di sekitar tapak piramid itu. Beberapa jam kemudian, syiling emas itu mencair seperti minyak walapun jumlah arus elektrik itu sangat sedikit. Mereka kemudian membuat kesimpulan, piramid mampu menyerap semua tenaga (termasuk elektrik dari kabel-kabel bawah tanah) untuk dihala ke ruang angkasa dan menjadi satu tenaga baru yang lebih besar daripada sumber asal (elektrik), malah mampu mencapai infiniti jika sumber asal itu juga besar kuantitinya.

“Rahsia terbesar dalam pembinaan piramid ialah untuk menjana tenaga, ia bukan sekadar makam raja-raja firaun. Mungkin orang Mesir dan Mayan mampu menjana elektrik ketika zaman mereka. Orang Mesir mungkin pernah memanfaatkan tenaga solar atau angin, penjanaan elektrik pula dibantu dengan batu-batu permata berlian yang disemadikan bersama mumia raja-raja.” Hardy & Hardy.

Mary Hardy dan Dean Hardy juga menyokong pendapat Dr. Calahan mengenai fungsi pelbagai guna yang dimiliki piramid. Piramid mampu memanipulasi semua unsur tenaga elektrikal yang ada di sekelilingnya, ia turut mampu memanipulasi tenaga manusia yang berjalan atau berlari di sekitarnya. Tenaga yang dikumpulkan itu akan disalur ke ruang langit sebagai vortex dalam jumlah yang berganda. Jelas Hardy & Hardy lagi, kemampuan mengalirkan tenaga vortex pula bukan hanya tertumpu kepada binaan berbentuk piramid, malah juga yang berbentuk kon, atau apa-apa sahaja jenis bentuk binaan, asalkan ada bucu di atasnya (obelisk, monolit, minaret dan sebagainya). Ia mampu menjana vortex. Unsur tenaga vortex pula mampu bertindak seperti ‘black hole’ di ruang angkasa lepas yang mempercepatkan pergerakan masa.

Imej grafik black hole yang dikeluarkan NASA

Black hole ialah fenomena angkasa lepas di mana berlaku tarikan graviti (ingat artikel UFO dan Kod Hukum Graviti?) yang menyedut semua bintang di sekelilingnya. Ia adalah satu tarikan graviti yang sangat kuat yang membawa kepada kemusnahan bintang-bintang. Malah, sekiranya kapal angkasa memasuki ruang black hole pula, kapal angkasa itu akan melalui perjalanan yang sangat pantas (merentas masa) sehingga memasuki galaksi lain dalam masa yang sangat singkat, masa yang diambil adalah lebih singkat daripada perjalanan yang tidak melalui black hole, itu pun sekiranya kapal angkasa itu terselamat daripada hentaman bintang-bintang yang disedut masuk ke dalam black hole.

Dalam artikel SISTEM DAJJAL: UFO dan Kod Hukum Graviti yang diterbitkan sebelum ini, kami di Konspirasi Sepanjang Zaman bukan mahu bercerita mengenai alien itu sebenarnya jin dan syaitan. Tapi kami mahu anda faham mengenai kod-kod hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui binaan piramid dan artifak sejarah. Pengetahuan graviti yang ditinggalkan Dajjal dan kemudian dikembangkan Isaac Newton adalah supaya Dajjal dapat menyampaikan mesej mengenai kemampuan graviti merentas masa, atau membuka pintu dunia ghaib.

Piramid menghasilkan vortex, vortex pula mampu bertindak seperti black hole, dan black hole pula mempunyai graviti yang membawa manusia merentas masa ke pintu galaksi lain. Artikel UFO dan Kod Hukum Graviti adalah input awal supaya anda memahami maksud ini. Dajjal meninggalkan kod hukum graviti supaya penyembahnya membina lebih banyak piramid dan binaan-binaan berbucu supaya dapat membuka pintu dunia ghaib seluas-luasnya pada saat kemunculannya nanti.

mudah untuk faham:
Piramid = vortex = blackhole = graviti = gerbang ghaib
(kebanyakan orang suka menyebut gerbang ghaib sebagai stargate).

Kod hukum graviti itu pula berguna untuk mencipta teknologi penerbangan, yang dijadikan jet perang untuk menjayakan plot ketenteraan dalam perang-perang dunia.

Berbalik kepada monumen tenaga, kita ambil sandaran pertama, ketiga dan keempat yang dinyatakan di awal artikel ini. Kita tidak nampak tenaga yang terhasil daripada piramid, tetapi eksperimen saintifik telah membuktikannya.

OK, cuba kita lihat di sekitar piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini. Piramid moden itu berfungsi sebagai kompleks membeli-belah, pusat konvensyen atau sebagainya. Kebanyakannya terletak di tengah bandar yang mempunyai tiang-tiang elektrik dan wayar-wayar kabel elektrik di bawah tanah. Tiang dan kabel bawah tanah itu pula bergerak di sekeliling piramid moden itu. Dan apa yang jadi? Tenaga elektrik itu diserap oleh piramid di sebabkan bentuk binaannya yang menyebabkan ia bertindak sedemikian. Tenaga itu pula dilepaskan di bucunya, menjadi vortex. Tapi kita tak nampak vortex itu..kan?

Piramid di serata dunia:

Scotland

London



Sunway Pyramid, Bandar Sunway Subang Jaya

Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole di atas bumi? Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan Dajjal keluar semula dengan para iblis dan jin.

Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di rangkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien. Berapa jumlah kapasiti tenaga vortex yang diperlukan untuk membuka pintu dunia ghaib? Maaf, kami tidak tahu.

Dalam menjelaskan kemampuan manusia mencipta objek pantas dalam menjelajah angkasa lepas, kita ambil contoh kapal robotik tanpa juruterbang ciptaan NASA pada Januari 2006 iaitu New Horizon yang mampu memecut 16.26 km/saat atau 58,536 km/jam dari orbit planet Bumi sehingga ke orbit planet Pluto, Jupiter, Saturn dan Kuiper dengan memecah masuk beberapa black hole. Ia adalah hasil pemecahan kod graviti, yang menunjukkan adalah tidak mustahil untuk manusia meneroka black hole di bumi dengan pengetahuan graviti yang ada.

Barangkali, ia (New Horizon) adalah teknologi yang sama digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk membina UFO yang mampu bergerak sangat pantas seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang pernah melihat kepantasan objek UFO berterbangan di ruang udara. Segalanya tidak mustahil, teknologi yang dimiliki New Horizon sudah mampu memberi gambaran terhadap kebarangkalian itu.

Kapal satelit robotik New Horizon

Kita juga sudah faham bahawa piramid dan binaan-binaan berbucu yang dibina sejak zaman sejarah tamadun purba dan juga piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini mampu menjana tenaga di sekelilingnya menjadi vortex. Binaan-binaan berbucu yang lain juga mampu menjana tenaga vortex seperti itu.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima pula, semua amalan baik dan jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga yang menghasilkan sama ada tenaga positif atau negatif. Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.

Cuba fahamkan walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka pintu Dajjal. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?

Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka pintu syaitan, pintu Dajjal, dan pintu keluarnya UFO. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.

(kami tidak paksa anda percaya, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)

Pintu vortex kerap dibuka untuk tujuan keluar masuk para jin dan syaitan, dan proses itu terus berlarutan... ia berlaku di lokasi-lokasi tertentu, termasuk di belakang rumah anda, ia tidak memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi untuk dibuka, ingin tahu? Tunggu artikel akan seterusnya.



SUMBER
Kings Chamber of the Great Pyramids, Dr. Philip Calahan
The Electric & Pyramid, American Institute of Electrical Engineering, Mary Hardy & Dean Hardy
New Horizon, National Aeronautics and Space Administration (NASA)

Propaganda

Sesetengah daripada kita mungkin tahu soalan menguji minda ini. Ia adalah modul soalan ujian kecerdasan minda untuk kanak-kanak sekolah rendah.

1. Bagaimana untuk masukkan gajah ke dalam peti sejuk?
Jawapan salah: Cikgu, gajah tu besar, tak boleh masukkan dalam peti sejuk yang kecil. (Mula memberi alasan) (Dalam soalan tidak diberitahu saiz sebenar peti sejuk, ia boleh jadi sebesar kapal kontena, juga tidak diberitahu mengenai kekuatan sebenar anda untuk mengangkat gajah itu).
Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, ambil gajah, masukkan gajah dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk.

2. Bagaimana hendak masukkan kuda pula dalam peti sejuk?
Jawapan salah: Buka pintu peti sejuk, ambil kuda, masukkan kuda dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. (murid yang memberi alasan tadi cuba meniru jawapan pertama).
Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, keluarkan gajah yang sudah beku, letak di atas lantai, pastikan peti sejuk benar-benar kosong, ambil kuda, masukkan kuda dan tutup pintu peti sejuk.

3. Bagaimana masukkan peti sejuk ke atas lori? (Dalam soalan, saiz lori jugak tidak diberitahu sebagaimana saiz peti sejuk tadi)
Jawapan: Tutup suis peti sejuk, cabut wayar plug, gulung wayar dan ikat, buka pintu peti sejuk, keluarkan kuda yang sudah beku, tutup pintu peti sejuk, tinggalkan sekejap. Buka dinding belakang (koc muatan) lori, biar sekejap. Angkat peti sejuk, letak atas (koc) lori, tutup pintu (koc) lori. (Jawapan diberi mengikut turutan prosedur pelaksanaan).

Banyak lagi soalan berkait dengan set soalan-soalan di atas dan tidak perlu dipanjangkan soalan-soalan itu semua. Mari kita serius dan jangan buat lawak.. : )
--

Untuk apa diberi soalan untuk kanak-kanak seperti di atas itu? Jika anda fikir ia senang dilakukan dengan mengangkat gajah untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk, maka ia jadi senang tanpa sebarang masalah atau sebaliknya, kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat gajah yang besar itu terletak kepada kekuatan minda yang ingin serius melakukannya. Tidak pernah memikirkan masalah, sebaliknya minda sentiasa memikirkan cara.

Tapi apa pula motifnya dalam artikel kali ini? Perhatikan ayat-ayat yang ditandakan bold, kita boleh belajar sesuatu daripadanya dan ada persamaan dengan apa yang mahu diberitahu di sini.

Kita sedang melalui situasi itu sekarang ini. Minda manusia dimasukkan pelbagai maklumat (idealisme) serta tanggapan atau mind-set, kemudian dibiarkan menguasai pemikiran buat beberapa tempoh sehingga tidak boleh diterima lagi oleh norma-norma kemanusiaan semasa (menjadi beku), selepas itu tanggapan yang beku itu dikeluarkan, dimasukkan pula tanggapan atau mind-set yang baru, kemudian tanggapan baru itu pula berakhir lagi dengan menjadi beku, kemudian dikeluarkan daripada minda dan dibiarkan kosong, diisi pula dengan idealisme baru, dikeluarkan pula apabila sudah beku, ia terus berulang dan berulang secara sistematik mengikut kemahuan orang yang mengaturkannya.

Minda tidak ubah menjadi seperti peti sejuk yang membekukan semua benda (termasuk kewajaran dan kewarasan) yang dimasukkan ke dalamnya secara paksaan atau sukarela, membeku apabila sampai waktu pembekuannya seperti yang dirancang. Menjadi beku. Apa semua ini? Keadaan itu secara gelagatnya (behavioural) agak menghampiri dengan taktik... BRAINWASHING PROPAGANDA.

--

BRAINWASHING PROPAGANDA


PERTAMA sekali kita perlu faham dengan maksud propaganda sebelum pergi kepada brainwashing. Propaganda ialah satu bentuk komunikasi yang berniat secara baik atau jahat untuk mempengaruhi sikap sekelompok manusia (audiens) ke arah sesuatu kesan atau hasil (perubahan kelakuan audiens) yang dikehendaki. Ia sedaya upaya berusaha mempengaruhi minda supaya berfikir secara terancang (adakalanya sintetik) mengikut kemahuan penyebar propaganda. Namun, bukan semua jenis propaganda itu berniat jahat. Bukan semua propaganda itu jahat.

Propaganda Manipulatif (jingoistik) biasanya menyalurkan maklumat berupa persepsi-persepsi secara selektif (terpilih) bagi mempengaruhi sikap atau emosi audiens supaya terkeluar daripada paten pemikiran sebelumnya (termasuk menyingkirkan rasional-lokal). Rasional-lokal secara gelagat biasanya dikaitkan dengan pemikiran bertunjangkan adat resam budaya tempatan, agama dan pegangan prinsip peribadi yang tidak melanggar norma kemanusiaan. Ia (perkara-perkara yang menyokong rasional) kebiasaannya cuba dihakis melalui sebaran propaganda yang bersifat manipulatif atau jingoistik.


Satu keadaan yang perlu difahami untuk menyelami maksud propaganda ialah persuasion technics atau kaedah memujuk. Propaganda Manipulatif juga adalah salah satu daripada kaedah memujuk minda orang awam supaya menerima setiap input yang diberi secara sintetik. Tanggapan sintetik itu pula akan perlahan-lahan mempengaruhi perubahan sikap terhadap isu-isu selektif sama ada menjadi lebih baik atau lebih buruk.

Dalam keadaan tertentu, usaha terakhir propaganda dijayakan dengan memberikan tekanan-tekanan kepada minda supaya dapat menerima idealisme yang cuba disogok, ia sebagai jalan keluar paling mudah untuk bebas daripada tekanan tersebut. Contohnya, kumpulan sasaran propaganda dibiarkan lapar tanpa makanan dan minuman, bekalan elektrik dan paip diputuskan atau dicatu dan sebagainya. Tekanan-tekanan itu akan diteruskan sehingga minda kumpulan sasar bersedia menerima idealisme kerana tidak sanggup lagi menerima tekanan. Propaganda dalam keadaan ini tidak lagi dijayakan melalui ‘pujukan-pujukan’ secara komunikasi, tetapi dijayakan melalui perlaksanaan tekanan. Lihat contoh, kejuaraan tinju Mohamad Ali ditarik balik kerana tidak mahu menyertai tentera Amerika. Ia adalah mind-game yang bersenjatakan peluru-peluru yang menembak emosi bagi mencederakan ‘rupa bentuk’ minda yang sebelumnya.

“Propaganda is neutrally defined as a systematic form of purposeful persuasion that attempts to influence the emotions, attitudes, opinions, and actions of specified target audiences for ideological, political or commercial purposes through the controlled transmission of one-sided messages via mass and direct media channels.” - Richard Nelson, A Chronology and Glossary of Propaganda in the United States (1996).

Bagaimana pula dengan brainwashing? Ia secara teknikal adalah sama maksud dengan mind control dan pembentukan semula pemikiran. Brainwashing adalah proses mempengaruhi seseorang atau sekumpulan sasaran secara manipulatif bagi memenuhi kehendak manipulator. Ia berkaitan proses untuk mengubah pemikiran dan ia juga adalah tujuan asal propaganda dilakukan.


Ambil contoh mudah ini. Kebanyakan kita yakin bahawa air melalui sifatnya secara tampak tidak mempunyai bentuk yang tetap sebagaimana udara (molekul air terkecuali). Jika dimasukkan ke dalam gelas, bentuknya akan mengikut bentuk gelas. Jika dimasukkan ke dalam botol pula, ia akan mengikut bentuk botol. Tetapi apabila dikeluarkan daripada gelas atau botol, ia tidak boleh kelihatan sebagai rupa bentuk yang pejal kerana ia bukan pepejal, air akan tumpah dan berkeadaan berpercikan di atas lantai. Namun, menetapkan bentuk air sebenarnya boleh dilakukan. Tetapi bagaimana?

Caranya ialah membekukan air tadi menjadi ais. Ais itu tetap juga air meskipun beku. Masukkan air tadi ke dalam gelas, kemudian bekukan.

Keluarkan air yang beku (ais) tadi daripada gelas dan ia akan kekal untuk beberapa minit mengikut bentuk gelas tadi sebelum cair semula. Bezanya, ia tidak mempunyai rongga seperti rupa bentuk gelas tadi semasa air dalam keadaan beku.

Namun, kita boleh membentuk air itu mengikut kemahuan kita (dengan izin Allah). Sama juga dengan udara (gas), apabila diperangkap dalam tekanan tertentu (seperti dalam tong gas memasak atau tangki oksigen penyelam skuba) sebilangan udara juga boleh bertukar menjadi cecair (liquid gas). Air dan gas boleh dibentuk semula serta terbentuk semula. Begitu juga dengan minda yang tidak mempunyai bentuk tetap sebagaimana air dan udara. Bentuk tetap adalah otak atau organ hati, tetapi bukan minda atau pekerti kerana ia boleh berubah-ubah.
--


Dalam arus perkembangan hari ini, audiens berhadapan dengan maklumat yang terlalu banyak dan bervariasi. Variasi maklumat juga berupaya memecahkan kumpulan manusia kepada beberapa kelompok mengikut ideologi atau kefahaman yang diadaptasi melalui maklumat tadi.

Dalam persoalan agama juga wujud variasi antara mazhab. Itu belum lagi dibandingkan variasi ajaran mazhab-mazhab dengan ajaran-ajaran sesat (jarak variasi seperti orang terbang ke langit yang tidak berpijak lagi di atas bumi) dan ditambah lagi dengan Syiah dan sebagainya, variasi wujud dalam pelbagai keadaan. Ini hanya selingan satu perenggan, namun ia juga adalah masalah manusia.

Berbalik kepada persoalan semasa. Apabila wujud variasi yang memecahkan manusia kepada beberapa kelompok, maka satu mekanisme harus diwujudkan oleh manipulator untuk menyatukan pendapat manusia-manusia tadi secara massa. Ia dijayakan melalui propaganda sebagai salah satu cara. Brainwashing Propaganda.
--

Ini juga propaganda untuk melawan propaganda
Kita akan cuba memahami maksud sebenar artikel ini secara perlahan-lahan. Ambil lagi satu contoh. Dalam persekitaran maklumat, audiens berhadapan dengan banyak sumber iaitu beribu-ribu akhbar di serata dunia, berjuta blog dan laman web dalam pelbagai bahasa, beratus ribu majalah bermacam jenis bahasa dan tema, dan sebagainya yang menyajikan banyak variasi maklumat sehingga menyesakkan akal untuk berfikir mana satu yang betul dan mana satu yang tidak betul dari segi ketepatan maklumatnya. Setiap majalah, akhbar dan web juga mempunyai ‘kiblat’ ideologi masing-masing. Ini fakta dari segi gelagat organisasi media.

Maklumat dalam akhbar, majalah dan laman web itu juga mempunyai variasi dan dalam keadaan tertentu pula masih mempunyai persamaan-persamaan antara satu sama lain. Pokok pangkalnya, variasi masih wujud dan ia memberi masalah kepada manipulator. Walaupun variasi kecil, ia tetap masalah. Masalah itu harus segera diatasi oleh manipulator. Anda juga tahu siapa Major Manipulator dan minor-minor yang bekerja untuk sang Major tadi.

Sila telan satu kepahitan jika anda sedia menelannya. Kita berhadapan dengan zaman maklumat dalam era moden. Kita disajikan dengan pelbagai maklumat yang ada kalanya berbeza setiap satu. Ia sememangnya menimbulkan banyak kekeliruan dan menyemakkan pemikiran jika masih tidak menemui kehidupan yang terbaik di dunia.

Namun, anda tidak perlu menelan kepahitan ini jika langsung tidak terdedah kepada zaman maklumat. Anda juga tidak perlu menelan kepahitan ini jika hidup secara tradisional yang mutlak di perkampungan-perkampungan konservatif. Namun, masih adakah perkampungan konservatif yang bebas daripada maklumat-maklumat luar? Jika anda mengambil keputusan untuk lari dan tinggal di perkampungan Orang Asli, anda juga masih tidak terlepas daripada kepahitan.

Jika anda lari dan tinggal seorang diri di atas gunung dengan segala kemahiran survival yang ada, anda juga tidak terlepas daripada kepahitan. Masih merasai kepahitan kerana meninggalkan orang lain dalam kepahitan di kaki-kaki gunung tempat anda diami. Kepahitan yang dirasai orang lain adalah kepahitan kita juga walaupun tidak disedari. Realiti itu sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi, telanlah jika anda mampu menelan. Itu pilihan. Kepahitan itu juga yang akan membuatkan kita menangis. Jika anda sudah berlari dan tinggal di gunung, bermunajatlah kepada Allah. Anda akan menemui kekuatan untuk turun semula dari gunung dan melawan segala kepahitan bagi mengembalikan kemanisan yang sebenar.

Walaupun mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, kita masih berhadapan dengan kepahitan ini. Tetapi, adakah kita tiada pilihan lain untuk hanya menerima segala kepahitan yang disajikan kepada kita? Mereka menyajikan kita kepahitan, malah tidak kurang pula (entertained nations) yang mengatakan ia sebenarnya kemanisan (sintetik) untuk menikmati hidup, itukah nikmat hidup? Mereka secara propaganda berkata: “Enjoy life,”. Maka, entertained nations pun terus enjoy kerana ia ‘manis’. Keseronokan tanpa batasan itu sebenarnya kepahitan. Kita yang hanya melihat ini merasai pahitnya. Andai mahu meninggalkan orang-orang yang dibuai ini terus tertipu tanpa dibantu, maka larilah ke gunung. Larilah dan tidak perlu membantu. Jangan bertanya apabila disoal mengenai apa usaha kita untuk menyelamatkan saudara yang pernah bersyahadah dan disoal mengenai apa tanggungjawab kita kepada sesama Muslim?


Itu dari sudut entertained nations (golongan suka berseronok dan dihiburkan) yang termakan hasutan propaganda media-media hiburan hedonist. Tetapi, bagaimana pula dengan kita? Sudah terlepaskah kita daripada propaganda? Kita masih tidak terlepas kerana mereka sudah menguasai dunia secara politik, media, ekonomi, sistem sosial dan kita juga mendiami dunia ini, kita bukan mendiami planet-planet lain dalam cakerawala. Kita di sini, di dunia, tempat mereka sedang berkuasa. Kita juga berhadapan dengan kepahitan yang mereka labelkan pada ‘bungkusan’ sebagai gula-gula yang manis. Sehingga menjadi seperti kanak-kanak yang berlari mengutip gula-gula dalam acara sukaneka kerana teruja dengan keseronokan memiliki gula-gula yang banyak memenuhi kocek. Begitulah apabila diserupakan seperti kanak-kanak.

“People became like zombie children of politics, economy, social and every aspects of life. People are perfectly like zombies with no brains, controlled by elite zombies.”

Dalam keadaan semasa hari ini. Kita disajikan lagi dengan maklumat baru. Maklumat yang tampak benar dan meyakinkan. Anda juga tahu apa maklumat baru itu yang tampak benar dan meyakinkan. Kutip kembali perenggan-perenggan atas dalam artikel ini. Ia berkaitan rancangan mewujudkan variasi maklumat. Ia sebenarnya tidak lebih daripada permainan propaganda.

WikiLeaks, OpenLeaks, TradeLeaks & BrusselsLeaks antara media-media baru berpegang konsep 'ketelusan maklumat'

Permainan dimulakan dengan kenyataan yang membuka pekung kuasa besar dunia, Amerika. Kesannya, seluruh penduduk dunia yang tidak suka kepada kerajaan Amerika akan percaya dengan kenyataan-kenyataan itu. Kenyataan pertama itu tidak lebih daripada tujuan untuk menarik perhatian dunia. Tidak lebih daripada umpan menarik perhatian.

Permainan diteruskan dengan membuka pekung negara lain selepas berjaya meraih perhatian dunia. Kesan tambahannya, perhatian dunia terfokus kepada satu sumber maklumat itu sahaja dengan mengabaikan sumber-sumber maklumat lain seperti media-media arus perdana. Ia berlaku kerana tingkat kebolehpercayaan sumber-sumber dalam media arus perdana telah merudum dengan teruk.

Maka, Amerika tidak kisah jika imejnya tercalar disebabkan pendedahan maklumat itu kerana imejnya memang sudah sedia buruk. Dengan itu, Amerika memang tidak kisah kerana langsung tidak merasai impak. Adakah orang buta pejam ambil kisah jika asap pembakaran sampah memenuhi mukanya? Sudah tentu tidak ambil kisah kerana asap itu langsung tidak memedihkan matanya yang buta dan pejam.

Dividen yang dinikmati Amerika daripada keadaan itu ialah, imej negara lain turut tercalar sama melalui pendedahan demi pendedahan (sesetengahnya merupakan maklumat yang cenderung kepada kesan pergeseran antara negara-negara) dan Amerika sangat senang dengan perkembangannya kerana ia memungkinkan peluang campur tangan apabila berlaku pergeseran. Harap maklum bahawa sesetengah maklumat itu ada yang benar dan tidak kurang juga ada yang meragukan. Baca laporan akhbar dan anda akan mampu membezakannya. Bukan maklumat itu palsu, tetapi kebanyakan motifnya tidak jelas, lebih kepada membawa kesan pergeseran.

Kesan tambahan lagi, ia juga membuka ruang kepada timbulnya ketegangan politik antara negara-negara yang sedia berkonflik dan seterusnya mempercepatkan proses Perang Dunia Ketiga. Ia juga tidak lebih daripada propaganda fitnah untuk menjayakan perang global ketika banyak negara yang tersenarai dalam pendedahan itu mula bergeseran antara satu sama lain.

Anda lihat belum ada pergeseran gara-gara pendedahan maklumat itu? Tunggu dan lihat. Perang Dunia Ketiga sudah semakin hampir dalam tempoh kira-kira 2 hingga 20 tahun akan datang mengikut carta perkembangan semasa. Ia sekali lagi digerakkan oleh jentera fitnah untuk dijayakan sebagaimana dua siri peperangan global yang lalu.

Mesej-mesej dari serata dunia berterusan rancak sampai ke meja kami. Harapnya mesej-mesej itu silap dan cuma khabar angin, atau ia hanya melibatkan siri-siri peperangan kecil. Jika benar seperti dikhabarkan, bersedialah untuk sebarang kemungkinan.
--

Sekarang, anda lihat apa sebenarnya tujuan propaganda. Ia adalah untuk menimbulkan ketegangan, meraih sokongan, mengubah pola pemikiran, dan membentuk semula tingkat pemikiran (menjadikan pengikut mereka lebih berani serta menjadikan musuh mereka ketakutan) ke arah satu tujuan.... peperangan. Kenapa mereka membuat propaganda demikian? Ia kerana mereka sudah lama bersedia untuk berperang.

Jika ada parabola (bukan Astro) di rumah anda, lihatlah persediaan mereka dalam Military Channel dan War Channel. Mereka sengaja mempamerkan kehebatan teknologi senjata perang untuk menakut-takutkan kita dalam siaran-siaran televisyen satelit, ia untuk menakut-takutkan kita melalui perang saraf. Tetapi bagaimana dengan persediaan kita?

Artikel ini bukan untuk menakut-takutkan anda terhadap ancaman ini. Jauh sekali untuk membuat anda menjadi gerun setiap kali melihat kehebatan musuh. Allah sentiasa bersama orang-orang yang ikhlas menuju ke jalan lurus yang diperintahkan-Nya. Sebab itulah diberitahu, telanlah walaupun pahit. Telanlah. Hadapilah segala ujian.

Kembali kepada Islam. Biar iman, amal dan takwa ‘mem-brainwash’ anda semula supaya kembali waras dalam membezakan antara kemanisan sebenar dengan kepahitan yang dusta. ‘Propaganda’ kami untuk brainwash anda pula ialah... ANDA HARUS KEMBALI TAAT KEPADA ALLAH.

Isnin, 28 Mac 2011

THE ARRIVAL( siri 1,2,3) KETIBAAN YANG DIJANJIKAN

“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi dari kalangan kamu dan dijadikan-Nya kamu raja-raja.”







Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.


Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.


Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!



Sabtu, 26 Mac 2011

Taman Perbandaran Tengku Anis
























TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS terletak lebih kurang 5km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa adalah antara tempat rekreasi yang serba moden dilengkapi kemudahan dan prasarana terkini untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Selain menyediakan trek untuk berjoging, TPTA turut menyediakan taman tema, taman rusa, pondok -pondok rehat, dan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat berekreasi pelbagai-guna. Kawasan sekitarnya yang bersih membolehkan keluarga yang berkunjung bersantai sambil menjamah juadah.

Sesuai buat hari keluarga ,mungkin kita boleh buat satu majlis silat dan hari keluarga yang besar buat pssgmm disini. ok anak anak saya histeria la kalau main air kat sini.just rm 2 seorang kolam mandi kat sini untuk anak anak .kolam dibuka jam 5 ptg hingga 7 petang.

TAMAN dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 7 petang .kalau mari kelantan mai lah sini syok hijau ,tenang dan damai sokmo. pahtu setiap tracking jogging ada tertulis kalimah asma al husna

nak beromen hah jangan buat kerja gila ,sini tempat awam yang sangat meriah terutama hari

jumaat


ini bukan kendi kerajaan langit ayah pin weii...............