Khamis, 15 Disember 2011

MELAYU YANG MALU NAK MENGAKU MELAYU

<iframe width="400" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/odIcWSIC-1Q" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

MALU MENGAKU BANGSA MELAYU ?

Bila ada pemimpin-pemimpin yang menerapkan self-esteem yang rendah kepada para pengikut mereka sehingga ada pengikut yang tanpa rasa bermaruah mengaku “MALU MENJADI MELAYU” samalah seperti British mengajar orang Melayu supaya berbangga dengan hanya menjadi petani dan tidak boleh menjadi lebih baik daripada petani. Perkara yang sama, tetapi berlaku dalam bentuk
‘reversal mind-set’.
Dikatakan oleh pemimpin-pemimpin politik jenis itu lagi, tidak perlu bangga menjadi Melayu sebaliknya motif bangsa tidak dipandang oleh Allah kerana Allah hanya memandang kepada ketakwaan manusia.
Itu benar, tetapi ada kecacatan dalam kewarasan semasa pertimbangan itu dibuat apabila menolak perjuangan bangsa sebulat-bulatnya.
Kesannya, wujud sebilangan manusia yang berperasaan malu menjadi Melayu akibat menerima bulat-bulat kerendahan ‘nilai’ self-esteem yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin yang mereka tabal sedangkan pada masa yang sama bangsa-bangsa lain berbangga dengan bangsa mereka dan
sentiasa memperjuangkan bangsa mereka sendiri tidak kira walau di bumi mana punmereka berpijak.
Perlu berfikir dengan waras. Apabila musuh berperang menggunakan parang, kita juga mesti ada parang atau yang lebih hebat daripada parang. Bilamana musuh menggunakan senapang, kita juga perlu menggunakan senapang atau senjata lain yang lebih hebat daripada senapang. Bukan hanya berharap kepada tulang empat kerat semata-mata untuk memerangi musuh.
Apabila bangsa lain berlumba-lumba dan berbangga untuk memperjuangkan bangsa mereka, kita juga harus melakukan perkara yang sama dan bukan hanya tunduk malu kerana dijadikan sebagai Melayu tanpa sedikit pun rasa bangga. Itulah maksudnya kepada perlambangan erti mereka ada senapang, kita pun ada senapang.
Seseorang pemimpin sewajarnya berperanan membangkitkan semangat para pengikut, bukan meruntuhkan semangat dan self-esteem para pengikut termasuklah ‘mengajar’ pengikut supaya MALU MENJADI MELAYU. Jangan dibuat perkara yang sama seperti British pernah buat kepada kita.
Semasa Perang Scotland-Britain pada sekitar tahun 1296-1328, bangsa Scotland bangga menjadi orang Scotland dan berjuang dengan self-esteem yang tinggi untuk tidak membenarkan Britain bertampuk kuasa di Scotland.
Britain pula terdiri daripada bangsa Inggeris yang bangga menjadi orang Inggeris, malah bangga kerana melebarkan empayar luas sehingga kurun ke-20.
Bangsa Arab juga berbangga menjadi orang Arab, orang Iran juga berbangga menjadi bangsa Parsi, orang Cina juga berbangga dilahirkan Cina, begitu juga dengan Yahudi yang berbangga dilahirkan Yahudi. Mengapa mesti ada sebilangan orang Melayu yang MALU MENJADI MELAYU hanya kerana pemimpin mereka berkata SUNGGUH MALU MENJADI MELAYU?
Memang benar, Allah hanya memandang tingkat ketakwaan manusia dan bukan dari darah mana-mana keturunan yang diwarisinya. Dalam konteks negara merdeka
‘pride’ sesebuah bangsa juga ada peranannya dalam mengemudi semangat para pejuangnya untuk memastikan negara terus merdeka.
Pride lebih mudah ditiup dengan semangat bangsa.
Melayu di Malaysia adalah Islam majoritinya. Apabila disebut sebagai orang Islam di Malaysia, kita akan hanya terus fokus kepada satu bangsa iaitu MELAYU. Ia kerana bangsa Melayu itu Islam agamanya.
Apabila orang Melayu berdiri kuat,
Islam juga berdiri kuat.
Apabila self-esteem orang Melayu jatuh melukut,
self-esteem orang Islam di Malaysia juga jatuh melukut.
Namun, Islam itu bukan Melayu, tetapi Melayu itu beragama Islam.
Fahami perenggan ini dengan tingkat kewarasan yang tajam dan cuba jawab dengan ikhlas kepada diri sendiri. Apabila ada yang tidak bermaruah berasa MALU MENJADI MELAYU, timbul teka-teki iaitu siapakah orang Melayu yang akan berjuang demi agama yang dianuti oleh bangsanya? Berasa malu untuk berjuang demi agama yang dianuti bangsa sendiri kerana dilahirkan menjadi bangsa Melayu?
Juga berfikir tajam mengenai perenggan ini.
Siapakah yang akan waras berfikir sekiranya bangsanya di negara ini teguh maka agamanya di negara ini juga akan teguh?
Oh tidak, mereka itu MALU MENJADI MELAYU dan tidak akan berjuang demi bangsa yang menganuti agama mereka.
Mereka kata mereka berjuang demi agama, bukan bangsa sedangkan bangsa mereka itu menganut agama yang sama dengan agama mereka.
Ketepikan orang Melayu yang murtad. Orang Melayu itu orang Islam majoritinya. Jika tercetus perang akidah tanpa disangka-sangka, orang Islam akan bersatu atas nama Melayu. Semangat jihad akan ditiup berbekalkan semangat bangsa yang berjuang demi agama mereka, Islam.
Sila faham betul-betul dengan maksud
berbekalkan semangat bangsa’
hanya bekal,
bukan berakidahkan semangat bangsa.
Disatukan dalam erti kata bangsa Melayu beragama Islam.
Cuba jejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat,
orang Islam di Palestin bersatu menentang Zionis dengan berbekalkan semangat bangsa Arab.
Bukan kerana orang Arab itu majoriti beragama Islam di dunia, tetapi orang Arab itu majoriti beragama Islam di Palestin. Semangat mereka disatukan dengan erti kata semangat bangsa yang berjuang untuk agama mereka.
Semangat yang mahu mengembalikan maruah orang Arab beragama Islam di rantau tebing. Lihat bagaimana semangat bangsa memainkan peranan untuk jihad mengembalikan maruah sebuah bangsa yang beragama Islam. Mereka bangga menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan Islam. Namun, sebilangan orang Melayu tidak bangga menjadi sebuah bangsa yang mempertahankan Islam,
tidak bangga menjadi bangsa yang dipilih oleh Allah untuk menganut agama-Nya.
Tanah Melayu, Malaya, Malaysia.. telah ditetapkan rencana kejadian oleh Allah
iaitu semua Melayu di tanah ini hidup dalam agama-Nya, menjadi sebuah bangsa yang menganut agama-Nya dan memperjuangkan agama-Nya.
Melayu hari ini adalah sebuah bangsa yang dilahirkan dalam agama-Nya andai ibu bapa seseorang Melayu itu beragama Islam.
Melayu tidak wajar malu kerana mereka menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan agama-Nya.
Majoriti Melayu itu Islam dan teguhnya Melayu itu juga bermaksud teguhlah Islam di Tanah Malaya ini.
MALUKAH MENJADI MELAYU wahai segelintir Melayu yang sudah menjadi dungu oleh kedunguan perkataan-perkataan pemimpin yang tidak faham dengan maksud sebuah bangsa yang memperjuangkan agama mereka.
Jika dibuat satu lirik yang merendahkan self-esteem Melayu pada hari ini sepertimana yang pernah dibuat oleh British, lirik itu mungkin berbunyi:
“Kami Melayu,
Kami malu menjadi Melayu,
Malu menjadi bangsa yang ditakdirkan memperjuangkan Islam di Asia Tenggara.”
Mungkin akan berbunyi sumbang seperti itu, lebih sumbang daripada lirik yang diperkenalkan British pada sekitar 1920-an hingga pertengahan 1940-an. Lebih teruk daripada mind-set yang diperkenalkan British. Perkataan-perkataan yang keluar daripada orang yang MALU MENJADI MELAYU adalah jauh lebih busuk daripada mulut British yang mahu meragut self-esteem orang Melayu ketika itu.
Pemimpin-pemimpin Melayu yang mengajar orang Melayu supaya MALU MENJADI MELAYU seperti tidak tahu mencari titik yang menemukan antara Islam dengan Melayu. Mereka dengan hidung kembang selalu berkata, perbezaan itu adalah rahmat.
Memang Melayu dan Islam itu berbeza kerana Melayu itu bangsa dan Islam itu agama, Allah juga tidak memandang bangsa.
Kenapa tidak mencari titik perbezaan yang menemukan Islam dengan Melayu dan disifatkan sebagai rahmat Allah?
Melayu adalah bangsa yang beragama Islam, sebuah bangsa yang ditakdirkan berjuang untuk agama-Nya.
Malukah menjadi bangsa yang ditakdirkan untuk lahir dalam agama-Nya?
Oh, semua itu akan di-twist. Mereka berkata pula, MALU MENJADI MELAYU kerana ada sebilangan Melayu yang makan rasuah. Apakah Melayu sahaja yang makan rasuah? Bangsa Cina juga ada yang makan rasuah, bangsa India pun ada, bangsa Inggeris pun ada yang makan rasuah dan pecah amanah, bangsa Yahudi berhati Zionis pun lebih teruk lagi sampai bunuh orang Islam. Tetapi, bangsa-bangsa itu tetap bangga dengan bangsa mereka walaupun ada segelintir daripada kalangan mereka yang terlibat perlakuan tidak baik. Mereka kenal dengan kenyataan bahawa akan mana-mana bangsa sekalipun tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, adakah disebabkan hal itu ada orang Melayu yang malu menjadi Melayu sedangkan bangsa lain masih kekal bangga dengan bangsa mereka? Malangnya ada Melayu yang sudah membuang bangsa hanya kerana perkara seperti itu.
Banyak boleh ditemui dalam blog-blog politik yang mana ada komen daripada orang Melayu sendiri yang mengaku MALU MENJADI MELAYU. Ia satu realiti iaitu ada orang Melayu yang mula rasa malu menjadi Melayu. Malu dilahirkan sebagai bangsa yang ditakdirkan untukmenganut agama Allah.
Jangan hanya kerana membenci UMNO yang ultra-Melayu, lalu semangat bangsa dibuang ke dalam bakul sampah.
Jangan hanya kerana membenci PAS, lalu semangat Islam disudutkan ke tepi.
Bangsa Melayu dan agama Islam tidak dapat dipisahkan.
Kuatnya Islam di Malaysia juga bermaksud kuatlah Melayu.
Kuatnya Melayu juga bermakna kuatlah Islam.
Bina kekuatan Melayu di Malaysia selari maksud dengan membina kekuatan Islam kerana Melayu itu beragama Islam.
Jangan lagi menjadi seperti kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu yang diajar menyanyikan lagu yang memaksa mereka berbangga dengan hanya menjadi petani pada sekitar tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an.
Di kalangan kanak-kanak itu juga ada yang membantah keras kerana Melayu dipaksa berbangga menjadi petani sedangkan Melayu sebenarnya boleh menjadi lebih baik daripada sekadar petani kampung.
Jika ada yang masih malu menjadi Melayu... lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya begitu berbangga dengan bangsa mereka sejak sebelum mereka berjaya. Mereka bersemangat memperjuangkan maruah bangsa mereka untuk berjaya, sedangkan sebilangan Melayu begitu malu menjadi Melayu hanya kerana pemimpin mereka juga berasa malu.
Pemimpin yang baik adalah yang mampu meningkatkan semangat pengikut, semangat yang tulen, tulen bererti mengenal segala kenyataan selepas menemui persamaan dalam titik-titik yang berbeza. Pemimpin yang baik adalah yang mampu menaikkan semangat pengikut di ‘medan perang’ dan bukan yang ‘menjadikan pengikut berasa malu’ untuk berhadapan dengan musuh. Masih tertunduk malu ketika kepala mahu dipancung oleh musuh. Malu, malu dan malu tidak bertempat. Malu, malu dan malu untuk melihat diri sendiri.
Melayu semua!
bangsa kamu adalah bangsa yang hebat,
dicemburui Portugis dan Sepanyol serta bangsa-bangsa Eropah yang lain
sehingga bermain kotor menjatuhkan empayar-empayar Melayu.
Melayu itu bangsa yang banyak rahsia sejak zaman berzaman, rahsia yang mahu diketahui oleh orang Eropah dan ditutup segala rahsia itu sehingga Melayu lupa asal usul apabila Tanah Melayu sudah terjajah.
Apabila sudah lupa asal usul kegemilangan bangsa, maka wujudlah sebilangan Melayu yang malu menjadi Melayu. Malu selepas pemimpin mereka juga berasa malu. Dungu dan malu yang tidak bertempat. Malu menjadi Melayu sehingga sejarah kegemilangan dan kehebatan bangsa mahu ditempatkan kepada bangsa lain.
Malu dan dungu sehingga tanpa usul periksa berkata Tanah Melayu ini bukan milik bangsa Melayu sejak asalnya.
Orang bodoh itu makanan paling lazat bagi orang yang bijak memanipulasi.
Daging orang gopoh yang tidak pandai usul periksa pula adalah jauh lebih lazat daripada daging orang bodoh kerana orang gopoh itu jauh lebih bodoh daripada orang yang sedia bodoh.
Sama ada orang bodoh atau orang gopoh, kedua-duanya itu adalah makanan yang lazat kepada orang bijak.
Demotivated Malays.. lets get re-motivated starts from nowbangunlah dengan minda yang waras, yang menemui titik persamaan daripada dua titik yang berbeza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan