# Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan, sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pengecut/penakut.
#. Janganlah anda keluar untuk berjihad melainkan mendapat izin dan restu daripada kedua ibu dan bapa anda.
# Ambillah tempat orang Islam yang diserang musuh dalam peperangan antara Islam dan Kafir jika anda mampu.
# Perbanyakkan dari beramal dengan amal-amal yang soleh seperti zikir, puasa sunat dan lain-lain ketika anda menyertai operasi jihad, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu, kerana mati syahid tidak akan tercapai sekiranya anda berhutang.
# Mohonlah mati syahid dalam jihad pada jalan Allah.
# Pelajarilah ilmu memanah serta penggunaan alat-alat peperangan, janganlah anda meninggalkan ilmu tersebut setelah anda mempelajarinya.
#. Janganlah anda mencuba untuk memanah pada benda yang bernyawa kecuali pada musuh di medan peperangan.
#. Ikhlaskanlah niat anda dalam jihad, elakkan daripada berniat untuk mendapatkan harta rampasan atau mahukan kemasyhuran debgan gelaran tersebut.
#. Bila anda berada dalam medan jihad, janganlah anda lari daripadanya kerana ia termasuk salah satu daripada dosa besar.
#. Janganlah ambil sebahagian dari harta rampasan sebelum dibahagikan.
# Pasangkan niat untuk sentiasa berada dalam jihad walaupun anda tidak atau belum menyertainya agar tidak terdapat dalam diri anda sifat nifaq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan