Khamis, 29 Mac 2012

AL-FATIHAH - BALASUNGKAWA YTM RAJA ASHMAN

AL-FATIHAH - BALASUNGKAWA YTM RAJA ASHMAN

Sekitar Istiadat Permakaman Raja Ashman Shah

Assalamualaikum. Alhamdulilah, jenazah Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shahtelah selamat disempurnakan di Makam Diraja Al- Ghufran sekitar 5.30 petang tadi.


Sebelum itu suasana pilu dan sedih berikutan kemangkatan putera yang dikasihi di Istana Iskandariah menyebabkan kerabat diraja banyak mengalirkan air mata. Antaranya yang kelihatan amat sedi ialah kekanda baginda sendiri iaitu Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Raja Ashman Shah. Menurut apa yang diberitahu, Allahyarham cukup istiqamah dalam beribadat dan beliau 'pergi' sejurus mengetuai zikir secara berkumpulan. Sememanggnya cara pemergian Allahyarham Raja Ashman kembali ke Rahmatullah adalah cara yang sungguh baik. Insyallah, bagaimana pula kita nanti ? Al- Fatihah
“…sesiapa yang memusuhi Wali-KU, akan AKU isyhtihar PERANG terhadapnya…” [Hadith Qudsi]
Almarhum seorang yang cukup warak semasa hayat baginda dan memegang jawatan sebagai Khalifah Tariqat Nasyabandi bagi rantau Asia ini dibawah pimpinan Syeikh Nazim Al Qubrusi An Naqsyabandi.
Al-Fatihah. Seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan berdukacita atas pemergian YTM Raja Kecil Sulong Perak, Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah mangkat pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Jenazah telahpun dibawa ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan akan disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas Solat Asar. Dipanjangkan makluman bahawa masa menziarah jenazah bermula jam 11.00 pagi ini.

Rakyat mendoakan roh baginda ditempatkan di kalangan para solehin. Amin.

Sumber sari satu blog pula melaporkan :

Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah Sultan Azlan Muhibbudin Shah mangkat pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Berita kemangkatan Raja Ashman juga menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani antara yang paling awal menyiarkan berita tersebut.

Menurut kenyataan di dalam blog tersebut, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib.

"Lidah tidak dapat mengungkap simpati dan kasih sayang kami kepada Raja Asman, ia merupakan satu kehilangan besar kepada Maulana Sheikh Nazim Haqqani dan semua murid," kata kenyataan tersebut.


Jelas kenyataan itu lagi, Raja Ashman mangkat sejurus majlis zikir malam tadi.



"Kami memohon kepada Allah SWT memberikan ketabahan kepada keluarganya, isteri dan anak-anak," kata kenyataan tersebut.-30/3/2012




kabbani-ashman1.jpg


BERIKUT disiarkan KENYATAAN PENUH SHEIKH MUHAMMAD HISHAM KABBANI
Bismillahi’ r-Rahmani ‘r-Raheem

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon. To Allah we belong and unto Him do we return.

On behalf of Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani and his family: Hajjah Naziha, Shaykh Muhammad, Hajj Baheddin, Hajjah Ruqiyya, Shaykh Hisham and Feridun and all grandchildren of Mawlana Shaykh Nazim and on behalf of all Naqshbandis around the world we express our deepest condolences for the passing of His Royal Highness Raja Ashman bin Azlan Shah.

The tongue cannot express the warm sympathy and love that we all had for Raja Ashman. It is an extraordinary tragedy and a great loss to Mawlana Shaykh Nazim and all his mureeds and everyone of us feels it intensely.


He left this life immediately after doing dhikr tonight. We request all mureeds to make salat al-janaza al-ghaib for him in their mosques or homes, asking Allah that his soul be with the Prophet Sallallahu Alayhi Wassallam and with Grandshaykh `Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani Alayhi Rahma. We ask everyone to do tahlil by reciting Surah Yasin and dhikr and dedicating it to his soul.

We express the deep condolences of all the mureeds of Mawlana Shaykh Nazim around the world and especially in Malaysia.

We ask Allah swt to give patience and perseverance to his family, his wife, his children, his father Sultan of Perak and his mother the Queen of Perak and all his sisters and his brother Raja Muda.

Sincerely,
Shaykh Muhammad Hisham Kabbani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan