Jumaat, 30 Disember 2011

untuk bangsaku.....Melayu itu adalah Khalifah Allah













Saya hanya manusia biasa yang ada perasaan, bila tercuit hiba, tentu sahaja bisa mengalirkan airmata. Ya, airmata saya keluar tanpa dijangka, tatkala melihat bangsa sendiri menghina raja dan sultannya sendiri. Teringat tentang perjuangan pejuang bangsa dahulu kala. Raja, ulamak dan para pembesar bangkit menentang penjajahan British yang diketahui ada maksud tersembunyi ingin menghancurkan Islam dan melemahkan kuasa Raja-raja kerana mereka amat kenal apa peranan insititusi Beraja di dalam sebuah pemerintahan di tanahair kita yang tercinta ini.

Tetapi hari ini, saya amat hiba kerana melihat bangsa Melayu melupakan sejarah bangsa, melupakan adab dan adat, hingga sanggup menghina bangsa sendiri dan raja sendiri. Jika di sini saya menangis tanpa suara, terpaku hiba menatap angkara bangsa sendiri yang sudah ditimpa bala.

Bukan saya meletakkan bangsa lebih dari agama, tetapi fahamilah STRATEGI Yahudi yang sudah lama mahu meruntuhkan sistem beraja di nusantara ini, mereka si Yahudi laknatullah ini tidak akan berhenti dari usaha mereka untuk menghapuskan sistem beraja di bumi nusantara ini kerana mereka tahu Islam akan bangkit kali kedua di bawah sistem kekhalifahan, dan institusi beraja inilah yang akan mengembalikan sistem kekhalifahan itu di bumi nusantara ini. Yahudi berjaya meruntuhkan sistem beraja di Indonesia, berjaya di Thailand, berjaya di Filipina, berjaya di Singapura tetapi ia tidak mampu memusnahkan sistem beraja ini di Malaysia dan Brunei. Tetapi itu tidak bermakna mereka akan berputus asa, kerana Yahudi ini amat tahu jadual akhir zaman, dan mereka cuba menjadikan ia tidak berlaku ataupun sekurang-kurangnya dapat dilambatkan atau ditangguhkan.

Sesungguhnya mereka mencatur, tetapi caturan Allah itu lebih hebat lagi.

Di Malaysia ini, usaha Yahudi ini diserap ke dalam sistem demokrasi yang digunapakai kerana mereka sangat tahu akan kelemahan sistem ini kerana sistem demokrasi ini ciptaan mereka sendiri untuk menguasai bangsa-bangsa lain.

Mereka tahu, melalui sistem demokrasi mereka dapat naikkan keturunan yang jahat, manusia yang tidak berakhlak, manusia yang cintakan kuasa, kerana melalui sistem demokrasi ini, sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk melobi diri dan menonjolkan diri bisa saja menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Dengan sistem demokrasi ini akan wujud manusia-manusia hipokrit atau munafik yang boleh menggunakan apa cara sahaja untuk memancing undi kepada mereka. Mereka gunakan duit, gunakan ilmu, malah gunakan agama untuk mencapai kemenangan mereka di dalam pertarungan di pentas politik.

Sesungguhnya saya melihat terlalu ramai bangsa Melayu tertipu atas nama agama dan keulamakan di dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada sistem demokrasi ini.

Dajal itu amatlah pandai mempengaruhi orang, berdoalah dan takutilah fitnah Dajal kerana para sahabat RSAW sendiri bila RSAW menceritakan mengenai dajal kepada mereka, merasa ketakutan kerana mereka faham fitnah dajal itu amat dahsyat.

Bagi saya, Yahudi amat faham bahawa Melayu itu Islam. Mereka tahu dan faham mengapa Hang Tuah menyatakan, "Tidak Melayu Hilang di Dunia". Mereka sangat faham tetapi ramai di antara kita yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu.

“Melayu” adalah suatu kalimah yang baik, juga ­suatu kalimah yang berjiwa,­sarat dengan falsafah, mengandungi satu pengembaraan jiwa mencari hubungan seni Islam dan makna disebalik kata ucap, kata tinta (seni kaligraf), saya kira­, yang serasi sebagai satu manifestasi bangsa ini; yang punya maksud yang mendalam dan tujuan mengapa makhluk (manusia) dijadikan, iaitu supaya sentiasa bersikap me-layukan diri (tunduk) dan sujud (ibadah) kepada yang menciptakan.

Setiap bangsa akan membentuk kebiasaan tabiat dan adab budaya mereka sendiri. Begitu juga bangsa ini; ­Melayu berbudaya dan beradat. Kelebihan para nabi adalah kerna kehebatan mukjizatnya, ketinggian manusia pula adalah kerana kelebihan sikap muafakatnya. Tatkala tunas dipanggilnya muafakat, tatkala sudah berakar dipanggil akan dia ADAT. Apabila bangsa ini menerima Islam sebagai suatu cara hidup di dunia fana ini maka adat bangsa terus sahaja di ikat dengan syarak (syariat) Tuhan yang Maha Esa. Inilah makna HAKIKAT bangsa Melayu “Adat bersendikan syara”.

Antara keduanya tidak harus dilihat terpisah¡; macam roh dengan jasad, atau kias bahasa yang paling klasik sepanjang zaman seperti irama dan lagu;­ pincang lagu sumbang irama; andai dipisah. Pertautan ini sangat unik dan sungguh kukuh bagai Akar pada sang pokok sehingga terbit satu tanggapan bahawa setiap ‘Melayu itu Islam’. Dan tidak keterlaluan kiranya dikatakan, inilah rahsia sebenar mengapa selama ini aqidah bangsa ini sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah swt walaupun telah dijajah oleh tentera salib selama beratus-ratus tahun dahulu. Tak kan hilang Melayu di dunia, ­tak akan hilang Islam di alam Nusantara ini.


Kita bangsa Melayu kembalilah kepada akar umbi sejarah, carilah kaitan tentang Melayu dan Islam, dan yang penting kembalilah merujuk kepada Allah SWT, jangan Allah dikesampingkan, Iman dan Taqwa itulah benteng pertahanan bangsa kita, bila kita melupakan Allah SWT, lebih mengagumi ideologi bikinan manusia, angkuh dan sombong dengan dunia yang kita miliki, inilah BALA yang telah menimpa.

Perpecahan, pergaduhan, perbalahan, hilang perpaduan, hilang kasihsayang, hidup tidak ada kedamaian. Kelak nanti agama, bangsa dan negarapun akan tergadai jika kita terus-terusan leka dan khayal begini.

Bukan ekonomi, bukan ilmu, bukan budaya yang buat kita lemah di bumi sendiri tetapi kerana kita lemah iman dan taqwa. Itulah yang perlu difahami oleh semua kita.

Kita masih belum terlambat. Bumi Malaysia ini belum tergadai lagi.

Bersatulah kita kembali, lupakan perbezaan kepartian masing-masing, mari kita promosi Allah dan RasulNya, bukan taksub dengan politik atau kuasa.

Saya tetap optimis, bangsa Melayu bisa mengegarkan dunia ini dan akan jadi satu bangsa yang dihormati dalam sejarah dunia akhir zaman. InsyaAllah.

Bukan baju sembarangan baju
Baju ditenun dari Negeri Bilah
Bukan Melayu sembarangan Melayu
Melayu itu adalah Khalifah Allah
[Nyanyi sunyi Amir Hamzah
UNTUK SAUDARA SEAGAMAKU
Kawan demi perpaduan marilah kita bermaaf-maafan

Demi dapat mengekalkan kasih sayang marilah kita berlebih kurang

Kawan tidak ada kasih sayang dan perpaduan satu seksaan

Marilah kita bersama mengekalkan kasih sayang dan perpaduan

Sudah lama kita berbalah dan berpecah-belah

Banyak urusan kita terbengkalai dan terabai

Jika kasih sayang di antara kita dapat dicantumkan semula

Alangkah bahagianya kekuatan kita berpadu semula

Sudah lama kita menderita akibat tidak ada perpaduan

Iaitu cintakan dan takutkan Tuhan semesta alam

Tidak ada tali pengikat selain cintakan Tuhan

Selain Tuhan adalah tali yang rapuh, mari kita tinggalkan

Kawan jangan tunggu berpecah berlama-lama

Takkan tidak ada jalan penyelesaian

Sudah diperkatakan tadi, marilah bersama cintakan Tuhan

Cintakan Tuhan adalah jalan penyelesaian

Kawan jangan kita diri bermusuh-musuhan

Tidak siapa yang rugi kecuali kita umat Islam

Dari sekarang jangan bertangguh-tangguh lagi

Jadikanlah Tuhan tali pengikat kasih sayang dan perpaduan

Khamis, 29 Disember 2011

Melayu itu tinggi ladunninya






Melayu itu tinggi ladunninya
firasatnya tiada siapa mampu percaya
kerana jauh melangkaui masa
gerak hatinya sukar diterjemah
hanya yang ahli dapat membaca

Melayu itu misteri untuk difahami
kerana mulanya bukan baru
hadirnya saja membawa persoalan

perjalanan yang jauh dahulukala
terlalu mematangkan jiwa Melayu itu
yang kemudiannya diwariskan dan dihias
zaman berzaman

sehinggalah ke satu masa
warisnya kabur melihat diri sendiri
harta kekayaan yang diwarisi telah disembunyikan
telah dikaburkan kewujudannya
ada yang sangka ianya tanah pusaka
ada yang sangka ianya emas berharga
ada yang sangka ianya perhiasan segala

tetapi yang sebenarnya
ia adalah budi dan bahasa

andai Melayu hilang emasnya
andai Melayu hilang tanahnya
andai Melayu hilang kaya buminya
Melayu itu tetap hidup...


kerana adanya budi dan bahasa...
harta peninggalan ayahanda dan bonda...


















Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 3:32 pm


Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani

Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.”

Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:

“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”

Tenaga Rohani dan latihan

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatan
Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,
merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.
Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)

Sabtu, 24 Disember 2011

api api perkauman

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum.

Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:
Di Facebook:



Image: Roti Massimo
Ringkasan posting di Facebook:
ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL (FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD.

MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY.

THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH?

PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

Antara komen-komen:
Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAU
MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMOND
PERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOW CLASS!!

2:49PM BECKY WONG
TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

5:14PM STEVEN LONG
MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!

BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA! MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!

MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA! SEBARKAN KEPADA KELUARGA, JIRAN DAN RAKAN-RAKAN ANDA.



Khamis, 15 Disember 2011

MELAYU YANG MALU NAK MENGAKU MELAYU

<iframe width="400" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/odIcWSIC-1Q" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

MALU MENGAKU BANGSA MELAYU ?

Bila ada pemimpin-pemimpin yang menerapkan self-esteem yang rendah kepada para pengikut mereka sehingga ada pengikut yang tanpa rasa bermaruah mengaku “MALU MENJADI MELAYU” samalah seperti British mengajar orang Melayu supaya berbangga dengan hanya menjadi petani dan tidak boleh menjadi lebih baik daripada petani. Perkara yang sama, tetapi berlaku dalam bentuk
‘reversal mind-set’.
Dikatakan oleh pemimpin-pemimpin politik jenis itu lagi, tidak perlu bangga menjadi Melayu sebaliknya motif bangsa tidak dipandang oleh Allah kerana Allah hanya memandang kepada ketakwaan manusia.
Itu benar, tetapi ada kecacatan dalam kewarasan semasa pertimbangan itu dibuat apabila menolak perjuangan bangsa sebulat-bulatnya.
Kesannya, wujud sebilangan manusia yang berperasaan malu menjadi Melayu akibat menerima bulat-bulat kerendahan ‘nilai’ self-esteem yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin yang mereka tabal sedangkan pada masa yang sama bangsa-bangsa lain berbangga dengan bangsa mereka dan
sentiasa memperjuangkan bangsa mereka sendiri tidak kira walau di bumi mana punmereka berpijak.
Perlu berfikir dengan waras. Apabila musuh berperang menggunakan parang, kita juga mesti ada parang atau yang lebih hebat daripada parang. Bilamana musuh menggunakan senapang, kita juga perlu menggunakan senapang atau senjata lain yang lebih hebat daripada senapang. Bukan hanya berharap kepada tulang empat kerat semata-mata untuk memerangi musuh.
Apabila bangsa lain berlumba-lumba dan berbangga untuk memperjuangkan bangsa mereka, kita juga harus melakukan perkara yang sama dan bukan hanya tunduk malu kerana dijadikan sebagai Melayu tanpa sedikit pun rasa bangga. Itulah maksudnya kepada perlambangan erti mereka ada senapang, kita pun ada senapang.
Seseorang pemimpin sewajarnya berperanan membangkitkan semangat para pengikut, bukan meruntuhkan semangat dan self-esteem para pengikut termasuklah ‘mengajar’ pengikut supaya MALU MENJADI MELAYU. Jangan dibuat perkara yang sama seperti British pernah buat kepada kita.
Semasa Perang Scotland-Britain pada sekitar tahun 1296-1328, bangsa Scotland bangga menjadi orang Scotland dan berjuang dengan self-esteem yang tinggi untuk tidak membenarkan Britain bertampuk kuasa di Scotland.
Britain pula terdiri daripada bangsa Inggeris yang bangga menjadi orang Inggeris, malah bangga kerana melebarkan empayar luas sehingga kurun ke-20.
Bangsa Arab juga berbangga menjadi orang Arab, orang Iran juga berbangga menjadi bangsa Parsi, orang Cina juga berbangga dilahirkan Cina, begitu juga dengan Yahudi yang berbangga dilahirkan Yahudi. Mengapa mesti ada sebilangan orang Melayu yang MALU MENJADI MELAYU hanya kerana pemimpin mereka berkata SUNGGUH MALU MENJADI MELAYU?
Memang benar, Allah hanya memandang tingkat ketakwaan manusia dan bukan dari darah mana-mana keturunan yang diwarisinya. Dalam konteks negara merdeka
‘pride’ sesebuah bangsa juga ada peranannya dalam mengemudi semangat para pejuangnya untuk memastikan negara terus merdeka.
Pride lebih mudah ditiup dengan semangat bangsa.
Melayu di Malaysia adalah Islam majoritinya. Apabila disebut sebagai orang Islam di Malaysia, kita akan hanya terus fokus kepada satu bangsa iaitu MELAYU. Ia kerana bangsa Melayu itu Islam agamanya.
Apabila orang Melayu berdiri kuat,
Islam juga berdiri kuat.
Apabila self-esteem orang Melayu jatuh melukut,
self-esteem orang Islam di Malaysia juga jatuh melukut.
Namun, Islam itu bukan Melayu, tetapi Melayu itu beragama Islam.
Fahami perenggan ini dengan tingkat kewarasan yang tajam dan cuba jawab dengan ikhlas kepada diri sendiri. Apabila ada yang tidak bermaruah berasa MALU MENJADI MELAYU, timbul teka-teki iaitu siapakah orang Melayu yang akan berjuang demi agama yang dianuti oleh bangsanya? Berasa malu untuk berjuang demi agama yang dianuti bangsa sendiri kerana dilahirkan menjadi bangsa Melayu?
Juga berfikir tajam mengenai perenggan ini.
Siapakah yang akan waras berfikir sekiranya bangsanya di negara ini teguh maka agamanya di negara ini juga akan teguh?
Oh tidak, mereka itu MALU MENJADI MELAYU dan tidak akan berjuang demi bangsa yang menganuti agama mereka.
Mereka kata mereka berjuang demi agama, bukan bangsa sedangkan bangsa mereka itu menganut agama yang sama dengan agama mereka.
Ketepikan orang Melayu yang murtad. Orang Melayu itu orang Islam majoritinya. Jika tercetus perang akidah tanpa disangka-sangka, orang Islam akan bersatu atas nama Melayu. Semangat jihad akan ditiup berbekalkan semangat bangsa yang berjuang demi agama mereka, Islam.
Sila faham betul-betul dengan maksud
berbekalkan semangat bangsa’
hanya bekal,
bukan berakidahkan semangat bangsa.
Disatukan dalam erti kata bangsa Melayu beragama Islam.
Cuba jejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat,
orang Islam di Palestin bersatu menentang Zionis dengan berbekalkan semangat bangsa Arab.
Bukan kerana orang Arab itu majoriti beragama Islam di dunia, tetapi orang Arab itu majoriti beragama Islam di Palestin. Semangat mereka disatukan dengan erti kata semangat bangsa yang berjuang untuk agama mereka.
Semangat yang mahu mengembalikan maruah orang Arab beragama Islam di rantau tebing. Lihat bagaimana semangat bangsa memainkan peranan untuk jihad mengembalikan maruah sebuah bangsa yang beragama Islam. Mereka bangga menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan Islam. Namun, sebilangan orang Melayu tidak bangga menjadi sebuah bangsa yang mempertahankan Islam,
tidak bangga menjadi bangsa yang dipilih oleh Allah untuk menganut agama-Nya.
Tanah Melayu, Malaya, Malaysia.. telah ditetapkan rencana kejadian oleh Allah
iaitu semua Melayu di tanah ini hidup dalam agama-Nya, menjadi sebuah bangsa yang menganut agama-Nya dan memperjuangkan agama-Nya.
Melayu hari ini adalah sebuah bangsa yang dilahirkan dalam agama-Nya andai ibu bapa seseorang Melayu itu beragama Islam.
Melayu tidak wajar malu kerana mereka menjadi sebuah bangsa yang memperjuangkan agama-Nya.
Majoriti Melayu itu Islam dan teguhnya Melayu itu juga bermaksud teguhlah Islam di Tanah Malaya ini.
MALUKAH MENJADI MELAYU wahai segelintir Melayu yang sudah menjadi dungu oleh kedunguan perkataan-perkataan pemimpin yang tidak faham dengan maksud sebuah bangsa yang memperjuangkan agama mereka.
Jika dibuat satu lirik yang merendahkan self-esteem Melayu pada hari ini sepertimana yang pernah dibuat oleh British, lirik itu mungkin berbunyi:
“Kami Melayu,
Kami malu menjadi Melayu,
Malu menjadi bangsa yang ditakdirkan memperjuangkan Islam di Asia Tenggara.”
Mungkin akan berbunyi sumbang seperti itu, lebih sumbang daripada lirik yang diperkenalkan British pada sekitar 1920-an hingga pertengahan 1940-an. Lebih teruk daripada mind-set yang diperkenalkan British. Perkataan-perkataan yang keluar daripada orang yang MALU MENJADI MELAYU adalah jauh lebih busuk daripada mulut British yang mahu meragut self-esteem orang Melayu ketika itu.
Pemimpin-pemimpin Melayu yang mengajar orang Melayu supaya MALU MENJADI MELAYU seperti tidak tahu mencari titik yang menemukan antara Islam dengan Melayu. Mereka dengan hidung kembang selalu berkata, perbezaan itu adalah rahmat.
Memang Melayu dan Islam itu berbeza kerana Melayu itu bangsa dan Islam itu agama, Allah juga tidak memandang bangsa.
Kenapa tidak mencari titik perbezaan yang menemukan Islam dengan Melayu dan disifatkan sebagai rahmat Allah?
Melayu adalah bangsa yang beragama Islam, sebuah bangsa yang ditakdirkan berjuang untuk agama-Nya.
Malukah menjadi bangsa yang ditakdirkan untuk lahir dalam agama-Nya?
Oh, semua itu akan di-twist. Mereka berkata pula, MALU MENJADI MELAYU kerana ada sebilangan Melayu yang makan rasuah. Apakah Melayu sahaja yang makan rasuah? Bangsa Cina juga ada yang makan rasuah, bangsa India pun ada, bangsa Inggeris pun ada yang makan rasuah dan pecah amanah, bangsa Yahudi berhati Zionis pun lebih teruk lagi sampai bunuh orang Islam. Tetapi, bangsa-bangsa itu tetap bangga dengan bangsa mereka walaupun ada segelintir daripada kalangan mereka yang terlibat perlakuan tidak baik. Mereka kenal dengan kenyataan bahawa akan mana-mana bangsa sekalipun tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. Namun, adakah disebabkan hal itu ada orang Melayu yang malu menjadi Melayu sedangkan bangsa lain masih kekal bangga dengan bangsa mereka? Malangnya ada Melayu yang sudah membuang bangsa hanya kerana perkara seperti itu.
Banyak boleh ditemui dalam blog-blog politik yang mana ada komen daripada orang Melayu sendiri yang mengaku MALU MENJADI MELAYU. Ia satu realiti iaitu ada orang Melayu yang mula rasa malu menjadi Melayu. Malu dilahirkan sebagai bangsa yang ditakdirkan untukmenganut agama Allah.
Jangan hanya kerana membenci UMNO yang ultra-Melayu, lalu semangat bangsa dibuang ke dalam bakul sampah.
Jangan hanya kerana membenci PAS, lalu semangat Islam disudutkan ke tepi.
Bangsa Melayu dan agama Islam tidak dapat dipisahkan.
Kuatnya Islam di Malaysia juga bermaksud kuatlah Melayu.
Kuatnya Melayu juga bermakna kuatlah Islam.
Bina kekuatan Melayu di Malaysia selari maksud dengan membina kekuatan Islam kerana Melayu itu beragama Islam.
Jangan lagi menjadi seperti kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu yang diajar menyanyikan lagu yang memaksa mereka berbangga dengan hanya menjadi petani pada sekitar tahun 1920-an hingga pertengahan 1940-an.
Di kalangan kanak-kanak itu juga ada yang membantah keras kerana Melayu dipaksa berbangga menjadi petani sedangkan Melayu sebenarnya boleh menjadi lebih baik daripada sekadar petani kampung.
Jika ada yang masih malu menjadi Melayu... lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya begitu berbangga dengan bangsa mereka sejak sebelum mereka berjaya. Mereka bersemangat memperjuangkan maruah bangsa mereka untuk berjaya, sedangkan sebilangan Melayu begitu malu menjadi Melayu hanya kerana pemimpin mereka juga berasa malu.
Pemimpin yang baik adalah yang mampu meningkatkan semangat pengikut, semangat yang tulen, tulen bererti mengenal segala kenyataan selepas menemui persamaan dalam titik-titik yang berbeza. Pemimpin yang baik adalah yang mampu menaikkan semangat pengikut di ‘medan perang’ dan bukan yang ‘menjadikan pengikut berasa malu’ untuk berhadapan dengan musuh. Masih tertunduk malu ketika kepala mahu dipancung oleh musuh. Malu, malu dan malu tidak bertempat. Malu, malu dan malu untuk melihat diri sendiri.
Melayu semua!
bangsa kamu adalah bangsa yang hebat,
dicemburui Portugis dan Sepanyol serta bangsa-bangsa Eropah yang lain
sehingga bermain kotor menjatuhkan empayar-empayar Melayu.
Melayu itu bangsa yang banyak rahsia sejak zaman berzaman, rahsia yang mahu diketahui oleh orang Eropah dan ditutup segala rahsia itu sehingga Melayu lupa asal usul apabila Tanah Melayu sudah terjajah.
Apabila sudah lupa asal usul kegemilangan bangsa, maka wujudlah sebilangan Melayu yang malu menjadi Melayu. Malu selepas pemimpin mereka juga berasa malu. Dungu dan malu yang tidak bertempat. Malu menjadi Melayu sehingga sejarah kegemilangan dan kehebatan bangsa mahu ditempatkan kepada bangsa lain.
Malu dan dungu sehingga tanpa usul periksa berkata Tanah Melayu ini bukan milik bangsa Melayu sejak asalnya.
Orang bodoh itu makanan paling lazat bagi orang yang bijak memanipulasi.
Daging orang gopoh yang tidak pandai usul periksa pula adalah jauh lebih lazat daripada daging orang bodoh kerana orang gopoh itu jauh lebih bodoh daripada orang yang sedia bodoh.
Sama ada orang bodoh atau orang gopoh, kedua-duanya itu adalah makanan yang lazat kepada orang bijak.
Demotivated Malays.. lets get re-motivated starts from nowbangunlah dengan minda yang waras, yang menemui titik persamaan daripada dua titik yang berbeza.