MAJALAH 3
Yahudi, Al Quds Tidak Selamanya Milik Kamu
WAHAI Yahudi!
kuku besimu tidak selama-lamanya tajam
sudah hampir sampai masa kukumu copot
taring singa yang ada padamu akan gugur bertabur
benteng besimu tidak selamanya kekal
sekarang sudah mula patah dan reput
di waktu itu pertahananmu terdedah
tunggu pula giliranmu untuk kena belasah
atau menyerah atau bayar jizyah
kamu kebal dan gagah selama ini
sesuai dengan tentera-tentera yang melawan kamu
bukan tentera-tentera ALLAH
mereka adalah tentera-tentera nasionalis
dan tentera-tentera sosialis yang bertindak marah
sedangkan Al Quds bukan kepunyaan kamu
ada Masjidil Aqsa
dan tidak kepunyaan mereka
ia adalah kepunyaan orang-orang ALLAH
mereka itu sedang menyediakan baju taqwa
bila sudah sedia semuanya
mereka akan menjadi orang-orang gagah
fizikalnya dengan manusia hatinya dengan ALLAH
mereka walaupun tidak ramai ke Baitul Muqaddis
tapi ketibaan ke Palestin macam air bah
siapa sahaja yang berhadapan dengan mereka
akan musnah dan punah
sekarang kamu tunggulah
mereka tidak lama lagi akan tiba
di kurun ini juga
mengambil Baitul Muqaddis kepunyaan mereka,
di waktu itu kamu boleh pilih satu di antara tiga
menyerah, jizyah atau musnah.
Jam: 2.25 petang
Chumphon
5.4.90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan