"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125
Kalimah Syahadah adalah ibu segala ilmu perbehandaraan Allah swt dilangit dan dibumi ,ia adalah pakaian
setiap anak anak murid ahli pssgmm yang diijizahkan dengan ilmu ibu gayong melalui kursus gerak tenaga rohaniah.
mengapa perlu bersyahadah dengan banyak diakhir zaman ini sebab orang akhir zaman ini terdedah dengan sikap pagi mukmin petang kufur ,begitu lak petang mukmin malam kufur ,,jadi kita kena perbaharui
selalu iman kita ..mana tahu mungkin sebelum kita solat kita tidak menyedari ada perbuatan atau perkataan
kita yang menyebabkan kita kufur misalnya kita mengeluh disebabkan cuaca panas tanpa menyedari kita telah
mengkritik kejadian Allah swt.
kisah kali ini saya ingin menyampaikan satu kisah benar yang terjadi kepada anak buah saya ,,mungkin bagi setengah orang mengatakan cerita ini mungkin macam cerita kartun ,tapi inilah yang terjadi ,saya namakan anak buah saya mat arif (bukan nama sebenar) adalah seorang penganggur dikampung tasik (bukan nama sebenar)
sebelum ini beliau bekerja sebagai driver treler lori,
dah berbulan berhenti kerja dan terlibat dalam kegiatan menghidu gam ,dadah dan pil kuda ,,kerjanya selain tidur dan bangun ,saya dimaklumkan beliau setiap kali balik kekampungnya dengan trailer dari mana mana trip ke kl biasanya membawa pulang satu tong darm pil kuda ke kampungnya untuk diedarkan dikawasan kampung dan daerah disitu
semasa itu saya menyewa rumah kedai 2 tingkat didepan rumahnya berhadapan masjid kg tasik. walaupun rumahnya depan masjid mat arif jarang jejak kat masjid walaupun untuk bersolat jumaat.mat arif datang berjumpa saya ,jadi saya mengajaknya masuk kursus sehari gayong maarifat kerana sebab sebab peribadinya
(TAK YAH CITERLAH SEBAB APA..PRIVACY OK)
Mat arif ini seorang buta huruf dan tak boleh mengaji yang dia tahu mengucap ,alfatihah dan Allahu akbar saya terpaksa mengajarnya supaya berzikir sentiasa dengan zikir syahadah dan Allahu akbar sebanyak banyak nya setiap hari ,,orang orang kampung disitu terkejut melihat perubahan yang melanda mat arif dari kaki menggangur kepada kaki masjid bila menyertai gayong maarifat .2 minggu beliau duduk menumpang tidur dan beribadat dirumah yang saya sewa ,lepas itu bonda nya datang menemui saya ,menangis terisak isak memikirkan anaknya yang lama menggangur ,mungkin merasakan anaknya berubah dan perlu bekerja
saya menasihati mat arif untuk mencari kerja ,tiba tiba towkey lori trailer yang dia berhenti kerja dahulu memnggilnya bekerja balik membawa lori trailer
maka gembiralah mat arif ,,tetapi tiba tiba saya melihat mat arif berduka cita, saya menyoalnya beliau memberitahu yang lesen beliau telah mati tarikhnya dan tak dapat diperbaharui lagi kerana ada 3 saman satu saman polis dan 2 lagi saman jpj dan kena bayar rm 300 setiap saman baru dapat perbaharui lesen,,saya menepuk bahunya untuk solat taubat dan hajat dan membuat gerak
rasa memohon kepada Allah swt ,,malamtu dia bangun buat solat taubat dan hajat serta gerak memohon dipermudahkan urusanNYA
keesokanya saya melihat mat arif terpingga pinga bila dia menyuruh anak saudaranya membayar lesen dan tengaharinya anak saudaranya membawa lesen itu ,bagaikan tidak percaya lesen memandunya diluluskan ,
saya katakan padanya tengok betul betul dekat lesen mungkin nama orang lain ,beliau cek betul betul dan memang betul namanya ,no ic nya cuma yang bertukar dari kampung tasik,kelantan kepada kampung bharu kuala
lumpur ,,masyaallah tiada yang mustahil bagi Allah ..dengan kuasa Allah beliau dapat bawa trailer kembali ..
alhamdulillah kini beliaupun dah berubah sakan ,dah tak bawa trailer dah pakai kereta besar sekarang bersama anak dan isteri terbarunya,gembira saya melihat seorang pengedar pil kuda akhirnya berjaya dijinakkan dengan kursus sehari ibu gayong ,,cerita ini dalam tahun 2003 ..sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan