Isnin, 7 Mac 2011

ORANG KITO ADA MANA SAJA






macamana nak kenal ahli gm ahli dalam 10 ribu je ,murid beribu -ribu mereka
tak beruniform tapi mereka tetap our best fighter.Hati mereka ada yang lebih baik dari
ahli gm.Mereka rock tapi mereka kenal diri.Syahadah pakaian mereka.
Mereka tidak sangka buruk dengan perjuangan bukan macam bekas ahli gm yang duk
mengutuk dibelakang.Tengoklah nanti mereka ini bikin kejutan.
Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;
' Siapa yang kenal dirinya akan Mengenal Allah ".
Firman Allah Ta`ala;

"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzahir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)

Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika saya tidak kenal diri sendiri, bagaimana saya hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu

bukanlah mengenal bentuk lahir diri saya, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota saya yang dikurnia ini . Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa saya menegnal Allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri saya,,iaitu bila lapar saya makan, bila dahaga saya minum, bila marah saya memukul dan sebagainya. Jika saya bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan saya. Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
• Apakah ada dalam diri saya ini?
• Dari mana saya datang?
• Kemana saya pergi?
• Apakah tujuan saya berada dalam dunia fana ini?
• Apakah sebenarnya bahagian yang saya terima diatas afa`al dan apakah sebenarnya derita yang dialami hari ini juga kemudian nanti?

jika saya tidak mengenal itu bagamana pula islam dan kencintaan pada Allah akan membangkit dalam diri saya
Bagaimana islam akan bangkit dinagara timur kiranya orang lain spt saya yang tak mengenal diri
dan saya yakin nagara timur umatnya tidak spt saya,,sebab itulah islam bangkit ditimur

ORANG kita ada dimana mana sahaja DISETIAP lorong terus berjuang tak pernah meminta ORANG kita rasa biasa kalau dihina ORANG kita ketawa biarpun tersiksa JANGAN cuba menyekat APA kata kita KITA tak pernah berniat untuk berkuasa HANYA satu harapan kita SAMA sama bersatu suara

Oh Suara bersatu suara …SUARA bersatu suara… SUARA bersatu suara…

Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me­nye­­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan