Isnin, 21 Januari 2013

Firasat Takkan Melayu Hilang di Dunia


Firasat Takkan Melayu Hilang di Dunia

Apakah hikmah di sebalik madah,
Pahlawan Melayu Laksamana Hang Tuah,
Beliau berkata “Takkan Melayu Hilang di Dunia”
Apakah yang tersirat nun di sebaliknya?
Mengikut cerita, rumpun Melayu baik benihnya
Asal Qathura, isteri Nabi Ibrahim Khalilullah,
Induk yang melahirkan baka kepimpinan ummah,
Baka yang baik dibaja subur,
Oleh ulama berbondong muncul,
Pewaris Nabi darah yang luhur,
Walau mereka sudah di kubur,
Nama dan jasa masih tersohor,
Saya sebutkan beberapa nama sebagai peringatan,
Syeikh Jamadil al-Kubro, dari kabilah Azamat Khan,
Menjadi induk kepada Wali Sembilan,
Rantau Nusantara Islam disebarkan,
Dengan hikmah, akhlak dan kekeramatan.
Sayyid Abdul Aziz , ke Melaka dengan alat kebesaran,
Raja-raja Melaka diberi pentarbiyahan,
Sehingga Melaka masyur penuh kehebatan,
Dengar kata Sultan Malikus Salih juga ahlul-bait Nabi (SAW)
Melahirkan kerajaan Pasai mencurah bakti,
Mendokong agama sehingga berbadi,
Malikus Salih, Allah dah pilih menjadi wali..
Syeikh Ismail Sultanul Ariffin di Melaka (Pulau Besar),
Syeikh Muhammad al-Baghdadi (Terengganu),
Tokku Pulau Manis, Tokku Paloh, Habib Nuh,
Semua itu ahlul-bait Nabi SAW belaka,
Ramai lagi nama-nama mereka,
Tak terucap dek hamba yang leka.,
Hakikatnya, kesultanan ahlul-bait pernah banyak di Nusantara,
Di Tanah Melayu, Kepulauan Jawa dan Sumatera,
Jangan lupa Filipina lama dan Kalimantan,
Asal titisan Abbas, al-Hussein dan al-Hassan (RA),
Keluarga Bani Hasyim penuh kerahmatan.
Mengapa ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia?’
Kerana Melayu dilahirkan oleh ahlul-baitnya (Nabi SAW),
Ungkapan Melayu itu Islam, itulah yang tersiratnya
Rumpun Melayu sebati dengan ahlul-bait, itulah kehendakNya.
Dengar semua! Ahlul bait bakal memegang peranan,
Antara watak dan tokoh Akhirul Zaman,
Umara ulama ahlul-bait akan ke saf hadapan,
Memikul amanat di zaman kebangkitan,
Itulah janji Allah, Tuhan seru sekelian alam.
Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (SAW),
Panji hitam dari bumi timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umara ulama kuncinya terletak,
Laksaman Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“Takkan Melayu hilang di dunia”

terima kasih http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan