“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (QS Ali Imran : 139-140)
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).
Bersedekah adalah satu sifat terpuji di sisi Allah di mana dengan amalan bersedekah dapat menyucikan hati seseorang insan. Amalan bersedekah bukan sahaja berbentuk wang, malahan ia juga berbentuk tenaga, buah fikiran dan sebagainya sama ada disampaikan secara langsung atau tersembunyi. Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wasallam amat menggalakkan amalan bersedekah dan derma di kalangan umat Islam, kerana ia akan membawa kepada kedudukan yang tinggi kelak di sisi Allah.
Sepertimana mafhumnya:
"Demikianlah kurniaan Allah (kekayaan dunia ini pahala akhirat) dikurniakannya kepada siapa yang Dia kehendaki."
Saham Wakaf Pembangunan Prasarana Tanah Adat
Bagi mereka yang sering mengunjungi Tanah adat Gayong Maarifat samada untuk majlis zikir atau apa apa pun majlis yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) pasti sedia maklum akan kekurangan yang ada. Walau tiada timbul rungutan dari ahli ahli setia PSSGMM tentang masalah ini namun ia tidak dipandang remeh oleh PSSGMM
Ada pun pada tahun 2010 telah di war-warkan satu projek bagi mengisi tabung dan dana pembangunan Tanah Adat PSSGMM .. tetapi sehingga kini masih sepi dan tiada sambutan dari ahli ahli.
Program ini bukan bermaksud persatuan meminta sedekah dari ahli tetapi ia adalah projek ahli untuk ahli dan manfaatnya juga untuk ahli dan pahalanya juga untuk ahli ..
Fikirkanlah …
Saham akhirat … selama mana Surau atau Asrama di Tanah Adat ini digunakan maka dividen dan bonusnya infiniti …. sehingga ke padang Mahsyar …
Projek pembangunan yang sedang berjalan antaranya adalah sebuah asrama dua tingkat yang dilengkapi tandas dan bilik mandi yang dijangka boleh menampung hingg ke 300 orang pada satu satu masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan