Rabu, 27 Mac 2013

KEJADIAN ANEH DI LAHAD DATU ANGKARA ILMU HITAM PUAK PENGGANAS SULU


PEMBONGKARAN! - ANGGOTA KESELAMATAN ALAMI KEJADIAN ANEH DI LAHAD DATU ANGKARA ILMU HITAM PUAK PENGGANAS SULU (3 GAMBAR)


- Sepertimana yang kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih 2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.



Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'

Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Ops Daulat'.


Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.

"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

Bayangkan...anggota kita meronda dibawah pohonan kelapa sawit..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok. Tembakan dihambur bertalu2..sikit pon tak lut.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Seorang Perwira menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur namun sebiji pun tak memberi kesan. Akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu, membenamkan peluru ke tanah, dan membaca beberapa surah Al Quran. Peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.

Rakyat Malaysia yg sayangkan negara,yang sayangkan perajurit-perajurit kita..sama2 lah kita menadah tangan dan berdoa, untuk keselamatan dan kejayaan mereka di sana..in shaa allah..(lebih bagus kalau boleh buat solat hajat)..

*Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang kami yg sedang bertempur di Lahad Datu dan sekitar Sabah..Ya Allah, lindungilah mereka daripada pandangan dan sasaran musuh durjana..Ya Allah tuhan yg maha berkuasa atas sesuatu, Kau tumbangkanlah musuh-musuh negara kami itu Ya Allah..sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan dan kekuasaan-Mu Ya Allah..wa laa haula wa laa kuwwata 'illaa billaah..amiiinn..amiinn..amiinn..ya robbal 'alamiinn..


TAOTAUAJER : Lihatlah betapa jahatnya permainan pengganas sehinggakan menggunakan pelbagai cara meskipun Ilmu Hitam adalah sama sekali haram dalam islam. Oleh itu kita janganlah memperlekehkan pasukan keselamatan kita yang berjuang bermati-matian di sana. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga roh mereka di tempatkan di golongan orang2 di kasihi. - Berita LAHAD DATU CRISIS


http://taotauajer.blogspot.com/2013/03/pembongkaran-anggota-keselamatan-alami.html?m=1%20http://

Khamis, 7 Mac 2013

Kuasa Besar Di Sebalik Serangan di Sabah?


Kuasa Besar Di Sebalik Serangan di Sabah?


Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.


Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. 
Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.
Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan ingin mendapatkan bantuan kerajaan Amerika bagi menyelesaikan isu tuntutan Sabah untuk pihak mereka.
Satu kejadian yang berlaku di Laut Sulu apabila kapal perang Amerika, USS Guardian terkandas di terumbu karang Tubbuhata menimbulkan tanda-tanya. Kejadian tersebut berlaku pada 17hb Januari iaitu 24 hari sebelum serangan keatas Sabah oleh tentera Sulu pada 11hb Februari 2013. Adalah jelas seolah-olah kapal perang tersebut sengaja belayar terkeluar dari laluannya memandangkan kapal perang yang mempunyai peralatan termoden ini gagal mengelak terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef yang memang terkenal dengan terumbu karang ini. Walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh Tubbataha Reef Marine Ranger, komander USS Guardian dengan sengaja enggan berhenti dan mengelak untuk mematuhi amaran tersebut.
Jose Ma. Lorenzo Tan merupakan timbalan pengerusi WWF-Filipina, menyatakan dengan hairan dan tidak percaya;
“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”





Adalah jelas kapal perang tersebut melakukan operasi rahsia apabila pihak US langsung tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina atas kejadian tersebut, beliau terus mempersoalkan lagi;
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

Tambahan pula pihak pengawal marin langsung tidak dibenarkan mendekati kapal tersebut, apabila kapal tersebut telah diisytiharkan berada dalam persediaan perang;


“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Paling menghairankan adalah kapal perang tersebut terus diistiharkan musnah dan dimusnahkan dan segala peralatannya di angkut keluar. Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sebuah kapal perang dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang! Terdapat banyak kegiatan yang mungkin berselindung atas alasan menyelamat dan memunggah barang-barang yang mungkin dialihkan untuk aktiviti rahsia. Secara fakta juga kesemua anak kapal di pindahkan dan dikatakan dihantar ke pengkalan di Jepun yang berada amat jauh dari tempat kejadian padahal kalaulah betul dalam keadaan kecemasan sudah tentunya mereka didaratkan di Filipina yang lebih munasabah untuk dilakukan. Padahal Filipina adalah sekutu kuat Amerika di rantau ini.
Menurut kenyataan dari satu kumpulan Sulu yang lain yang menentang serang ini, gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, menyatakan gerakan bersenjata Kiram ini, ada pihak yang lebih besar memainkan peranan dibelakang mereka. Menurut lapuran dari SSDI lagi terdapat kehadiran lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram tersebut.




Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenali siapakah musuh sebenar mereka yang sentiasa melakukan perancangan bagi melemahkan dan menguasai umat Islam kini. Umat Islam perlu bersedia iaitu dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kembali kepada perintah Allah dan Rasulnya seperti terkandung didalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Segala kebenaran telah terserlah satu persatu dan janji Allah & Rasulnya kemenangan hanyalah menjadi milik kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Dajjal yang sedang memporak-porandakan dan mengelirukan umat Islam bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga telah mula menampakkan peranannya di sebelah sini pula. Disamping itu jangan lupa kita mengamalkan surah al-Kahfi dan menghayatinya supaya kita terlindung dari pancaroba ini.

Sultan Sulu minta genjatan senjata


24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


MANILA: Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memohon diadakan genjatan senjatan berikutan kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu.

Pengumuman ini dibuat beliau di  Astanah Kiram, Kampung Maharlika, Taguig City, jam 12:26 tengahari tadi.

Di samping meminta pengikutanya mematuhi genjatan senjata itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan genjatan senjata bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Sehingga kini, sudah 10 tenteranya meninggal ekoran serangan yang dibuat oleh tentera dan polis Malaysia ke atas pengikutnya.

Jurucakapnya, Abraham Idjirani (gambar) pula berkata, kira-kira 10 lagi orang mereka kini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, walaupun Sultan mereka mengisytiharkan genjatan senjata, pasukan berada dalam mood bertahan.

Genjatan senjata ini diisytiharkani ketika pasukan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan lagi pagi ini.

Jamalul juga mengalu-alukan permintaan dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang meminta agar pertumpahan darah dihentikan dan diadakan perbincangan.