Zun-Nun al-Misri rahimahullah berkata : "Janganlah benci kepada orang yang berdosa itu, kerana kamu tidak tahu sebelum dia meninggal dunia, mungkin dia bertaubat dan Allah terima taubatnya dan meninggikan darjatnya.." dan para Arifbillah mengingatkan : "Hikmah dua biji mata yang Allah berikan pada kita ialah, satunya untuk melihat kebaikan orang lain, dan satunya lagi untuk melihat keburukan diri sendiri.. Sekiranya merasakan diri kita lebih baik dan mulia daripada orang lain, sebenarnya kita lebih hina ..." Bersangka baik lah dengan Allah dan bersangka baik juga dengan hamba-hamba Allah..
Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:
"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku.
Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka.
Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."
Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."
Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."
"Benteng yang paling ampuh pada diri seseorang ialah iman yang padu terhadapTuhan dan hari akhirat."Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat
toleransi
terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung,dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal pun, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan.
Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat.
Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat- jahat manusia kepada
Dari ilham guru ku. .
khairunnas
- sebaik-baik manusia.Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:Pertama :Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengsahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud:"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka."Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.Kedua :Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama .Dari ilham guru ku. .
Reminder aktiviti bulan 9.
SEMINAR TRANSFORMASI MUSLIMAH
Seminar ini diadakan untuk kaum wanita tidak kira peringkat umur. Dari bayi yang baru lahir sehingga golongan pelajar, remaja, belia dan wanita tidak kira usia dan pekerjaan.
Seminar ini diadakan untuk memberi ruang mempelajari kaedah ☞ RAHSIA ILMU SYAHADAH ☜ sebagai kaedah merawat & membina pendinding diri dari sebarang gangguan makhluk halus, sihir, khianat dan lain lain ancaman.
Seminar ini juga bertujuan memberi satu kaedah untuk meningkatkan keyakinan diri, menguatkan semangat, menambah daya fokus dalam urusan pelajaran, perniagaan dan urusan kehidupan.
Bimbingan kelas mingguan & bulanan bagi anak murid yang telah menerima ilmu ini.
Pelbagai aktiviti silaturrahim dan juga peluang niaga pada komuniti ahli yang telah berdaftar. Ahli kami berada di seluruh Malaysia.
SEMINAR TRANSFORMASI MUSLIMAH
Seminar ini diadakan untuk kaum wanita tidak kira peringkat umur. Dari bayi yang baru lahir sehingga golongan pelajar, remaja, belia dan wanita tidak kira usia dan pekerjaan.
Seminar ini diadakan untuk memberi ruang mempelajari kaedah ☞ RAHSIA ILMU SYAHADAH ☜ sebagai kaedah merawat & membina pendinding diri dari sebarang gangguan makhluk halus, sihir, khianat dan lain lain ancaman.
Seminar ini juga bertujuan memberi satu kaedah untuk meningkatkan keyakinan diri, menguatkan semangat, menambah daya fokus dalam urusan pelajaran, perniagaan dan urusan kehidupan.
Bimbingan kelas mingguan & bulanan bagi anak murid yang telah menerima ilmu ini.
Pelbagai aktiviti silaturrahim dan juga peluang niaga pada komuniti ahli yang telah berdaftar. Ahli kami berada di seluruh Malaysia.
JOM SERTAI KAMI
Jom sertai kami:-
Tarikh : 10hb September
Masa : 3.00ptg - 6.00ptg
Alamat : NO-9 BLOK F2 FELDA JENGKA7.
(jalan kubur) Kediaman B. Zila
Yuran : RM50 seorang / PERCUMA 12 thn ke bawah
SILA HUBUNGI UTK PENDAFTARAN & PERTANYAAN B. AZILA 0142936959
Tarikh : 23 September 2017
Masa : 03 . 00 PTG - 06 . 00 PTG
Alamat : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG KECHAU TUI , 27100 PADANG TENGKU .
Yuran : RM50 SEORANG / PERCUMA BAGI KANAK2 12 THN KE BAWAH
SILA HUBUNGI UTK PENDAFTARAN & PERTANYAAN
BONDA AMIEY ( 010 - 5708871 )
ANJURAN KELUARGA WALINUNGSARI PSSGM CAW.PAHANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan