Selasa, 3 Mei 2011

untukku dan untukmu wahai bangsaku

Umat Melayu telah berpecah-belah kerana politik dan bukan kerana agama. Perpecahan ini bertambah parah apabila sesetengah pihak berani menggunakan agama bagi mencapai tujuan peribadi, tujuan politik dan kekayaan duniawi.
Di mana-mana tempat pun di dunia, agama sering di jadikan isu yang diputar-belitkan sehingga menyebabkan perang saudara dan pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan. Dalang kepada seluruh kekacauan ynag melibatkan agama ini adalah 'orang-orang' agama yang taksub lagi jumud dalam beragama. Rosaknya minda masyarakat Islam adalah disebabkan sifat buruk sangka yang ekstrem atau dalam bahasa yang lebih tepat dipanggil sifat PREJUDIS. Sifat prejudis inilah yang ditanam oleh puak Yahudi Amerika dalam program sulit mereka yang diatur di bawah 'Carter Doctrine'yang di mulakan pada masa pemerintahan Jimmy Carter dan didukung oleh Setiausaha Luar Amerika pada ketika itu, Zbigniew Brezinski.
Masyarakat Islam di seluruh dunia diancam bahaya besar dari dalam akibat program dari ‘Carter Doctrine' yang telah melahirkan puak Fundamentalist Islamist yang ekstrem dan berpaksi kepada satu aliran pemikiran iaitu berburuk sangka terhadap orang lain. Bahaya buruk sangka yang di tanam dalam setiap jiwa umat Islam di timur tengah dan kawasan2 yang dicemari 'Carter Doctrine' ini telah menyababkan perang saudara yang dahsyat di Afghanistan, Pakistan, Iraq, Iran dan puak lain di timur tengah. Ditekankan di sini, metodologi fundamentalis Islam di sana berpusat kepada perasaan benci membenci, prejudis sesama umat Islam dan agama lain serta mengkafirkan orang Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Baru-baru ini terjadi satu pembunuhan sadis di Palestin, di mana seorang aktivis kemanusiaan dari Itali di bunuh oleh puak Salafi dari dalam Hamas yang disebabkan oleh rasa tidak puas hati puak salafi tersebut ke atas kepimpinan Hamas itu sendiri. Bagi menyatakan sifat tidak berpuas hati mereka itu, mereka telah membunuh orang tersebut. Kes pembunuhan di atas adalah berdasarkan sifat benci dan buruk sangka yang melampaui batas. Bagi mereka nyawa manusia boleh diambil bila-bila masa dan tidak bernilai lebih-lebih lagi jika yang mati itu adalah orang kafir. Puak ini telah mengalami kerosakan jiwa dan pemikiran yang amat dahsyat sehingga mereka bertindak di luar norma agama dan peri kemanusiaan..

Bunga-bunga kunjugan pemikiran ala fundamentalis ini telah lama wujud di negara tetapi bukanlah melalui program sulit Amerika. Namun kewujudan fahaman benci-membenci yang wujud di negara ini adalah disebabkan manipulasi agama dan korupsi dalam berpolitik. Fahaman yang bahaya ini menular dan berjangkit ke dalam minda dan hati orang melayu yang berpelajaran mahupun tidak, yang alim dalam agama mahupun tidak. Orang melayu harus ingat, politik bukanlah permainan yang elok diceburi. Biarlah ahli-ahli poltik menjual maruah dan agama mereka untuk tujuan berpolitik. Bagi kita orang biasa, tanggung jawab sebagai umat melayu yang sayangkan bangsa dan takutkan Allah, hendaklah memastikan diri tidak di perkotak-katikkan oleh anjing-anjing politik ini. Sekiranya umat kita saling tolong-menolong dalam ekonomi dan cinta kepada Allah, nescaya dakyah politik yang serong tidak mampu menggugat kekuatan bangsa kita dari sudut mana pun. Lebih baik kita duduk di majlis-majlis zikir dan meraikan Allah Taala daripada berdemonstrasi dan mengumpat. Carilah tok-tok shaykh yang ramai di Malaysia ini yang boleh membimbing kita dekat dengan Allah.
Politik dan manipulasi agama dalam politik adalah isu kecil yang diperbesar-besarkan bagi tujuan jelas meraih keuntungan dunia. Janganlah kita terikut-ikut orang luar yang telah rosak jiwa dan mentalitinya.


Ikutlah contoh terbaik dari kalangan orang-orang yang berjiwa murni yang terdiri dari orang Islam mahupun bukan Islam. Tokoh yang wajar dijadikan teladan dikalangan orang Islam ialah Rasulullah SAW yang tidak menggunakan saluran politik dalam beragama namun seorang yang sangat bijak dalam mencatur strategi semasa di Madinah sehingga membawa kemenanagn besar kepada Islam. Angkatan Wali Songo yang berjaya mengislamkan tanah Jawa tanpa saluran politik dan telah memenangi hati semua orang di tanah jawa sehingga Islam tersebar dengan cepat. Imam Syamil, pejuang Kaukasus yang sering mematahkan semangat penakluk Russia dengan kebijaksanaan diplomasi dan militari ala militan yang membawa kejayaan politik kepada bangsanya sehinnga beliau ditawn dan di buang negeri. Said Nursi Bediuzzaman, Ulama Turki keturunan Rasulullah SAW yang menentang Sultan Othmaniah dan Mustafa Kamal Attaturk tanpa menggunakan saluran politik telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari bahana kepimpinan Islam munafik dan kepimpinan sekular. Omar Mokhtar, pejuang Libya yang mempertahankan Islam tanpa cabang politik dari penaklukan rejim Mussolini selama 30 tahun sehingga akhirnya syahid dihukum gantung. Datuk Bahaman, Tokku Paloh, Abdul Rahman Limbung dan pejuang Melayu yang seangkatan, melawan penindasan British di Tanah Melayu tanpa saluran politik namun dapat memenangi jiwa orang melayu dan menjaga kedaulatan agama Islam.
Selain itu, contoh lain bagi yang menggunakan saluran politik untuk agama dan bangsa dapat dilihat dalam kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan yang seangkatan ketika itu, telah berjaya memenangi semula hak-hak bangsa kita selepas merdeka dan memajukan bangsa kita dari segi pendidikan dan ekonomi melalui Perlembagaan Malaysia.
Contoh-contoh di atas dapat menerangkan maksud saya tentang politik dalam Islam. Di mana walaupun politik itu wujud dalam Islam, ianya bukanlah perkara besar. Sebab tokoh-tokoh terbaik hanya kadang-kadang saja menggunakan politik untuk mencapai tujuan kemanusiaan, tujuan menjaga kedaulatan Islam, tujuan membebaskan diri dari penaklukan, tujuan mempertahankan diri dan tanah air.
Oleh itu, orang melayu yang celik hati dan cerah pandangan, gunakanlah akal untuk menilai dan roh untuk merasa nikmat bertuhan dan bermasyarakat. Dasar atau fundamental yang betul dapat mendorong tindakan yang betul. Kerana Islam itu bertunjang kepada yang murni dan betul. Begitulah hendaknya pemikiran dan hati kita, bertunjang kepada kebenaran dan kesucian.



PENDEKAR DAN SERIKANDI TERUSKANLAH BERJUANG,USAH GENTAR CABARAN DAN UJIAN ,BERSATU KITA TEGOH BERCERAI KITA ROBOH,JANGAN BIARKAN BUDAYA NEGATIF MELANDA KITA,KITA BERSATU SEMUA MENENTANG SEGALA ANGKARA.
Ingat pesan GURU "Wahai murid muridku,Beramallah dengan tekun dan gunakanlah ilmu ini diatas jalan kebaikan semoga kita mendapat Restu dan Naungan Allah s.w.t.Baikilah akhlakmu,bicaramu,hatimu,nafsumu,ibadahmu dan hubungan dengan Allah s.w.t.Buangkanlah segala sifat tercela dan jadikanlah sifat mahmudah(suka kepada kebaikan )sebagai perhiasn hidupmu.Jangan bertindak menurut perasaan ,berfikirlah dan rujuk kepada
Gerak sebagai panduan Insya Allah selamat"Ya Allah ,berkatilah usaha kami yang hina ini,
Jadikanlah usaha kami ini sebagai jaminan kasih sayang dan rahmatMU terhadap kami dan kedua ibu bapa kami serta ahli keluarga kami dan rakan rakan seperjuangan kami Dunia dan Akhirat"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan