Selasa, 15 Mac 2011

Bulan semakin hampir ke bumi


Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para sanitis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.

Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.

Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.

Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/15/nation/8270079&sec=nation terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.

Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.

Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.

Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

Tentera Tuhan Bertindak

Di akhir zaman ramai manusia 'yang pandai-pandai.
Mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan
Tetapi mereka lupakan Tuhan
Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan
Walaupun tidak dilafazkan
Maka Tuhan isytihar perang terhadap mereka
yang pandai tapi melupakan Tuhan
Tuhan hantarkan tentera angin untuk memusnahkan
Tuhan hantarkan tentera air untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera gempa menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus
dikatakan kuman
Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka
yang sudah lupakan Tuhan
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan,
Tetapi memusnahkan insan,
Melalui tentera-tentera kuman ini,
Lahirlah penyakit-penyakit HIV, Aids, sakit jantung,
kencing manis, barah, paru-paru berair dan lain-lain
Yang menakutkan dan mematikan
Datang lagi tentera-tentera Tuhan
'Selesma burung' namanya yang sangat menakutkan
Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia
penyakit 'denggi' namanya
Yang lebih cepat manusia terkorban
Di mana kepandaian manusia nak melawan Tuhan?
Di mana kuasa manusia nak melawan kekuasaan Tuhan?
Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa
Bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang
Tapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang
Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala
Bila berhadapan dengan tentera Tuhan
Sekarang ini manusia didalam ketakutan
Bermacam-macam tentera Tuhan menyerang
Mereka tidak dapat melawan,
Tapi manusia belum lagi insaf
dan surrender kepada Tuhan
Mereka cuba cari jalan
Untuk mengatasi serangan Tuhan
Tapi makin mereka cari jalan mengatasi
Maka tentera Tuhan makin galak menyerang
Keadaan ini Tuhan terus menyerang
Menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis
Yang tak dapat dihalang
Hingga lahirlah Imamul Mahdi
Orang simpanan Tuhan untuk akhir zaman
Barulah Tuhan meredakan terhadap insan


People-walk-amid-rubble-two-days(Klik Untuk Besarkan!)
People-walk-amid-rubble-two-days-2
Parents-look-at-body-of-their-daughter
Fire fighter takes rest before pile of debris
Man looks at rubble
Buildings destroyed by tsunami are pictured
Person walks past overturned squid-fishing boat ...
Residents-walk-through-debris
Residents walk past cars upturned by tsunami
White smokes rise from fishing boats at port
Minamisanriku town
Burnt out vehicles, that were parked

Tiada ulasan:

Catat Ulasan