Isnin, 25 Februari 2013

KURSUS KURSUS KHAS TERBUKA BUAT SEMUA


ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI

ILMU PERUBATAN TINGKAT TINGGI
Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan atau membuka Pusat Rawatan Alternatif.



Dalam kursus ini pintu tenaga pada tubuh peserta akan dibuka menurut cara kerohanian Islam.
Pelbagai faedah dapat dimanfaatkan dengan tenaga tersebut. Antara yang akan diajar:

- Mengurut zahir dan batin
- Anak degil, ilmu bersuami isteri
- Memagar rumah, diri dan keluarga
- Gelombang tenaga, aura, warna aura, herba & Al Quran
- Kaedah perubatan menggunakan aura, tenaga dalam & fadhilat ayat
- Kaedah merawat penyakit zahir dan batin
- Penggunaan aura dalam pelembut/pemanis/penarik
- Melihat orang yang jauh (telepathy/remote viewing)
- Mandi bunga/limau/buang tenaga negatif
- Pendinding diri, pengasih diri, pelindung diri
- Kaedah mengumpul energy/tenaga aura dan mengembangkannya
- A.K (Applied Kinesiology)
- Terkena sihir, saka, gangguan halus, resdung, luka dalam,barah
Sakit kronik dll



Adakah anda berminat menjadi seorang pengamal perubatan alternatif profesional dalam bidang perubatan menyeluruh menggunakan kaedah Tenaga Rohaniah dan Tenaga Alam (PUTRA) atau General Medical Spiritual and Universal Energy (GMsue) ?

Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda .

hubungi kami 0129877986

ada 2 peringkat

1 peringkat asas rm 1700 (sehari bengkel 4 jam)

2.lanjutan rm2300 hari (bengkel 5 jam)

3 peringkat tertinggi rm 5500

secara teori dan praktikal terus
sijil makan dan minum tempat penginapan disediakan .


HUBUNGI HOTLINE O12 9877986


BU GAYONG GERAK LAKSAMANA WARISAN DATOK LAKSAMANA HANG TUAH DAN SUNAN KALIJAGA

3 jam sahaja permainan Adirasa(laduni)boleh bersilat dengan segera.boleh bermain senjata dengan cantik.pukulan jarak jauh ,pendinding diri ,senjata ghaib,pengasih,penunduk,,pukulan ,meniru gerak lawan,pembisa,pukulan berganda,,kreatif dan serbaguna(mengikut niat sipengamal).Tidak luka sebarang senjata.

Mustahil ,Mustahil ,Mustahil

Tiada yang mustahil disisi ALLAH
Tak kenal maka tak cinta
Tidak mengunakan jin ,tangkal,seru dll pekara khurafat
Boleh dibuktikan dimana sahaja!
TERBUKA LELAKI/WANITA .ISLAM SAHAJA
Umur 17 tahun keatas rm 300
17 tahun kebawah rm 100
hubungi wakil wakil khalifah PSGMMM



soalan buah kerdas

adakah wajib saya bergelanggang bila sertai kursus ini???

tak dipaksa ,tapi kalau boleh sertai latihan gelannggang satu bonus buat anda ,anda bolih join gelanggang bila bila masa tak semesti sertai kursus ini ,biasa latihan gelanggang seminggu sekali,latihan gelanngang buat mematang gerak tenaga rohaniah

macamana cara nak belajar kursus sehari ini

kita buat kursus ini setiap hari tak pernah cuti walau raya ke ramadan ke raya ke ..

tetap kita buat.kursus ini diadakan diseluruh malaysia dan hanya guru utama yang akan mengijazahkan kita .datanglah berjumpa dengan wakil guru seluruh malaysia no tepon ada kat tepi blog ni.

saya takut nak belajar silat org kata pakai jin???

jangan dengar kata orang saya cam tu dulu gak,anak buah kita siap bawak
amalan ni masa kat mekah ,dan saya sendiri dah sertai majlis majlis tariqat
yang muqtabar saperti NAQSYABANDI,AHMADIAH,QADIRIAH dll
tapi kita takde pun kepanasan ,jika ada jin kita akan kepanasan,mungkin bersilat sorang sorang dan isim.nak tuduh kita pakai jin senang tapi orang

yang tuduh tu dia guna lidah sapa ,lidah jin kut.

macamana nak dapat belajar dengan datuk sendiri???

senang jah turun kelantan kat kb mall tepon saya 012 9877986
atau 0139683786

jauh kelantan tu datuk??

nak sentuhan saya kenalah mujahadah sikit

nak seribu daya toksir ha sudah ,saya sediakan tempat menginap lagi .

ada pantang ke datuk???

takde pantang buat gapo ALLAH suruh tinggal hok Dia larang

orang perempuan bolih belajar juga???

bolih tak de masaalah serupo jah

kalau saya datang seorang seorang takpe ke????

bolih ramai ramai pun tak pe seorang pun kita ajar any time.

kenapa pakai baju hijau???

hijau warna ketenangan ,warna melambangkan ilmu gm ni subur

dan mengenangkan nabi Allah KHIDIR yang berpakain hijau

tidak bersabit dengan mana mana parti politik

ni soalan maut buat datuk ,datuk kata ilmu ALLAH kenapa kena bayar???

tak maut pun hidup lagi..hi hi.. Betul ilmu Allah ni free.tak de bayaran pun

yang kita kenakan fidyah tu untuk jemaah ..give and take lah..kalau tak

mampu duduk rumah saya 6 bulan khidmat dengan saya ,basuh baju ,kemas rumah dll.bayaran tu bukan untuk saya untuk jemaah mengembangkan silat

ni lagi ke seluruh malaysia sebab kita bergerak kemana kemana nak guna duit,

atau awak tlg bayar internet saya setiap bulan saya wi ijazah free ko awak

jangan marah datuk

tak marah...hmm murih jah

satu lagi datuk dapat gelaran datuk ni dari mana ni?

ada raja atau sultan yang bagi ke??

gelaran ini dari anugerah orang orang tua dalam gayong maarifat dan

mendapat perkenan dari dewan perguruan adat dan istiadat ianya

berdasarkan sumbangan kita pada jemaah.lagipun tak salah ini menunjukkan

silat ini mengamalkan warisan adat istiadat budaya lama orang orang melayu

yang tidak bertentangan dengan syariat,ianya amanah

bukan pakai nak berlagak atau riak

ok lah jom minum..radix dulu ..mai secawan




Isnin, 11 Februari 2013

JANGANLAH MENGENAYAI PESAKIT DENGAN ILMU SILAP MATA



Kisah benar yang diceritakan oleh Putri Hayati-ikuti kisah ini....

     Dulu saya jahil tentang agama Allah! Saya pakai susuk dalam bentuk butiran pada muka saya.Betul! saya sendiri lihat bomoh tu tekan butiran susuk itu hingga tertanam di dalam kulit dan daging  di muka saya.

     Hampanya,sehingga lah bomoh itu kini meninggal dunia pun masih tidak ada tanda perubahan pada wajah saya. Apabila saya terima hidayah daripada Allah,saya mula solat,bertaubat dan mengaji al-quran.Saya nekad hendak membuang susuk itu.


         "Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya."

      Kata orang,susuk ini ada pendamping.Bila langgar pantang larang,si pemakai ini akan diganggu olehnya.Tapi,bila saya langgar pantang larang tiada apapun yang terjadi pada saya.Mulanya takut juga.Tapi tak ada apa pun.

      Cuma bila solat saya rasa agak susah untuk khusyuk.Kepala pula selalu sakit kadangkala sampai tak tertanggung rasanya.Kulit muka pula kadangkala rasa panas membahang entah kenapa.Gangguan lain seperti nampak "hantu" atau "karut marut" tu tak adalah.

       Apabila saya mula beramal ibadah,tumbuh rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah di dalam hati saya.Sejak itulah saya nekad hendak membuang susuk dari muka saya ni.Tapi bomoh itu dah meninggal dunia!

       Kata orang,hanya bomoh yang masukkan susuk saja boleh tarik balik susuk dari tubuh si pemakai!!

        Habis kes saya macam mana???

       Pada suatu hari saya tonton satu rancangan televisyen yang menceritakan tentang perubatan Islam. Ustaz M ni pun tunjukkan demo buang susuk dengan guna air zamzam. Saya ambillah alamat seperti yang tertera di kaca televisyen.

       Hujung minggu itu,sampailah saya di pusat rawatannya. Dekat saja dengan kediaman saya. Ustaz M ni mukanya comel dan manis senyumannya. Sewaktu berjumpa saya ceritalah bagaimana mulanya saya pakai susuk.

        Cerita punya cerita..sampai saya berhenti bercakap sampai nak tahu maklumbalas Ustaz M. Tapi,lain pulak jadinya..Dia asyik menceritakan dan mempromosikan buku yang ditulisnya.Giliran saya pula mendengarnya.

        Dari buku sampailah ke minyak wangi.Habis cerita pasal minyak wangi masuk cerita pasal cd bacaan al-quran pula.Seingat saya,banyak lagilah produk yang dipromosikan kepada saya.Bila saya buat muka tak puas hati barulah Ustaz M berhenti promo produknya.Ustaz M bacakan ke telinga saya beberapa patah ayat al-quran sambil telapak tangannya melekap di ubun-ubun rambut saya.Agak lama juga.Saya dengar sajalah.Sudah habis baca,dia suruh saya rendamkan muka ke pinggan berisi air zam zam pul.Saya lihat tak ada apa-apa pun yang keluar!

        "Ini kena buat lima kali ni!"katanya sambil tersenyum.

         Kali kedua,ketiga,keempat dan kelima,saya jumpa Ustaz M.Pun masih tak ada apa-apa hasil.Orang kampung kata,habuk pun tarak!apa pu tarak! Sudahlah kena bayar.Setiap sesi RM 150.Kali lima,RM 750.Melayang duit saya.Tak apalah,asal susuk di muka saya boleh buang!

         "Baiklah,awak datang kali keenam tak ada bayaran dah!" kata Ustaz M.

          Nak buang susuk punya pasal ikutlah saja cakap Ustaz M ni.Saya tak kisah pun dengan byaran sebab perawat islam masa kini menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang ini.Saya pun faham dia kena bayar sewa kedai,bil air,api dan gaji pekerjanya.

          Saya tidak kisah kena bawa limau purut 30 biji.Daun pandan 28 helai.Liau nipis 28 biji.Kena beli lagi air zamzam Ustaz M sediakan sebanyak empat botol kecil berharga RM40.Ada juga minyak ubat sembut kat dalam mulut Rm 20.Beli madu habbatus sauda RM 35.Semuanya diletakkan di atas sejadah. Kena paksa rela beli.Kalau tidak tak cukup syarat nak mengubat.

         Kali keenam jumpa Ustaz M,saya dibawa masuk olehnya ke dalam bilik.Hanya kami berdua sahaja di dalam.Air zamzam sudah tersedia.Entah macam mana Allah gerakkan hati dan mata saya untuk memandang tepat pada celah jari-jemarinya yang nampak berkilau warna emas.Bentuknya panjang macam jarum berwarna emas!Bisik hati saya.

          "Hah! rendamkan muka awak tu kedalam air didalam pinggan dan sedut air zamzam guna hidung dan hembuskan kuat2!!buat beberapa kali!" arah Ustaz M sambil membaca potongan ayat.

           Hati saya dah menggerutu.Saya dah syak,sebab semasa saya rendam dan sedut hembus air di dalam piring tu,jarinya yang mengepit jarum berwarna emas ditepuk kedalam air.Dan...

            Tingggg....!

            "Lihat! susuk awak pakai dah terkeluar!"beritahu Ustaz M.Saya berhenti sedut air zamzam guna hidung. Dan angkat muka pandang ke dasar pinggan yang masih berbaki air zamzam.Terdampar 2 batang jarum berwarna emas d situ.

             Aduhai! Kecewanya saya! Sahlah penglihatan mata saya tadi bukan ilusi.Dan spontan saya cakap pada Ustaz.

              "Saya pakai susuk berlian putih bersinar dalam bentuk hablur ustaz..."

               Serta merta riak wajah Ustaz berubah.Kulit mukanya yang putih bersih itu menjadi kmerah-merahan.Dia jadi serba salah dan tak mahu lawan pandangan sepasang mata dihurung kehampaan... "...errrr... kadangkala susuk kita pakai ni boleh berubah bentuk asalnya!" kata Ustaz M tak mahu kalah.

                Betulkah Ustaz! Hati ini masih bersisa kepercayaan pada Ustaz..Maklumlah ustaz terkenal belajar sampai ke bumi anbia di Timur Tengah..tapi susah nak percaya macam mana butiran kecil berlian macam butiran pil "chi kit teck aun" boleh berubah panjang jadi jarum emas pula!

                 Saya minta bawa balik jarum emas yang dikatakan susuk yg saya pakai tu.Tapi Ustaz M bagi alasan : "Tak boleh,nanti dikhuaitiri syaitan susuk awak pakai dulu tu ganggu hidup awak nanti!"..Saya pun pulang dengan perasaan bercampur aduk.Bila otak saya tak boleh terima susuk boleh berubah sampai macamtu sekali saya pun bertanya pada seorang ustaz di sebuah pusat rawatan islam terawal di negara kita.

                 Sebenarnya,saya nak jumpa Ustaz ni,sebab dengar khabar dia handal buang susuk.Tapi,pakai air zamzam juga.Geramnya,ustaz ni memanjang sibuk.Tak ada masa nak jumpa.Cuma hari tu bersyukur dia dapat jawab panggilan saya.

                 "Kalau pakai susuk berlian dalam bentuk butiran pasti akan keluar berlian juga.Mana boleh tukar jadi emas!"jawabnya. Adakah saya kena tipu dengan Ustaz M?Ya mata saya masih terang lagi.saya melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh Ustaz M dengan mata celik.Saya ulang sekali lagi,saya tak kisah kena bayar berapa pun dan bawa apa pun.

                  Tetapi saya terkilan saya sudah nampak jarum emas terselit di jari ustaz M.Ingatkan syaitan yang dampingi saya yang tipu pandangan saya.Tapi Ustaz M yang taruhkan!Ustaz M lebih penipu dari syaitan!!

                  Ya Allah,saya bersumpah di hari akhirat nanti,saya akan tuntut di hadapan hadrat Allah,perbuatan Ustaz M yang menipu dan temberangkan saya.Saya bukan berprasangka buruk tapi bila say tengok Ustaz M pakai kereta mewah,selalu masuk televisyen pulak tu,saya jadi marah dan kecewa.Ya Allah,entah berapa ramai lagi diluar sana yang telah terkena temberang Ustaz M ini yang memainkan ayat-ayat al-Quran,mempergunakan agama dan duduk di atas sejadah kononnya sentiasa beribadah menyembah Allah.

                   Takdirnya,suatu hari semasa berada di sebuah masjid kawasan kejiranan rumahsaya,terjumpa seorang wanita yang saya panggilnya,"kakak".Wanita itu pernah dan mengaku dia juga "terkena" dan tidak melihat apa-apa perubahan pun dalam dirinya selepas dirawat Ustaz M!

                    Ringkasan penulis,beginilah cara ustaz-ustaz zaman moden ini memperdagangkan ayat-ayat suci al-Quran demi mencari kekayaan dunia.Biarlah Ustaz M dan sewaktu dengannya bermaharaja lela menipu orang ramai dengan title USTAZ dan kewarakan sambil menjaja air zamzam,madu dan habbatus sauda kononnya,inilah perubatan Islam.

                     Ingat,di padang Mahsyar kelak segala-galanya akan terbongkar walaupun sekecil zarah!


Wallahualam.

Jumaat, 1 Februari 2013

amanat ytm


kursus kursus eksekutif perubatan dan persilatan kerohanian islam terbuka buat semua
MILIKI ILMU HAQ WARISAN ULAMA DAN PENDEKAR TERBILANG ZAMAN SILAM .tiada pantang larang ,mudah dipelajari hanya 1@3jam sahaja sekali seumur hidup anda mampu bersilat secara batin (adirasa),memiliki kemanisan dalam beramal ibadat,pandai bermain senjata ,mengusai ilmu dabus(perisai anti marabahaya dan senjata ).pengasihan ,penaklukan dan lain lain 1001 kegunaan mengikut niat kita berminat datang lah ke Pusat Rawatan Tunggak Alam dikota bharu kelantan setiap hari kursus dijalankan hubungi 0129877986 atau 0139683786 .KENALI LAH DIA MELALUI DIA.
tempat tinggal disediakan bagi yang jauh
tiada pantang larang



Salam syahadah buat semua pejuang GAYONG MAARIFAT!!!! YTM ingin mengajak semua ahli dan murid GM BUAT MUHASABAH DIRI :

1. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tetapi maseh belum ada sifat TAAT PD ALLAH, RASUL, GURU serta Ibubapa.

2. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tetapi hati maseh belum ikhlas krn ALLAH maseh suka dan banyak buruk sangka terhadap ALLAH, guru2 dan jemaah ...

3. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi malas berlatih silat, amal seni tafakur melayu dan amal zikir / wirid utk kuat hati, iman, jiwa, jasmani...

4. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi susah hendak bekorban masa, tenaga, wang ringgit....sedangkan semua tau berkorban atas jalan ALLAH ...akan dpt ganjaran nisbah 1:700 dari ALLAH swt...

5. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi hasad dengki, tikam belakang maseh diamalkan, kata mengata... umpat mengumpat sama sendiri maseh jadi amalan...

6. Kita semua kata ingin menjadi pejuang tapi maseh malas menolong jemaah, suka menghabiskan masa dikedai kopi sembang sampai tinggal solat, tidur lewat krn buang masa,bgn pagi malas ...subuh pun tinggal...apa nak jadi sayang semua oiiii!!

BANGKITLAH WAHAI ANAKBANGSA MELAYU ISLAM!! UBAH!! TUKAR PERANGAI SEBEGINI....BUANG SEMUA SIFAT TERCELA!!! HORMATI NASIHAT GURU TUA DAN NASIHAT YTM SELAKU GURU UTAMA GAYONG MAARIFAT...BERSATULAH DLM SATU JEMAAH DAN SATU SAF YG LURUS!! KIBAR PANJI2 SYAHADAH...SATUKAN UMAT ISLAM DLM JEMAAH YG KUAT..

JGN TOLEH KEBELAKANG LAGI BERGERAK SKRG!! SEMUA MURID GAYONG MAARIFAT BUKAN SEORG DUA..... SEMBOYAN JIHAD TELAH DIPALU !!! JGN JADI MANUSIA BACUL!! MALU KITA MENGAKU MURID LAKSAMANA HANG TUAH ....BILANGAN SEDIKIT TAPI MAMPU MEMBUAT KEJUTAN... MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...ALANG2 BERDAKWAT BIAR SAMPAI JADI HITAM ... TAKBIR...ALLAH HU AKBAR 7X...

YTM GURU UTAMA GAYONG MAARIFAT
31hb jan 2013.