Isnin, 7 Mac 2011

TERKENANG GURU UTAMA

"Wahai orang - orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kamu kepada Rasulullah dan pemimpin kamu."

Profil Y.T.M YDPB Datuk Panji Alam
PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.



ASSALAMUALAIKUM,syukur padamu YA ALLAH diatas limpahan nikmat dan rahmatmu
terhadap kami ,walau kami sentiasa alpa dan seringkali tergelincir Engkau tetap mengasihi
kami .Salam dan selawat keatas nabi kami sebanyak banyak bilangan makhlukmu di 7 petala
langit 7 petala bumi 7 lautan 7 benua 7 daratan. salam dan solawat barokah yang berterusan dari kami sehingga kiamat dengan izin Mu jua.
Kami panjatkan rasa syukur kami kerana menemukan khalifah perang Gayong Maarifat
juga Guru Utama PSSGMM tks,sheikh datuk dr azam zulkifli al qadiri .Bagi kami beliau lah
guru kami yang mendidik kami kepada rasa bertauhid ,rasa sayang kepada agama ,bangsa dan
negara.Beliau tidak jemu jemu membangunkan jemaah Gayong Maarifat yang dipimpinnya.
Hari ini dapat duit pasti dikorbankannya dan ada sahaja dalam mindanya untuk membangunkan jemaah.
KasihNYA pada murid- muridnya melebihi keluarganya.Beliau sentiasa bersemangat
dalam perjuangannya bagi mendidik anak bangsanya.Banyak yang baik suka dan duka nak diceritakan tentangnya semasa saya bersama dengannya.
saya mula menyertai gayong maarifat april 1998 dan mula mula berjumpa denganya february
1998,pada masa itu saya bawa keratan iklan majalah senibeladiri yang mengiklankan pssgmm
memerlukan 30 orang jurulatih.pada masa itu masih ingat lagi saya datang dari kelantan dan terus kepejabat nya digombak .dulu di sg3/5.
beliau terkejut bila saya tunjukkan iklan itu kerana seingatnya bulan hadapan akan keluar .banyak celotehnya walau kali pertama berjumpa dan dia suruh saya balik dulu dan buat surat permohohonan rasmi .beliau mudah mesra dan sangat friendly sebenarnya.
salah satu cerita yang beliau ceritakan kepada saya barokah dari ilmu yang dipelajari nya dimana beliau diserang oleh 9 orang guru silat disebabakan diladang kelapa sawit jengka.Dengan hanya tangan kosong dan penuh tawakkal kepada Allah beliau hadapi mereka walaupun mereka bersenjata kayu belati,cotar,parang ,dan chop kelapa sawit ,beliau dikeronyok sehingga terkoyak
rabak bajunya.hampir 3 jam mereka bertali arus menyerangnya tapi dengan izin Allah tidak
satupun dapat mencederai tubuhnya.sebab mengapa diserang tak yah lah citer sini nak tahu tanyalah beliau sendiri ,dan jangan takut beliau tak makan orang pun.








beliau seorang yang sangat suka baca buku komik cina ,seingat saya kalau ada 10 komik 10 komik dibelinya bulan itu .komik cina cerita pahlawan huh macam macam tajuk ada .dewata raya, pedang setiawan,senjata hikmat,..banyak lagila sampai penuh satu bilik.yanng lucunya majalah itu kami tak bolih baca sehingga beliau habis membacanya.
rupa rupanya beliau membuat kajian dari bacaan nya ,tentang ilmu gayong maarifat yang banyak persamaannya tentang aura ,tentang tenaga dalam, tentang gerak ,hikmat alam semesta
telapak api,pukulan jarak jauh,kekebalan dan lain lain .beliau gembira kerana ilmu yang dipelajarinya dahulu ada kajian walaupun didalam bentuk komik tapi berbagai bagai persamaan .
kita baca gak buku tu tapi main syok baca je... bukan nak buat kajian pun.



masih ingat lagi satu hari beliau dikunjungi oleh seorang master shoalin dari china yang datang dengan seorang perterjemah dari indonesia.beliau di ajak test dengan pukulan jarak jauh dan bila beliau hendak test sama master tu kata cukup cukup .
kata master tu "aura u pakai aura nabi muhammad saw yang meliputi satu alam semesta alam"
kami cuma pakai aura budhha yang yang dalam lingkungan 1 klimetr saja,aura you sungguh panas dan i tahu ini bukan aura jin,"
Terkejut dengan ucapan master tu beliau mengajak master tu masuk islam dan master itu menolak pelawaannya dengan bersopan mengatakan " i tahu islam agama kebenaran tapi i tak
bersedia lagi untuk melaksanakan syariaatNYa. Kita berdoa suatu hari nanti master shoalin itu
balik nanti dia mendapat hidayah menjadi orang mukmin yang ikhlas .Aminnn.
dan mengikut master sholin itu mengikutnya murid murid yang belajar asas ibu gayong itu bersamaan dengan mereka yang belajar tahap perisai loceng emas didalam shoalin yang mana untuk menguasainya memakan masa bertahun tahun dan alangkah beruntungnya murid murid gayong maarifat hanya tak sampai 5 minit pintu tenaga peringkat ini telah dibuka
Sebenarnya Ilmu gayong maarifat sebahagian dari ilmu sains tenaga hayat manusia
ianya gabungan permainan tenaga dalam ,tenaga nyawa dan tenaga rohaniah yang diaktivatekan
dalam badan manusia itu sendiri dengan kaedah kerohanian islam melalui gerak meditasi diam
dan kreatif.
ianya adalah ilmu pahlawan zaman silam warisan para ulama dan pendekar terbilang zaman
silam diolah dan disusun bersesuaian dengan kaedah tauhid untuk mendekatkan murid murid
kepada penciptaNya.Dua kalimah syahadah dijadikan rukun hidup ahli pssgmm supaya dapat
melahirkan individu yang bertakwa warak berakhlak mulia ,berani kerana benar,pemaaf ,jujur
kasih sayang,amanah dan sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT.

gambar hiasan sahaja

Sambung lagi beliau juga pernah diuji dengan sorang guru yang sangat terkenal di indonesia yang datang mengunjunginya di Malaysia.Guru tersebut dari aliran jurus krakatoa yang mempunyai pukulan telapak api ,beliau telah diajak ke satu tempat dihutan bentong pahang
dan guru tersebut telah menepuk satu pokok balak disitu .sekali tampar je berbekas hangus telapak tangannya pada pokok tersebut .Bila giliran beliau membuat pukulan dengan sekali
tepuk sahaja pokok itu terbakar hangus,terkejut guru tersebut dan terus memeluknya kerana
tak disangka ilmu ini ada terdapat ditanah melayu. mereka jadi sahabat yang sangat baik selepas
itu.
apa yang saya ceritakan ini mungkin dianggap taksub oleh pembaca ,apapun terpulang lah bagi saya ingat pesan beliau jangan taksub dengan beliau ,kerana beliau manusia biasa dan bukan maksum,yang hebat tu Allah,masih terngiang ngiang dalam kepala saya ingatannya kepada saya apabila melihat kehebatan seseorang janganlah cepat cepat mengatakan seseorang
tu wali kerana kalau orang tu bolih terbang burung pun bolih terbang,yang hebat tu bukan orang itu tapi Ilmu Allah yang hebat.
ALLAHU AKBAR Engkaulah yang kami kami kagumi .
"cukuplah Allah telah membeli dari orang orang mu 'min ,diri ,harta mereka dengan
memberi syurga untuk mereka"".

ILMU TENAGA ROHANIAH ( ILMU GERAK LAKSAMANA )

Ilmu Tenaga Rohaniah (Ilmu Syahadah) Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama Silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah.

Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan dua kalimah syahadah & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin,syaitan,iblis dan sebagainya.

Apabila anda mempelajari Ilmu Tenaga Rohaniah, kepandaian bersilat dan ilmu kebatinan yang akan anda perolehi akan setaraf bahkan melebihi daripada mana - mana guru persilatan yang lain.350,000 orang murid dari dalam dan luar negara telah membuktikannya semenjak tahun 1993 hingga kini.

Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong.


Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu:-



  • Bersilat dengan kemas cantik dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras .
  • Memukul musuh dari jarak jauh
  • Mengunci pergerakan musuh
  • Menepis gangguan makhluk halus dan sihir
  • Tahan tetakan senjata tajam

Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?

  • Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah
  • Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
  • Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak.

Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT

  • Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya.
  • Mengulangkaji dengan lebih berkesan
  • Yakin bila menghadapi peperiksaan

Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi. Yang lebih penting ialah ilmu Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala


Betulkah seseorang itu boleh bersilat dalam masa 3 jam ?

1. Betulkah seseorang itu boleh bersilat dalam masa 3 jam ?

Ya! Boleh, kami bersedia mengajar rahsianya.

2. Benarkah seni kebatinan dabus masih wujud ?

Ya! Masih wujud. Rahsianya ada pada kami.

3. Betulkah pendekar silat melayu tidak luka oleh senjata tajam?

Ya! Dengan izin Allah, rahsianya ada pada kami.

4. Bolehkah musuh ditolak atau di pukul dari jarak jauh?

Ya! Boleh. Jika rahsianya anda pelajari.

DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR

  • Latihan rencah jarak jauh.
  • Mengunci musuh jarak jauh.
  • Mematikan sihir musuh jarak jauh.
  • Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
  • Membentuk perisai tubuh agar tidak dilukai senjata tajam.
  • Mampu bersilat dalam apa sahaja silat dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
  • Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit.
  • Menjadikan otak cergas sentiasa.
  • Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda).

"ILMU KAMI TIDAK MENGGUNAKAN TANGKAL, JIN ATAU LAIN - LAIN BENDA TAHYUL. KAMI MENGGUNAKAN ILMU TAUHID DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T. BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRI DENGAN ILMU WARISAN PENDEKAR MELAYU JIKA DICEROBOH ATAU DISERANG. "

Bayaran Fidyah : 18 tahun ke bawah (RM 65)
19 tahun ke atas (RM 300)

0129877986 kota bharu dkt kb mall setiap hari sila buat temujanji individu/berkumpulan
atau khamis/ jumaat minggu ke 3 di kuala lumpur setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan