Ahad, 29 April 2012

HAYATI KEBERANIAN DAN AKHLAK RASULULLAH



 .

Allah akan meredhai di atas kesediaan kita untuk mengetahui sirah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan ahklak Baginda serta memperbetulkan kesilapan kita. Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah contoh ikutan yang mempunyai akhlak mulia sepertimana Firman Allah di dalam Al-Quran;


“Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia.” (al-Qalam: 4).
.


.
Membakar Semangat Juang
Apabila kita mengimbau kembali sirah Nabi, sebagaimana dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir di dalam kitabnya. Antara cara untuk membakar dan meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain dan menakutkan para musuh semasa peperangan ialah dengan berselawat dan bercerita mengenai akhlak Baginda dengan bersayembara syair.
Pada hari tersebut Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam telah bersabda; “Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib.”
 .
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji kerana ianya merupakan perintah Allah dan Baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepadanya. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, kita juga sebenarnya melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
 .
Terdapat juga hadis riwayat Bukhari di dalam ‘al-Adab al-mufrad’ dan kitab-kitab lain, Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat hikmah di dalam syair”; dan kerana itu bapa saudara Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, Al-’Abbas mengarang syair memuji kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam seperti di dalam rangkap berikut:  “Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.”
.
.
Peperangan
Dalam bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para rasul dan nabi yang banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada manusia sejagat. Pada bulan ini jugalah berlakunya beberapa peperangan. Antaranya ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
 .
Setelah hijrahnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab.  Kekuatan dan ekonomi Madinah telah berkembang dan menjadi kukuh.  Orang-orang Arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
.


.
Perang Badar
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah SWT telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang sentiasa menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
 .
Dikisahkan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih dahulu sampai di sumber mata air Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu merupakan sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat dengan sumber air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir mengemukakan pertanyaan, “Wahai Rasulullah! Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai pemberhentian kita? Apakah tempat ini memang telah ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat memajukan atau mengundurkannya sedikitpun, ataukah ini adalah sebahagian dari pendapat dan strategi perang?”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ini hanyalah sekadar pendapat, stategi dan taktik perang.”
Maka Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya, aku juga ingin mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk kita berhenti. Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang paling dekat dengan perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat tersebut dan kita hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan menjadikannya kolam penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan kita baru menyerang mereka. Dengan begitu, nescaya kita akan dapat minum air itu sedang mereka sama sekali tidak boleh meminumnya.”
Pada ketika itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Pendapatmu sangat bagus!”
Kemudian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menjalankan taktik yang dicadangkan oleh Habab ibn Mundzir radhiallahu ‘anhu. Pedapat yang diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313).
.
Ketika mereka telah berjaya menduduki tempat yang dimaksud, Sa’ad ibn Muadz berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, “Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami perlu membangun kemah khusus untuk tempat istirehatmu, menyiapkan haiwan kenderaanmu dan kemudian kita baru menyerang musuh kita? Seandainya Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada kita atas musuh-musuh kita, maka itulah yang diingini. Namun, apabila keadaan yang terjadi adalah sebaliknya, maka engkau sudah bersedia untuk menyelamatkan diri dan menemui kaum kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa kaum yang menantimu di tanah air kita dan kecintaan mereka terhadapmu lebih besar dari kami. Sehingga, bila mereka mendengar bahawa engkau berperang, nescaya mereka pun tidak akan berdiam diri. Allah pasti akan melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti akan memberimu pertimbangan dan sentiasa berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menyetujui pendapat Sa’ad tersebut.
.
.
Ikut Berperang
Perlu diketahui bahawa ketika terjadinya perang Badar tersebut, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam turut berperang aktif dan terlibat sama dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak hanya berada di dalam kemah dan berdoa saja sebagaimana difahami oleh sebahagian ahli sejarah.
 .
Ahmad berkata: Ali radhiallahu ‘anhu menceritakan, “Kamu tentu telah menyaksikan bagaimana kami pada ketika meletusnya perang Badar. Ketika itu, kami berlindung di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, sewaktu Baginda membawa kami mendekati musuh, Baginda adalah orang yang paling berani ketika itu. “
Dengan sanad yang sama, sebuah hadis lain menyatakan, “Ketika keberanian mulai memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, Baginda adalah orang yang paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling dekat dengan musuh selain Baginda.”
Muslim meriwayatkan: Pada peperangan Badar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kamu bergerak sebelum aku memberi arahan.”
Ibnu Katsir berkata, “Baginda terjun dan terlibat secara langsung dalam pertempuran itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu Bakar ash-Shiddiq. Sehingga, kedua-duanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah di dalam khemah saja, tetapi juga turun ke medan pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan segala daya dan upaya. “
.
.
Berdoa Dan Memohon Kepada Allah
Demikianlah, setelah pada siang harinya mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya yang mungkin boleh dilakukan untuk memenangi pertempuran, pada malam harinya Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menghabiskan waktunya untuk terus berdoa dan memohon kepada Allah untuk memberikan kemenangan terhadap pihak tentera Islam.
.
Adapun salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim ini: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”
.
Sebuah riwayat mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terus berdoa sampai kain serbannya terjatuh dari kedua pundak Baginda. Kemudian, Abu Bakar datang menghampiri Baginda, mengambil serban yang terjatuh dan kemudian memakaikannya kembali ke pundak Nabi. Setelah itu, ia pun melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di belakangnya. Setelah itu, Abu Bakar berkata, “Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya kepada kamu?”
.
Maka Allah berfirman,


“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang bertutut-turut’.” (Surah Al-Anfal: 9)
Dan benar, esok harinya, Allah menghantar bala bantuan kepada mereka berupa pasukan tentera malaikat.
.
Adapun doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada saat perang Badar yang diriwayatkan oleh Bukhari adalah: “Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah selepas hari (peperangan) ini.”
.
Riwayat lain menceritakan: Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau sudah meminta dan mendesak Tuhanmu tanpa henti!”
Esok harinya, Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam mempergunakan baju besi dan kemudian keluar dari kemahnya seraya berkata,


“Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (Surah Al-Qamar: 45)
Ibnu Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat ‘golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang …’, ” Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang akan dikalahkan itu? “


.
Umar radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: “Ketika perang Badar bermula, aku melihat Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam mempergunakan baju besi sambil berkata, Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. Maka, aku akan mengetahui maksud ucapan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut.”
.
Pada hari Jumaat pagi, tarikh 17 Ramadhan, tahun ke-2 hijrah, tepatnya ketika kedua-dua belah pihak (muslim dan Quraisy) satu sama lain dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah, itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan sombong dan bongkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi perintah-perintahMu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya meminta pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah, binasakanlah mereka pagi ini! “
.


.
Merapatkan Barisan
Setiap kali akan berangkat bertempur, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Dia melakukan pemeriksaan barisan sambil menggenggam sebuah anak panah. Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan barisan, tiba-tiba Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menekankan anak panah Baginda ke perut Sawad ibn Ghaziyyah. Puncanya, waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan.
Baginda berkata kepadanya, “Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun menjawab, “Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka bolehkah aku membalasmu?” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka bahagian perut Baginda seraya berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata tidak jadi membalas, tetapi justeru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan mencium bahagian perut Baginda. Dengan hairan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini, Sawad?”
Sawad menjawab, “Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan. Sesungguhnya aku telah berharap agar mati setelah boleh menyentuhkan kulitku dengan kulit kamu.” Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun mendoakan Sawad dengan hal yang baik-baik.
Setelah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memberikan berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim tentang berbagai hal yang berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.
.
Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Apabila mereka mendekati kamu, maka serang mereka dengan anak panah kamu dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan sampai kamu melupakan pedang hingga kamu lengah dan boleh dirobohkan.”  Setelah berpesan demikian, Baginda lantas menyemarakkan semangat pasukan muslimin dengan berkata,  “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka (pasukan Quraisy ) hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah, mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.”
.
.
Menuju Syurga
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahawa ketika kaum musyrikin telah semakin dekat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Bangkitlah kamu untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi.”  Mendengar ucapan Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam tersebut, Umair ibn Humam al-Ansari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki luas seperti luas langit dan bumi?”  Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Benar.”  Dengan terasa amat kagum, Umair berucap, “Oh, betapa besarnya syurga itu!”  Lalu, Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam bertanya kepada Umair, “Mengapa engkau berkata demikian?”  Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku hanya berharap menjadi sebahagian daripada penghuninya.”  Baginda berkata, “Engkau akan menjadi salah satu penghuninya.” Kemudian, dia mengeluarkan beberapa biji kurma dan memakannya. Setelah itu, ia berkata, “Seandainya aku masih hidup dan boleh memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah kehidupan yang sangat panjang.” Lalu ia melemparkan kurma yang ada di genggamannya dan kemudian menjadi bersemangat, beliau bertempur sehingga akhirnya syahid.
.
Auf ibn Harith (putra Afra) berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah tersenyum ketika melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke tengah-tengah musuh tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf membuka pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di medan perang sampai terbunuh.
.
.
Tidak Membunuh
Sebelum bermulanya peperangan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam meminta kepada para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari Bani Hasyim dan beberapa orang lain. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota Mekah dan berperang kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan namanya oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari ibn Hisyam (salah satu orang yang pergi ke Kaabah untuk merobek surat pemboikotan bangsa Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti Rasulullah Shalallahu’ alaihi wasalam) dan Abbas ibn Abdul Muttalib.


Ketika Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus membunuh bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami, sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku bertemu dengannya, nescaya aku akan menebasnya dengan pedang.”  Akhirnya, ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Maka, Baginda pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafsah, benarkah ia akan memukul wajah bapa saudara Rasulullah dengan pedang ?  Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram dengan kata-kataku ketika itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut, kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.
.
Dikisahkan bahawa sebelum peperangan bermula, Asad ibn Abdul Asad al-Makhzumi keluar dari pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku sungguh-sungguh akan meminum air kolam mereka, akan merosakkannya (kolam air), atau mati di hadapannya.”  Maka, ketika ia sudah dekat, Hamzah pun merintanginya dan menyerangnya. Hamzah berjaya memukulnya hingga kakinya retak. Akan tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam guna memenuhi sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan akhirnya membunuhnya di depan kolam tersebut.
.
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam pintar mengendalikan taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.



Khamis, 26 April 2012

jom sehari di kota bharu


Cindai Kuning Pelangi Biru 1


Kaedah Buka Gelanggang
Senaman Atas
Senaman Tua & Senaman Harimau
5 Kaedah Pernafasan Tenaga Dalam
Pelebat Sendeng Terlak
9 Kaedah Tubi
7 Kaedah Taji
Pecah Pukul 7
Rencah Serang Elak Serang
Tempur 1 lawan 1
Pelebat Gempur Harimau
Pecah Pukul 9 & 11
Tangkisan Bawah / Tengah / Atas
Petua Serangan
Rencah Serang Elak Serang
Tempur 1 lawan 2
Pelebat Gempur Tuah
Pecah Pukul 13
Rahsia Langkah 1 - 4
Kincir Tangan
Kincir Siku
Rencah Serang Elak Serang Tangkap
Tempur 1 lawan 3

Rabu, 25 April 2012

SERTAI KAMI SEHARI DIKOTA BHARU 27 HB 4 2012 INI


#     Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan, sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pengecut/penakut.

#. Janganlah anda keluar untuk berjihad melainkan mendapat izin dan restu daripada kedua ibu dan bapa anda.

# Ambillah tempat orang Islam yang diserang musuh dalam peperangan antara Islam dan Kafir jika anda mampu.

# Perbanyakkan dari beramal dengan amal-amal yang soleh seperti zikir, puasa sunat dan lain-lain ketika anda menyertai operasi jihad, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu, kerana mati syahid tidak akan tercapai sekiranya anda berhutang.

#      Mohonlah mati syahid dalam jihad pada jalan Allah.

# Pelajarilah ilmu memanah serta penggunaan alat-alat peperangan, janganlah anda meninggalkan ilmu tersebut setelah anda mempelajarinya.

#. Janganlah anda mencuba untuk memanah pada benda yang bernyawa kecuali pada musuh di medan peperangan.

#. Ikhlaskanlah niat anda dalam jihad, elakkan daripada berniat untuk mendapatkan harta rampasan atau mahukan kemasyhuran debgan gelaran tersebut.

#. Bila anda berada dalam medan jihad, janganlah anda lari daripadanya kerana ia termasuk salah satu daripada dosa besar.

#. Janganlah ambil sebahagian dari harta rampasan sebelum dibahagikan.

#      Pasangkan niat untuk sentiasa berada dalam jihad walaupun anda tidak atau belum menyertainya agar tidak terdapat dalam diri anda sifat nifaq.

Isnin, 23 April 2012

BERMULA DENGAN ALIF BA TAA..BANGSAKU YANG BERDAULAT

[“Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.







APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.






Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.


ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?


Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala... 


Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. 





 
Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).


Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin. 




   Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).




'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.


Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:


TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.




Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala. Perkahwinan? Mungkin. Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja







 DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.


Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.


Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:


Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.


Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:


Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).






TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.


Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.


Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia

KURSUS INTENSIF SEHARI ISTEMEWA TERBUKA UNTUK AHLI DAN BUKAN AHLI PSSGMM





  • Senaman Atas
  • Senaman Tua & Senaman Harimau
  • 5 Kaedah Pernafasan Tenaga Dalam
  • Pelebat Sendeng Terlak
  • 9 Kaedah Tubi
  • 7 Kaedah Taji
  • Pecah Pukul 7



Wahai anak-anakku,

Berpeganglah pada kalimah La illah ha ilahLah ia adalah kalimah pembebasan, kalimah yang membawa manusia dari kesempatan dunia kepada keluasan akhirat, dari kesempatan ikatan dunia, makhluk, nafsu dan syaitan kepada keluasan Alam KeTuhanan.

Sesiapa yang dihatinya terikat dengan empat pekara tadi tidak akan merasai kemanisan makrifat. Dia akan terus buta dengan Tuhannya yang nyata, dia tidak tidak merasai Tuhan sentiasa bersamanya kerana hatinya, bersama dengan makhluk pada setiap masa, Hati yang kebal dengan cahaya cintanya pada Allah SWT, tiada apa yang boleh menembusinya, segalanya hanyalah ditangan tidak pada hati.



Firman Tuhan dalam hadis Qudsi:
”Sesiapa yang berada dalam kota-ku, ia breada dalam penjagaan-ku”.

Banyakkan menyebut kalimah Tauhid tadi agar ia betul-betul menyerap ke dalam hati, Apabilah cahayah kalimah tidak bernar-bernar meresap ke dalam hatinya, akan tercabut sedikit demi sedikit segalah karat-karat jahiliah, mazmumah, maka jadilah hatinya lembut dan dapat merasai kemanisan Asma’ Allah SWT.

Merasai asyik dengan Allah adalah pintu untuk ke gerebang fana’ fiLlah. Fana fiLah adalah pintu kepada gerbang Makrifatullah. Untuk memahami tanjakan penghalang dan tipu daya galam menuju Allah, kamu perlu memiliki dan memahami kitab Minhajul Abidin karangan Imam AL-Ghazali rahaimahuLlah. Kitab ini sudah diterjemah kepada Bahasa Melayu moden yang mudah kamu fahami apabilah dibaca. Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahalah yang banyak kepada penterjemahnya diatas usahanya yang amat mulia itu.

Saya berpesan kepada anak-anakku yang ingin menuntut ilmu, jika kamu menuntut Ilmu dan ingin benar merasai limpahannya, jagahlah adap kamu dalam perguruan, taat segala arahan peraturan yang diberikan olen guru kamu atau wakilnya. Jagalah adapmu supaya tidak mengguriskan perasaannya, kerana bagaimanakah dia dapat melimpahkan ilmunya jika perasannya terluka terhadapmu.


Jangan kamu bersifat bodoh dan sombong, mengharapkan ilmu-ilmu yang tinggi dari guru tetapi akhlak kamu tidak mendatangkan kasih sayangnya padamu. Semakin tinggi kasih sayang guru padah muridnya, semakin tinggi limpahan yang ia perolehi melalui barakah dan doa. Jika seorang guru memandang muridnya dengan penuh kasi sayang, nescaya Allah memandannya dengan kasi sayang. Itulah yang dipesan oleh semua guru-guruku dan mereka yang mendalami ilmu Tasauf.

Amal bukannya boleh menyampaikan manusian kepada Allah, ia adalah wasilah. Yang menyampaikan manusia kepada-Nya ialah rahmat-Nya. Dia akan mengurniakan rahmat-Nya dengan beberapa perkara yang kita lakukan walaupun kita merasakan ianya perkara kecil sahaja. Begitu juga Dia menutup pintu hijab-Nya bila kita melakukan perkara yang kita anggap kecil. Kita beribadah dengan berkobar-kobar tetapi perkara yang kecil itulah yang menyebabkan kita tersangkut atau terhijab dengan Allah.

Berhati-hati dalam perjalanan menuntut ilmu, kerana pintunya adalahlah di tangan guru kamu. Tanpa tangannya yang membimbingmu, kamu tak akan tahu untuk menuju ke mana, kamu sangka kamu berada dalam kebaikan, padahal kamu sebenarnya boleh tersesat ke lembah hawa nafsu.

Begitu ramai orang yang menjadi sombong,riak,ujub dan mazmumah dalam menempuh mencari ilmu,kerana ingin menjadi terkenal dan mempunyai niat peribadi tersendiri. Apabila mereka meninggalkan gurunya, mereka menyangka mereka tidak pelu kepada bimbingan sedangkan mereka adalah salik yang baru berada di tepi pantai, belum memasuki lagi lautan kerohanian yang bergelora.

Imam Abu Hanifa pernah satu ketika bergunting rambut. Tiba-tiba beliau bangun apabilah lalu seorang Yahudi di hadapinnya, lalu tukang gunting bertanya kepadanya kenapa? Dia memberitahuku ilmu untuk mengenal anjing betina dan jantan melalui cara kencingnya. Imam Abu Hanifah mengatakan beliau telah berlajar ilmu tersebut dengannya dan perlu menghormati dan memuliakannya. Satu ilmu sahaja yang diterima, kerana tinggi akhlaknya menyebabkan Imam Abu Hanifah memuliakannya.

Bandingkanlah dengan pengajaran yang kamu terima dari guru kamu sehigga kamu mengenal melangkah ataupun ilmu mengenal Allah SWT, Dia menarik dan memimpinmu siang dan malam, fikiran dan hatinya sentiasan berfikir untuk kebaikanmu dan merasa sedih jika kamu lalai dengan Allah,tangannya sentiasa menadah ke langit berdoa dan mengharapkan kebaikan untuk anak muridnya.

Dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Sudah menjadi kewajibannya untuk mendoakan segala muridnya agar selamat dari cobaan dunia, selamat iman, selamat menempuh cobaan dunia. Itulah tanggunjawabnya dan dia amat takut pada Allah dengan tanggunjawabnya. Setiap murid akan dipersoalkan di hadapan Allah. Ramainya murid bukannya satu keseronokan tertapi serperti memikul gunung yang berat. Jika dia menunaikan haknya pada kamu, alangkah buruknya kamu jika kamu tidak menunai hak kamu kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW:

”Bukanlah dari kalangan umatku, siapa yang tidak menghormati orang tuanya, tidak belas kasihan yang kecilnya, dan mengakui hak terhadap si alimnya (guru).”
(Riwayat Ahmad , At-Tabarani dan Al-Hakim)

Masyarakat hari ini amat miskin dengan akhlak, budaya mencintai guru dan memuliakannnya sudah hampir hilang. Lihatlah di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain, anak murid menerima ilmu tetapi mereka tidak berakhlak dengan guru. Mereka kadang- kala memarahi guru, tidak mematuhi arahan, menuturkan kata-kata yang tidak baik, jadi bagaimanahkah murid mengharap barakah yang dipelajari.

Tidak hairanlah hari ini,ramai orang cerdik pandai tetapi mempunyai akhlak yang teruk.Mereka terlibat dalam pelbagai kepincangan sosial.Ibu bapa kini juga tidak memuliakan guru sebagaimana orang-orang zaman dahulu.Masyarakat hari ini ialah masyarakat yang mencari kesalahan guru jika berlaku apa-apa pada anak mereka.Mereka tidak seperti orang dahulu meletakkan kesalahan pada anak mereka jika berlaku apa-apa.Guru tetap mereka pertahankan walaupun guru merotan anak mereka.Justeru amatlah berbeza orang dahulu dan orang sekarang dalam memperolehi ilmu.Orang dahulu menjadi manusia yang baik.Ilmu yang mereka perolehi menjadi sumber rezeki yang berkat.Apabila berjumpa dengan guru walaupun guru itu tidak mengenalinya,dia menegurnya dan bertanya khabar.Berbeza dengan murid di zaman sekarang,bila selisih jalan buat tak kenal sahaja.Inilah akibatnya apabila keimanan pada Allah SWT tidak kuat, konsep keberkatan dalam ilmu tidak diambil berat malah kadangkala dianggap tiada.

Berkah adalah suatu perkara yang amat ditekan dalam agama.Rezeki yang berkah,ilmu yang berkah, perkahwinan yang berkah, kerja yang berkah, semuanya adalah berkaitan dengan keTuhanan.Ilmu yang tiada berkah adalah Ilmu yang tidak ada hubungan dengan langit, Allah tidak merestuinya kerana ia tidak beradap dengan Guru, ia menyakiti atau menderhaka pada guru.Menderhaka kepada guru yang Haq boleh membawa kemurkaan Tuhan.



Nabi berpesan agar belajar sampai keNegeri Cina, pasti banyak rahsia yang boleh dipelajari dari kaum tersebut.Salah satu darinya ialah dalam hal menghormati guru yang dipanggil Sifu.Tidak kira apa pelajaran yang diajar sama ada ilmu masakan, perniagaan, Kung Fu dan sebagainya, mereka akan memuliakannya, mereka akan berkhidmat dan amat patuh dengan nasihat yang diberikan oleh Sifu mereka.

Dalam pendidikan sufi, perkara berkaitan dengan adab, ta’at, khidmat dan cinta pada guru amat ditekankan kerana ia berkaitan dengan rahsia limpahan kerohanian.Beramal dengan amalan sufi tetapi tidak beramal dengan adab-adabnya, tidak mendatangkan nahtijah yang baik malah boleh memberi kesan yang lebih bahaya kepada rohaninya.



Hasan Al-Basri berkata:
”Tidaklah dikatakan berilmu seorang itu jika tiada adab walaupun alim sekalipun.”

Rasulullah SAW bersabda:
”Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, dan pelajarilah juga dengan ilmu ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu.
(At-Thabarani)

Imam Al-Ghazali pula pernah berkata:
”Ilmu itu tiada akan dicapai melainkan dengan merendah diri, dan mendengar baik-baik kepadanya.”

Memuliakan orang alim dan soleh merupakan amalan para sahabat, tabi’in dan para salafusoleh.Kasih sayang dan ingatan serta sikap menghargai guru perlu ditunjukkan dengan apa jua yang mampu kita lakukan.