Selasa, 10 Jun 2014

SELENDANG YG DIISI DENGAN HIKMAH KESAKTIAN

Kini, kami mengalu-alukan kepada seluruh warga Nusantara terutamanya di Malaysia dan khususnya kepada mereka yang terlibat dalam bidang keselamatan tentera, polis, orang - orang persendirian atau pertubuhan untuk memaharkan seledang - selendang hikmat seperti tertera dibawah.

Selendang - selendang hikmat ini telah pun diuji keberkesanannya ! Pemilik-pemiliknya akan memiliki semua kelebihan/kesaktian seperti yang tercatat dibawah tanpa sebarang pantang larang atau amalan ritual yang memberatkan sama sekali.

Selendang - selendang hikmat dibawah telah dipakai oleh kalangan ahli perniagaan terkemuka, tokoh - tokoh korporat & pemimpin negara bagi tujuan tertentu.

Selendang ini telah diisi olehpakar-pakar dalam bidang ilmu kerohanian Islam dengan fadhilat ayat-ayat suci Al-Quran yang memiliki kekuatan luarbiasa dengan izin Allah SWT. Seperti firman Allah SWT berikut :

Allah s.w.t. tealh berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

SELENDANG INDERA SEGARA ( SIS )

STATUS : AHLI KEHORMAT
                 DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT GAYONG MA’ARIFAT
KELUASAN TENAGA : 70 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :                                          
  1. Melindungi diri.
  2. Mampu bersilat sendiri.
  3. Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam.
  4. Di lindungi dari unsur Sihir.
  5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
  6. Penunduk.
  7. Pelaris.
  8. Memukau musuh tidak dapat melihat.

SELENDANG CITRA BAYU BIMA SAKTI (SCBaBS )

STATUS : AHLI KERABAT
                 DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT GAYONG MA’ARIFAT
KELUASAN TENAGA : 180 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1.    Melindungi diri dan keluarga.
2.    Mampu bersilat sendiri.
3.    Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4.    Di lindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5.    Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6.    Penunduk.
7.    Pelaris.
8.    Pengasih sekampung.
9.    Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10.  Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11.  Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 1 serangan ).


 SELENDANG CITRA BUANA BIMA SAKTI ( SCBuBS )

STATUS : AHLI KERABAT BERGELAR
                 DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT GAYONG MA’ARIFAT
GELARAN : DATUK SETIA MAHKOTA
KELUASAN TENAGA : 700 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1.    Melindungi diri dan keluarga.
2.    Mampu bersilat sendiri.
3.    Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4.    Di lindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5.    Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6.    Penunduk.
7.    Pelaris.
8.    Pengasih sekampung.
9.    Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10.  Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11.  Terkunci segala Sendi musuh.
12.   Terkunci dan tidak terkeluar peluru dari senjata musuh.
13.   Menjadikan sendi dan saraf musuh lemah dan longlai.
14.   Membuat manusia yang berpangkat dan berdarjat tunduk dan patuh.
15.  Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 3 serangan ).

 SELENDANG MAHKOTA ALAM ( SMA )

STATUS : AHLI KERABAT BERGELAR
                 DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT GAYONG MA’ARIFAT
GELARAN : DATUK SETIA MAHKOTA ALAM
KELUASAN TENAGA : 3,000 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1.    Melindungi diri dan keluarga.
2.    Mampu bersilat sendiri.
3.    Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4.    Di lindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5.    Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6.    Penunduk.
7.    Pelaris.
8.    Pengasih sekampung.
9.    Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10.  Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11.  Terkunci segala Sendi musuh.
12.   Terkunci dan tidak terkeluar peluru dari senjata musuh.
13.   Menjadikan sendi dan saraf musuh lemah dan longlai.
14.   Membuat manusia yang berpangkat dan berdarjat tunduk dan patuh.
15.  Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 5 serangan ).


Indera Segara (Ahli Kehormat)
Citra Bayu Bima Sakti (Ahli Kerabat)
Citra Buana Bima Sakti (Ahli Kerabat Bergelar*)
*Datuk Setia Lela Bima Sakti
Naga Sakti-Perempuan (Ahli Kerabat Bergelar*)
*Datuk Setia Lela Naga Sakti
Mahkota Alam (Ahli Kerabat Bergelar**)
**Datuk Seri Lela Mahkota Alam
UNTUK MENDAPAT MAHARNYA/ FIDYAH SILA SMS /WASSAP 0129877986

Rabu, 4 Jun 2014

KITA NAK MELAYU LAGU NI ,,,

TAULADAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM SEMUA! BACA DAN SEBAR!!






MANUSIA YANG BERNAMA OTHMAN WOK - TELADAN BUAT PENGKHIANAT BANGSA.
(Dari zulhairifetani blogspot)

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat terutama pemimpin PAS yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.

Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.

Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.

ps: aku akan mempertahankan tanah air ini dari pembangsat sebegini, kepada macai pr, patut korang benamkan kepala korang dalam tangki air, bagi penampar sedas, harap korang boleh insaf!!

Jumaat, 16 Mei 2014

Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Kisah tentang SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.
 
 

 

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)




Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
 

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu

  PENGIJAZAHAN ILMU HAQ PERCUMA DIKOTA BHARU 24-5 -2014 SABTU
  HADIRLAH BERAMAI RAMAI DI KG KRAFTANGAN KOTA BHARU
   KELANTAN 
       HUBUNGI 018 9080949

      ATAU 0129877986

Selasa, 8 April 2014

BUKU BERTEMU RUAS! GANGSTER CINA DIPUKUL OLEH SEKUMPULAN RAKYAT YANG TIDAK PUASHATI!

BUKU BERTEMU RUAS! GANGSTER CINA DIPUKUL OLEH SEKUMPULAN RAKYAT YANG TIDAK PUASHATI!

16/11/11-Kepong : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Syarikat gores dan menang telah ditumpaskan kerana sewenang-wenangnya menipu pengguna. Oleh kerana berleluasanya aktiviti mereka, kebanyakan mangsa sudah puas bersabar. Kemungkinan mangsa adalah ‘ahli keluarga gangster’.

Agaknya inilah yang berlaku apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama aktivis Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dan membuat tuntutan pengguna yang ditipu `menyaksikan satu pergaduhan.

Diharapkan, selepas ini tiada lagi mangsa akan terpedaya dengan kumpulan mereka ini.
Kepada pengguna semua, beringatlah sembelum nak masuk mana-mana pertandingan gore dan menang ni dan jauhilah dari Ah Long! Padan muka mereka yang kena belasah ni, jangan ingat korang je Gangster ok, ada lagi gangster yang lebih besar tapi tarak bising pun,