Isnin, 5 Mac 2012

GELANGGANG UTAMA PSSGMM CWG KELANTAN (TUNGGAK ALAM )

" Kenalilah Tuhan "

Kenalilah Allah Engkau akan cinta kepada-Nya
Kenalilah Dia engkau akan takut kepada-Nya
Kenalilah Tuhan pencipta kita
Kita akan redha ketentuan dari-Nya

Kenalilah Allah, kita akan sabar kerana-Nya
Kenalilah Dia kita akan bersyukur kepada-Nya
Kenalilah Tuhan kita akan berkorban untuk-Nya
Kenalilah Allah, kita akan taat kepada-Nya
Taat kita kepada-Nya itulah keselamatan kita

Kenalilah Dia yang menjaga kita
Bahkan Tuhan menjaga keperluan kita
Kenalilah Allah agar kita perlu kepada-Nya
Tuhan adalah segala-galanya buat kita semua
Kenalilah Tuhan agar hidup mati kita keranaNya

Kita akan merasa bertuhan setiap masa
Kita ada kawan yang setia membela kita
Begitulah rasa kehambaan setiap hamba
Apabila dia kenal sungguh TuhanNya







siang dan malam mereka berkorban untuk menyiapkan gelanggang moga moga Allah membalas jasa jasa mereka berlipat kali ganda ,sesiapa yang ingin turut sama dalam saham ini hubungi Datuk Nahza II di 0129877986. kita buka peluang untuk yg tidak dapat beri sumbangan tenaga untuk bersama sama kita .@ AKAUN MAYBANK AHMAD NAHZARUDY 164276611696
CIMB 0313000954528



pembinaan gelanggang berbumbung tunggak alam ,,kepada anda yang ingin sama mendapat saham dalam perjuangan alif ,ba, taa ini bolehlah menghubungiDatuk Nahza II untuk sumbangan ,semoga saham kita mendapat ganjaran fisabilillah disisi Allah
sesiapa yang ingin bersama menyumbang untuk gelanggang dan aktiviti gelanggang
untuk sumbangan bolihlah ke akaun maybank ahmad nahzarudy
164276611696

moga moga diberkati segala pengorbanan anda demi Agama ,Bangsa dan Tanah Air

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang tersusun rapi seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” (Al-Saff : 63-64)

SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA
BUKAN senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan