Wahai orang orang Melayu,ingatlah bahawasanya kita adalah orang Melayu yang berdaulat dengan adanya raja kita di Tanah Melayu ini.Hanya kita sahaja dapat terus mengekalkan warisan nenek moyang kita dalam mempertahankan Kuasa Raja Melayu dari dihapuskan oleh anasir anasir politik jahat.Bersama sama kita menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong Sultan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
live secara lansung klik disini
Jika tidak kerana bulan, takkan bintang terbit pagi.
Jika tidak kerana raja-raja melayu, tidak tahu apakah anutan melayu hari ini Islam atau pun tidak. Apakah penganut agama lain juga bebas mengamalkan kepercayaannya di tanah air ini.
Jika tidak kerana raja-raja melayu, apakah melayu hari ini masih berdaulat. Apakah kaum-kaum lain masih selamat untuk menjalani kehidupan di negara ini.
Jika tidak kerana raja-raja melayu, apakah keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat jelata dapat dinikmati seperti kenikmatan hari ini.
Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia yang berdulat kerana tanah air ini terus terpelihara di bawah pemerintahan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sebahagian Cahaya dari yang Maha Cahaya, sebahagian kuasa dari yang Maha Kuasa.
Semoga dengan segala keberkatan, segala hikmah dan segala khasiat yang terkandung di dalam Al Fatihah, ibu segala kitab yang meliputi Taurat, Zabur, Injil dan AL Quran, ke Bawah Duli Tuanku akan terus berupaya memayungi seluruh rakyat di tanah air ini, kerajaan akan terus stabil dan dilindungi rahmat Allah hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan