kontrevesi kebal
kontrevesi kebal
sedikit masa dulu datok dan anak anak buah kelantan pernah bersiaran dalam majalah 3 di tv3 dengan isu kebal,lepas je siaran ia jadi cukup kontrevesi bermacam macam tuduhan dan dikeluarkan terutama puak puak wahabi dan pendengki diri.
Mereka mula membuat hukum hakam yang tidak ada dalam al quran dan hadis.mereka mula menyempitkan ilmu Allah.menuduh kami menggunakan jin ,mereka melihat kekuasaan jin daripada kekuasaan Allah.
Barangkali iman dan ilmu mereka lebih hebat dari sahabat nabi saw.Di zaman sahabat nabi saw selepas wafat nabi saw ada sahabat nabi saw yang ditugaskan memerangi musailamah al kazzab yang mengaku nabi palsu.mereka ditangkap dan dan dibakar oleh musailamah tapi dengan izin Allah mereka tidak terbakar walau sehelai bulu roma mereka.Apabila berita ini sampai ke pengetahuan sahabat lain ini ucapan mereka" Maha suci Allah kerana ada dikalangan umat nabi saw seperti nabi ibrahim as."
Kenapa terkeluar kata kata begitu sebab iman mereka terhadap Allah begitu kuat.Hati mereka sentiasa mensucikan Allah dan membesarkan Allah swt.Begitulah sepatutnya kita hari ini marilah kita mensucikan Allah swt dan membesarkaNya setiap masa.Janganlah kita dok sibuk penuhi hati kita dengan prasangka.Ambillah pandangan ulama pewaris nabi bukan pandangan ulama ayam berbulu musang yang hanya nak menerkam orang dengan hukum hakam yang mengelirukan umat.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".[At Taubah 9:51].inilah pegangan dan tauhid kita .bukan kebal tapi yakin akan perlindungan Allah swt.
Kebal ini cuma istilah melayu.Dalam gayong maarifat kita tidak ada istilah kebal, kita panggil ilmu perisai diri.Kita didik diri kita dengan iman dan berlindung dari sebarang musibah dengan penuh tawadduk akan kekuasaan Allah swt.Kita yakin akan perlindunganNya YA MUHAIMINU dan kita yakin kekuasaaanNya yang maha mencegah YA MANI"U.Salahkah kita memohon perlindungan Allah swt dan yakin dengan kekuasaan Allah swt .Salahkah ahli pssgmm dididik dengan kepercayaan makhluk tidak dapat memberi bekas ,yang memberi bekas hanya Allah swt.Adakah peluru,parang,pisau lebih berkuasa dari Allah swt.
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.[Yunus 10:107]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana( surah faathir 35;2)
Katalah suatu masa masa kita tersempak dengan pengganas dan penganas mengacukan senjata api dekat kita adakah kita yakin bahawa peluru tadi dapat memberi mudarat pada kita.Adakah peluru berkuasa mengambil nyawa kita?.Kalau itulah iman kita baik tak usah berjuang baik duduk rumah cari kesalahan orang.
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".[Az-Zumar 39:38]
baru baru ini datok berjumpa dengan seorang ustaz .Ustaz tu kata kebal ada dengan maunah Allah swt,.Datok kata pandangan itu bukan pandangan gayong maarifat.Maunah adalah pertolongan Allah swt yang berlaku bukan setiap masa ,biasanya dalam keaadan terdesak pada orang orang yang solih ,orang yang teraniaya dan sesiapa saja yang dikehendakinya.
Memang dalam gayong maarifat kita tak nafikan tenaga maunah yang didapati pada murid bila dalam keaadan terdesak.Misalnya ada dulu satu kes di pulau pinang seorang guru silat dengan angkuhnya memijak al quran didepan murid kita dengan sekali tepuk je guru tersebut terjelepuk menggelitik .Inilah maunah bila maruah islam dalam keaadan tercabar Allah datangkan bantuan dengan tidak disangka sangka.Sekiranya dalam keaadan biasa tepuk la 1000 kali takkan jadi apa apa.
berbalik kita soal dabus (kebal)ahli ahli pssgmm contohnya datuk sendiri bolih buat demo dabus setiap hari,setiap masa dan ketika adakah datok ini wali ke?keramat ke? bukan bukan kita cuma hamba Allah .Ini disebabkan BAROKAH ILMU .
MUKJIZAT pada nabi ,KAROMAH pada wali ,MAUNAH pada orang solih ,ISTIDRAJ pada orang yang dehaka kepada Alllah sepert ahli sihir ,tukang adu domba,ahli maksiat,pendengki diri. BAROKAH terjadi pada murid murid yang ada ilmu Haq(ilmu bersanad )yang mempunyai warid yang sampai kepada Tuhan.Mereka mendapat keberkatan dari doa doa orang yang Muqarrabin.Keberkatan amalan wirid dengan kebesaran Allah menjadi pakaian mereka .Segala fadzilat ,kaifiat keberkatan kalimah Allah menjadi perisai nur senjata mereka.
TAQWA pakain rohani ahli pssgmm.Apa itu taqwa??? takut dengan Allah bukan ,takut itu termasuk dalam sifat taqwa macam malu ,qanaah.,amanah dll sifat mahmudah.Erti taqwa ialah kita berada dalam kota wilayah ,kubu kekuaasan dan keselamatan Allah swt
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.” [QS. al-Baqarah: 255]
hujjah hujah puak pengdengki diri ini bukan berdasarkan al quiran dan hadis pun.Ada ke satu nas yang mengharamkan kaedah perisai diri ini.Hujjah mereka sesuatu yang berlaku secara tiba tiba mesti menggunakan jin dan syaitan.Kalau itu kaedahnya
apahal jantung kita ,mata kita adakah semasa anda membaca nota ini anda bolih tetapkan bilangan degupan jantung dan kerlipan mata kita. contoh lagi bila kita bawa kereta tiba tiba ada kucing melintas dan kaki kita secara otomatik tertekan brek adakah jin dan syaitan yang menguasai kita menggerakan kaki ,jantung mata kita.Allahu Akbar
jangan guna otak kiri lebih sangat gunalah otak kanan akui kebesaran Allah bukan kebesaran jin dan syaitan.Kenapa masa angkat takbir tak terasa kekuasaaan Allah,kerana otak kiri diaktifkan untuk mencari kesalahan orang.iinilah bahana sesungguhnya syaitan itu musoh yang nyata.kita ahli pssgmm disarankan bertakbir setiap masa untuk membesarkan Allah ,nafi dan isbat setiap waktu.zikir dilazimi semasa duduk, berbaring,bersilat,bekerja ,bermain dan beribadat. Sentiasa bersangka baik dengan Tuhan
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.
"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah.
Marilah kita hayati lirik lagu ini Pahlawan Agama
Di masa budi hancur punah,
Di waktu Islam hancur musnah
Ku terkenang nabi membawa hidayah
Pahlawan agama yang gagah
Di waktu Islam hancur musnah.
Pembawa undang-undang yang indah
Pembanteras perkara yang salah
Pemimpin umat yang berjasa
Handal pendekar lagi perkasa.
Dengan ilmumu yang tajam
Memusnah musuh yang kejam
Biar musuh memutih di bumi
Namun undur tidak sekali.
Sungguh kau berhati kota
Bersemangat besi waja
Kau pesuruh Allah tercinta
Wajahmu terbayang di ruang mata
Sejarah tetap menjamin
Jasamu menjadi cermin
Obor semesta negara sentosa
Dua panduan yang disedia
Panduan Al-Quran dan Sunnah
Peninggalanmu yang berharga
Dijadikan undang-undang dunia
Supaya dunia aman bahagia
Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan lain-lain. Namun untuk renungan umat melayu yang agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang. Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82 kali. Tidak disertai Rasul SAW berjumlah 54 kali. Rasul SAW sebagai panglima sebanyak 28 kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD. Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL. Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik dan bid’ah dolalah kerana Rasul SAW dan sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini bahawa Rasul SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka ketika bertempur. Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka. Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera dalam perang UHUD adalah disebabkan penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah SWT. Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepaptutnya diambil oleh masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD, tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan dengan Allah. Ditekankan disini, menagapa kita tak mahu mengkaji bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai Rasul SAW, tidak tersebut dalam riwayat mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan perang dizaman nabi adalah khusus untuk membunuh baginda SAW. Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi SAW. Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku? Mengapa sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW? Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu kebathinan dari guru-guru yang muktabar. Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa, umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan kecelaruan dalam kehidupan.
BalasPadam