Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
Jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU (Bumiputra Sabah & Sawarak) dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
SUMPAH MELAYU
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.
KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.
KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
- Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
- Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
- Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
- Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Rejimen Askar Melayu DiRaja (atau Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri utama di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Askar Melayu kini mempunyai kekuatan 25 batalion. Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.
Penubuhan Sejak penjajahan oleh Kerajaan Kolonial British, pasukan-pasukan Tentera British dan juga Tentera British India (British Indian Army) seperti pasukan “Burma Rifles” telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan. Ini melibatkan kos yang tinggi kerana pasukan-pasukan itu terpaksa dibawa daripaada Britain dan India untuk berkhidmat di Tanah Melayu. Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu. Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu. Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce , sementara Kapten K.G. Exham dilantik menjadi Adjutan. Sarjan Mejar A. E. McCarthy dilantik menjadi Sarjan Mejar Rejimen dan Sarjan Kuartermaster E. Oldfiled menjadi Sarjan Kuartermaster. Pasukan ini dikira sebagai percubaan kerana pada peringkat itu, ia bertujuan untuk menilai kesesuaian orang-orang melayu sebagai anggota tentera, dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan disiplin tentera (Mejar Jeneral G. Mcl. S. Bruce, O.B.E. M.C. (bersara). (Petikan dari rencana "Trying it out with No. 1 Squad", Pahlawan, Vol. 1, Kuala Lumpur, 1952.)
Persenjataan seperti Colt M4A1 Carbine akan mempertingkatkan daya tempur RAMD dan rejimen lain dalam ATM. Pada 1 Januari 1935, atas kesungguhan anak-anak Melayu di dalam Kompeni Percubaan dan dengan kegigihan Mejar S. Bruce, 1 Kompeni Percubaan Askar Melayu ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan permulaan seramai 150 orang anggota. Pengambilan anggota-anggota baru dipercepatkan. Dengan penambahan 232 orang anggota baru, dua Kompeni tempur telah ditubuhkan, dengan satu pasukan Ibu Pejabat sebagai elemen perintah, dan dikuatkan dengan platun bantuan dilengakan dengan mesingan Vickers, satu seksyen Semboyan dan satu unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar melayu (1 Melayu) mempunyai kekuatan 17 pegawai british dan 6 Pegawai Melayu, 11 Pegawai Waran dan 759 Pegawai Tak Bertauliah dan anggota Lain-Lain Pangkat. Apabila bahang perang semakin hampir, latihan ketenteraan dipertingkatkan. Latihsn jalan lasak di peringkat battalion dan peringkat briged kerapkali diadakan. 1 Melayu juga mula membuat latihan menggunakan mortar dan meriam penangkis kerera kebal. Dalam bulan Ogos 1941, satu platun bantuan ditubuhkan menggunakan 10 buah “Universal Carrier” ataupun lebih dikenali sebagai “Bren Gun Carrier’ di bawah pimpinan Kapten R.R.C. Carter. Platun bantuan ini menjalankan latihan bersama-sama Battalion ke-2 Loyals Regiment (North Lancashire) Tentera British. Pada bulan Mac 1941, Gabenor Negeri-Negeri Selat memberikan kuasa untuk menambah kekuatan Rejimen Askar Melayu menjadi dua battalion. Batalion Ke-2 Askar Melayu ditubuhkan pada 1 Disember 1941. 1 Melayu dan 2 Melayu bersama-sama battalion Ke-2 Loyal Regiment (North Lancashire) diletakkan di bawah pemerintahan 1st Malaya Infantry Brigade. Briged ini akan memainkan peranan besar dalam mempertahankan Tanah Melayu semasa penjajahan Jepun.
[sunting] Askar Melayu Semasa Perang Dunia II Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni A berundur ke Kuala Krai dan seterusnya ke Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buena Vista, Labrador dan Alexander. 152 anggota Melayu (termasuk 7 pegawai Melayu) Rejimen Askar Melayu bersama 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban di Malaya dan Singapura semasa Perang Dunia II. [1] [sunting] Darurat [2] Satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah RAMD ialah Peristiwa Kalabakan. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Batallion ke-3 RAMD terkoban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963. Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa Batallion ke-3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamatan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit. Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos Polis yang dipagari dengan dawai berduri mempunuyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Platun 10 Kompeni C ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan. Menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakkan ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited. Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan. Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk 'stand to', anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI. Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1063 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.
Ketika ini, 2 batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja dikhususkan sebagai pasukan payung terjun (Para) ditugaskan menjadi komponen di dalam 10 Briged Para, asas kepada Pasukan Atur Cepat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dua lagi batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja ditukarkan menjadi batalion mekanis dan membentuk komponen 4 Briged Mekanis di dalam Tentera Darat Malaysia. Batalion-batalion selainnya dicorakkan menjadi batalion infantri standard. Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (lebih dikenali sebagai 1 Melayu) adalah Batalion Istiadat. Batalion ini mengadakan upacara Kawalan Kehormat dan istiadat dalam acara-acara rasmi yang melibatkan Yang diPertuan Agong Malaysia ataupun Ketua-ketua Negara. Batalion ini juga mengadakan kawalan istiadat di Istana Negara. Pancaragam Pusat Askar Melayu biasanya mengiringi 1 Melayu semasa upacara-upacara rasmi di mana 1 Melayu membuat kawalan kehormatan.
Anggota Tentera Laut Amerika Syarikat bersama dua orang anggota Rejimen Askar Melayu diRaja dalam Latihan CARAT di Mersing, Johor [sunting] Keberanian Askar Melayu
[sunting] Leftenan Adnan dan Pertempuran di Bukit Candu Leftenan Muda Adnan merupakan wira terulung di dalam sejarah Rejimen Askar Melayu DiRaja. Pegawai muda dalam 1 Melayu ini menunjukkan semangat juang yang kental yang akhirnya mengorbankan beliau semasa mempertahankan tanah air. Kompeni “C” 1 Melayu di bawah pemerintahan Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Jika jatuh ke tangan Jepun, laluan tersebut akan memberikan laluan langsung ke kawasan Alexandra di mana terletaknya hospital tentera dan depot peluru. Pada 13 Februari, kedudukan kompeni "C" diserang oleh pasukan daripada Divisyen Chrysanthemum di awah pimpinan Lt. Gen. Renya Mutaguchi. Askar Melayu bertindak cemerland mempertahankan permatang mereka dan Askar Jepun terpaksa berundur. Pada 14 Februari 1942, Kompeni 'C' bergerak ke Bukit Candu dan diperkuatkan dengan tambahan anggota Askar Melayu menjadikan kekuatan anggota di bawah pimpinan Leftenan Adnan 42 orang kesemuanya. Pada petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Leftenan Adnan memerhatikan satu kumpulan Askar India menuju kedudukan mereka, tetapi ketajaman akal Adnan tidak terpedaya dengan helah Askar Jepun yang bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Pasukan itu diserang dan terpaksa berundur. Dua jam kemudian, Tentera Jepun melancarkan serangan besar dan kumpulan Askar Melayu di Bukit Candu tewas. [3] [4] [sunting] Serang Hendap Di Sungai Semur Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac, 1950, Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 RAMD telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi. Dalam serang hendap di Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 RAMD terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan. Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat juangn yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang musuh. [sunting] Pasar Bakhara di Mogadishu Bn 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Dalam Perkhidmatan batalion ini dengan UNOSOM, batalion ini telah ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat (Quick Reaction Force) UNOSOM. Pada 3 dan 4 Oktober 1993, Pasukan Petugas US Ranger dan Delta Force(unit elit dan komando khas US ARMY) melakukan operasi untuk menawan beberapa konco kanan Mohamed Farrah Aidid. Malangnya operasi ini menghadapi masalah. Pasukan tentera tersebut terperangkap. Terdesak, Tentera Amerika Syarikat meminta bantuan UNOSOM dan 19 RAMD untuk memberikan bantuan meyelamatkan anggota Tentera Amerika yang terperangkap. Tentera Amerika mahu menggunakan Kenderaan Perisai Radpanzer Condor milik 19 RAMD dan tidak mahukan bantuan askar 19 RAMD . 19 RAMD enggan menyerahkan Radpanzer Condor kepada Tentera Amerika, dan akhirnya satu kompromi dicapai. 19 RAMD membenarkan anggota tentera Amerika menaiki Condor, tetapi pemandu, komander dan pengendali senjata akan terdiri dari anggota 19 RAMD . 60 orang anggota 19 RAMD terbabit dalam operasi menyelamat askar Amerika berkenaan. Selepas diberi taklimat operasi, pasukan yang diketuai Leftenan Azman bergerak pada jam 11 malam. 16 buah Radpanzer Condor bergerak secara konvoi. Perjalanan ke tempat di mana tentera Amerika berlindung penuh dengan halangan, dan konvoi sering dihujani peluru dan roket. Mereka terpaksa mengelak periuk api yang ditanam di atas jalan dan tembakan penembak curi dari arah merata tempat menyebabkan pergerakan terganggu. Leftenan Azman memberi arahan dengan tenang semasa menghadapi serangan pemberontak ketika operasi menyelamat menaikkan semangat pasukan.
Akhirnya pada jam 7.45 pagi, 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Dari 19 RAMD seorang askar telah terbunuh. Prebet Mat Aznan Awang telah terbunuh apabila roket RPG-7 menembusi kompartmen pemandu kereta perisai Kondor yang dipandunya. Peristiwa ini telah menjadi inspirasi kepada pengeluar filem Amerika untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Blackhawk Down" bagi 'mengenangkan' kembali kegagalan askar-askar mereka dalam operasinya di Mogadishu. Malangnya dalam filem ini tidak ditonjolkan penglibatan anggota 19 RAMD yang telah bersama-sama menyelamatkan askar-askar elit/komando Amerika terbabit !! Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja" Kategori: Ketenteraan Malaysia
kisah sebenar BLACK HAWK DOWN
Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.
Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.
Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.
Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.
Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat. Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.
Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.
Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia.
“Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.
“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.
Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.
Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.
Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.
“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.
“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.
Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.
“Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.
Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.
“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.
“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.
“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.
Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.
Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.
Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.
Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.
“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM - konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.
“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.
Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.
“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.
“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.
“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.
Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.
“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.
“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.
Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.
Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap.
Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.
Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.
“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya.
Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.
Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.
“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.
Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.
“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.
“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.
“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.
“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.
Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.
Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.
Allahyarham Koperal Mat Aznan sebelum berangkat ke Somalia
Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.
Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.
Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.
Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.