CARA PENYERTAAN PERADUAN MISTERI NUSANTARA TV3
Untuk menyertai, para peserta hendaklah menonton Misteri Nusantara musim terbaru di TV3 dari 17 April hingga 10 Julai 2012.
Kumpul dan jawab soalan yang tertera di akhir setiap episod rancangan.
Hantarkan kesemua jawapan dan lengkapkan slogan
“Saya suka menonton Misteri Nusantara kerana.... “ tidak melebihi 25 patah perkataan,
serta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon yang betul ke:
Pengurus Misteri Nusantara,
Jabatan Pengurusan Jenama,
Peti Surat 7777,
Kuala Lumpur
Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Julai 2012
Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu sepanjang tempoh peraduan ini dijalankan.
SYARAT PENYERTAAN PERADUAN MISTERI NUSANTARA TV3
Segala butiran tentang pemenang hadiah akan diambil alih oleh TV3.
Para pemenang, sekiranya diperlukan, hendaklah menghadiri penyampaian hadiah dan/atau menyertai program-program publisiti berkenaan dengan Peraduan tersebut. TV3 mempunyai hak untuk menggunakan nama, alamat, fotograf, maklumat dan/atau dokumen mengenai para pemenang dalam semua iklan dan apa-apa bentuk publisiti yang lain dari semasa ke semasa.
Apa-apa cukai/kos berkaitan dengan penerimaan apa-apa hadiah adalah tanggungjawab sendiri pemenang.
Peraduan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas sahaja. Kakitangan dan keluarga terdekat, atau agen atau syarikat sekutu Alt Media & TV3 adalah tidak layak untuk menyertainya.
TV3 tidak akan menghantar secara kurier hadiah-hadiah tersebut sekiranya para pemenang tidak dapat hadir untuk tuntutan.
Semua hadiah mestilah dituntut dalam masa satu (1) bulan selepas pengumuman kepada para pemenang atau apa-apa tarikh lain yang diumumkan oleh TV3, dan kegagalan untuk membuat tuntutan akan melupuskan hak pemenang ke atas hadiah tersebut dan sebarang pertanyaan selepas itu tidak akan dilayan.
Pemenang peraduan boleh menghantar wakil semasa membuat tuntutan dengan syarat salinan fotostat kad pengenalan pemenang dan wakil pemenang disertakan.
Bagaimana pemenang di pilih?
- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan jumlah jawapan yang tepat dan slogan terbaik.
- Jika terdapat lebih daripada seorang peserta yang menjawab kesemua soalan dengan tepat (atau hampir), pihak penganjur (TV3) berhak untuk memilih pemenang berdasarkan slogan yang terbaik.
Nota:
1. Pemenang akan dihubungi oleh pihak TV3 2. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak TV3 adalah muktamad
bagaimana saya ingin menghubungi jurukamera program ini kerana saya pelajar dari photography ingin membuat kajian dan ingin bertanyakan beberapa soalan kepada jurufoto yang terlibat.
BalasPadam