Sabtu, 2 April 2011

MENANGKAP JIN betul atau gimik


dulu pernah kita bersiaran dalam tv3 dalam rancangan misteri nusantara,salah satu adegan yang
dipaparkan adalah anak anak buah saya menangkap jin @hantu dan dimasukkan kedalam botol.
ada diantara mereka yang tidak memahami kaedah ini menuduh kami menipu.Ada pula yang
mempersoalkan adakah jin ini boleh dipegang atau ditangkap.
Sebenarnya bukan semua jin boleh ditangkap .Mereka makhluk Tuhan sama seperti makhluk
makhluk yang lain ,Kita kena ada sifat kasih sayang sesama makhluk.Mereka juga ada kehidupan ,keperluan seperti kita .
Yang bolih ditangkap atau dihalau hanya mereka yang menggangu atau melakukan jenayah sahaja,misalnya yang mengacau rumah tangga,yang mendiami tempat kediaman manusia ,yang membuat huru hara itu sahaja. Kita tak boleh mengacau jin dikawasan rumah lama yang tidak didiami manusia ,hak hak privasi mereka kita kena hormati juga,macam harimau kalau dah masukhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxV7-K7bKEb7WBqhvRAbkd6xwoWIk449JW9g7uu9a3r_a-T44NsX7HdPERBbxlYwglYeEJIg04bs6jGEPCGXJ5i-IKxZfij5hqpK8prDwU2eUYnLRZqhkNxYNtsJx7fqnJXbP10AR8bmc/s320/harimau.jpg
kawasan penempatan manusia itulah yang diburu dan ditangkap.Harimau yang tinggal di hutan kita tak buru dan tangkap mereka.
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Kaum jin ada yang beriman dan ada yang kafir ,fasiq dan munafiq,sangat sedikit diantara mereka yang beriman dengan Tuhan ,Biasanya yang suka mengacau manusia ni jenis kelompok penjenayah atau individu dikalangan mereka.Ada diantara mereka dihasut oleh sekelompok syaitan atau sekolompok manusia yang berhati syaitan biasanya ahli sihir ,bomoh dan pengamal ilmu hitam.




Di antara dasar akidah Islam ialah beriman kepada yang ghaib bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan Allah untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaNya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang berimn kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
Surah al Baqarah:1-3

Oleh itu setiap muslim wajib beriman tanpa ragu sedikitpun kepada perkara ghaib. Ibnu Mas`ud menyatakan yang ghaib ialah apa yang ghaib yang wajib kita imani kerana terdapat banyak dalil-dalil daripada al Quran dan as Sunnah.

•Tidak terlihat bukan erti tidak ada.

Tidak terlihat jin bukannya berti tidak ada sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat melihatnya tetapi ia mengalir di dalam kabel. Kita membuktikan kewujudannya dengan pengaruh-pengaruhnya yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan udara dan sebagainya.
Haram meminta pertolongan daripada jin






Sebab-sebab kemasukan jin:

1) Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau sebaliknya

2) Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan air panas kepadanya dari tempat yang tinggi dan sebagainya.

3) Kezaliman jin terhadap manusia seperti menggangu tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia melalui keadaan tersebut:

a - terlalu marah
b - terlalu takut
c - nafsu syahwat yang tinggi
d - lalai sekali

Kewujudan makhluk halus di dalam tubuh seseorang boleh dikesan melalui keadaan:

Gejala pada waktu tidur (mimpi)

1) Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah payah

2) Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut

3) Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu rajin berteriak meminta pertolongan tetapi tidak mampu

4) Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan

5) Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing, unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.

6) Bunyi gigi ketika tidur
7) Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur
8) Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa disedari
9) Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi
10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
11) Bermimpi berada di tempat yang sunyi
12) Mimpi melihat makhluk aneh
13) Mimpi melihat hantu
14) Mimpi melihat budak kecil
15) Mimpi melihat gereja/salib
16) Mimpi berjumpa paderi
17) Merintih ketika tidur

Gejala pada waktu jaga

1) Selalu pening, pergi ke hospital atau klinik doktor kata tidak ada penyakit

2) Selalu berpaling daripada mengingati Allah

3) Hilang ingatan fikiran

4) Sering lesu dan malas

5) Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup mengubatinya

6) Sentiasa terasa sakit dibelakang

7) Lenguh disendi-sendi utama

8) Melihat sesuatu yang pelik ketika jaga

9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati

10) Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kakinya

11) Mudah panik apabila menghadapi sesuatu ujian

12) Jiwanya sentiasa lemah

13) Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

14) Mudah marah

15) Emosional (terlalu sensitif)

Jenis-jenis gangguan jin

1) Gangguan sepenuh, iaitu jin mengganggu seluruh jasad seperti orang yang mengalami berbagai sumbatan saraf

2) Gangguan sebahagian anggota

3) Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada dalam jasadnya dalam waktu yang lama.

4) Gangguan sejenak iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang Mu`alij (pengubat)

1) Hendaklah beraqidah dengan aqidah yang betul

2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’

3) Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan

4) Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin

5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal tersebut syaitan akan menyerang manusia

6) Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT

7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa cara sekalipun

8) Harus membentengi diri dengan benteng kukuh
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.
Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih mampu menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.

Bagaimana untuk mencegah kerasukan jin

1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan Nabi

2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan

3) Menyebut nama Allah setiap masuk ke dalam bilik gelap

4) Jangan menyakiti anjing/ kucing

5) Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian maka berwudhuklah terlebih dahulu
dan baca doa untuk tidur

6) Jangan kencing atau buang air di merata-rata terutama dilubang-lubang

7) Jangan bunuh ular yang muncul di dalam rumah



Jin lebih rendah daripada manusia

Firman Allah SWT:

Dari Firman diatas membuktikan kita anak anak adam adalah lebih sempurna kejadian kita dari makhluk yang lain ,dan DIBERI rezeki yang baik baik termasuklah rezeki ilmu yang baik baik ,rezeki ni bukan duit dan kekayaan sahaja ,ilmu menangkap jin yang kebetulan kami terima ini adalah hasil rezeki dari ALLAH yang patut kami syukuri sebab bukan semua dapat ,kalau semua orang dapat tak de komen lagi,Ini yang jadi persoalan pada mereka ustaz,ustaz yang kononya belajar ilmu perubatan islam sendiri terpinga pinga.

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs143.snc3/17071_108035125879758_100000198120040_202389_5613264_n.jpg
Kita kena ingat kejadian jin dari api dan sukar untuk melihat makhluk ini dengan mata kasar
padahal mereka wujud dan ramai disekeliling kita.Ia umpama melihat kipas kapalterbang yang berputar dengan laju sehingga kita tidak nampak kipas tersebut padahal kipas itu wujud ,atau seumpama satu peluru yang bergerak begitu laju mata kasar kita tidak akan nampak peluru itu.
Samalah macam jin yang kita tangkap dengan menggunakan gerak rasa (tenaga rohaniah) dengan memusatkan semua panca indera ke 9 (kulit,mata hati,mata batin,)maka jin tadi ditangkap dan diperangkap secara makrifat dengan mengeluarkan aura kalimah Allah pada pancaindera kita lalu dimasukkan kedalam botol sambil memakrifatkan kalimah ALLAH memerangkap dan memperkecilkan jisim mereka.Proses perlawanan biasanya berlaku dan kekadang ada yang terlepas.

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs143.snc3/17071_108035122546425_100000198120040_202388_6215863_n.jpg
bagaimana makhluk ini dapat dilihat setelah ditangkap???? sebenarnya kamera biasa termasuk kamera yang digunakan oleh krew tv3 tak dapat tangkap pun ,nak dijadikan cerita biasa kami menggunakan telefon bimbit berteknologi cybershot pada hari penggambaran
misteri nusantara tetapi kamera kami hang pulak dah.

http://www.letsgodigital.org/images/artikelen/55/sony-cybershot-dsc-w150.jpg
nasib baik anak tuan rumah ada kamera digital cybershot yang dapat rakam gambar jin
pengacau tu,.so kalau nak tahu kamera kita dapat berfungsi jelas anda boleh cuba ambil gambar kipas yang berpusing laju tetapi bila anda ambik gambar kipas tu berhenti,kalau kabur dan tak jelas tak bolih ambik gambar makhluk tu,tapi kita orang sebelum ambik gambar tu kita doa dulu ,apa doa tu jumpa kita lah nanti kita bukak rahsia tu,kenalah ambik kursus perubatan dengan kita.



ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI

PUSAT RAWATAN PANJI ALAM SDN. BHD.

ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI

Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan atau membuka Pusat Rawatan Alternatif.

Dalam kursus ini pintu tenaga pada tubuh peserta akan dibuka menurut cara kerohanian Islam.
Pelbagai faedah dapat dimanfaatkan dengan tenaga tersebut. Antara yang akan diajar:


- Mengurut zahir dan batin
- Anak degil, ilmu bersuami isteri
- Memagar rumah, diri dan keluarga
- Gelombang tenaga, aura, warna aura, herba & Al Quran
- Kaedah perubatan menggunakan aura, tenaga dalam & fadhilat ayat
- Kaedah merawat penyakit zahir dan batin
- Penggunaan aura dalam pelembut/pemanis/penarik
- Melihat orang yang jauh (telepathy/remote viewing)
- Mandi bunga/limau/buang tenaga negatif
- Pendinding diri, pengasih diri, pelindung diri
- Kaedah mengumpul energy/tenaga aura dan mengembangkannya
- A.K (Applied Kinesiology)
- Terkena sihir, saka, gangguan halus, resdung, luka dalam,barah
Sakit kronik dll


Adakah anda berminat menjadi seorang pengamal perubatan alternatif profesional dalam bidang perubatan menyeluruh menggunakan kaedah Tenaga Rohaniah dan Tenaga Alam (PUTRA) atau General Medical Spiritual and Universal Energy (GMsue) ?

Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda .


Kursus Asas Perubatan

Yuran Kursus : RM 1300.00

Jangkasama Kursus : 1 hari

Sijil Kursus, Nota, Makan – minum disediakan oleh pihak penganjur.

Peperiksaan Perubatan Alternatif Peringkat Asas diadakan setiap 4 bulan sekali.

Kursus Perubatan Lanjutan

Yuran Kursus : RM 3500.00

Jangkasama Kursus : 2 hari

Sijil Kursus, Nota, Gambar Kenangan, Makan – minum, tempat tinggal (hotel 3 bintang), pengangkutan disediakan oleh penganjur.

Peperiksaan Perubatan Alternatif Peringkat Kursus Lanjutan diadakan setiap 6 bulan sekali.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan