Mengungkai Rahsia Segi Tiga Bermuda
Bagi Anda yang gemar kisah misteri, pasti mengenal Segitiga Bermuda. Wilayah laut di selatan Amerika dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tak terpecahkan. Misteri demi misteri bahkan telah dicatat oleh nakhoda samudera macam Christopher Columbus.
Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauhnya menuju dunia barunya, Amerika, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di wilayah ini. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya beberapa kali berubah-ubah. Padahal cuaca saat itu begitu baik.
Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba para awaknya dikejutkan dengan munculnya bola-bola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Apakah maksud di sebalik semua misteri ini? Tahukah ada suatu peradaban moden di sebalik segitiga bermuda.. dunia lain.... yg lebih maju dari peradaban manusia biasa yang mana ia telah kehadapan beratus abad lamanya... dan kita tidak dapat jelaskan sejauh mana pengetahuan 'mereka' ini... pengetahuan mereka tentang graviti, magnetik, sains, molekul etc adalah lebih advance dan teknologi kita hanya ibarat primitif bagi 'mereka' ini...
The King of Terror and his Kingdom..
Dalam buku Muhammad Isa Dawud "Dajjal akan Muncul dari kerajaan Jin di segitiga Bermuda" menjelaskan banyak perkara ttg keanehan, misteri dan keunikan rahsia segitiga bermuda... 'Bermuda triangle' merupakan satu dimensi dunia lain yang tidak pernah diterokai manusia biasa.. kerana di sinilah letaknya pangkalan dan negara The King of Terror 'Dajjal' dan sekutunya jin dan Iblis...
Apakah kamu semua tahu bahawa kewujudan 'immortal man' Dajjal sejak zaman Nabi Musa, Isa dan Rasulullah saw telah begitu lama sehingga hari ini The King of Terror itu telah membuat perancangan hebat bersama Iblis utk menakluk bumi dan menyesatkan manusia bagi mempertuhankan Dajjal dan Iblis.. inilah agenda terbesar manusia immortal man yang bakal dibunuh Nabi Isa...
Bermuda Triangle begitu moden sehingga beratus abad lamanya ke hadapan dan kita tak manusia biasa tak mampu tembusinya melainkan piring terbang UFO yang mampu berbuat sedemikian dgn kecepatan yang luarbiasa... saya menyanggah teori makhluk asing dari planet lain yang muncul dgn piring terbang ke bumi... ini krn kalau benar peradaban makhluk lain kenapakah Rasulullah saw diutus sbg rahmat seluruh alam? bukankah makhluk asing juga perlu dgr dakwah Islam? dan perlu turun ke bumi utk belajar dgn Rasulullah.. dan mengapa kalau makhluk asing yang moden tidak pernah menakluk bumi dan sekurang-kurangnya cuba berinteraksi dgn manusia melalui radio atau gelombang yang dikira sbg teknologi paling mudah? byk persoalan yang timbul jikalau mempertikaikan kewujudan makhluk yang lebih moden dari di bumi...
Teori piring terbang dan bermuda triangle mmg cukup sesuai... kerana dalam sejarah pelayaran colombus ada menyaakan bebola api seolah piring terbang yang masuk ke bermuda triangle.. manakala di florida dan kwsn sekitarnya sentiasa dihadiri oleh UFO ini.. saya menyokong hujah muhammad isa dawud mengaitkan bermuda triangle dan ufo merupakan entiti moden yang dah wujud beratus lama sejak dahulu lagi...
Kenapakah bermuda triangle begitu misteri? Ini kerana peradaban manusia yang menjadi pengikut Dajjal telah mempunyai dan memperolehi pengetahuan yang cukup byk ttg fizik, sains dan teknologi yang diperolehi sejak beratus tahun lamanya... immortal man dajjal yang bakal mortal di tgn Isa as hidup lama dan belajar sejak zaman firaun ttg sihir dan mentera, pembinaan piramid mesir di kacamata dajjal merupakan satu kelebihan pengetahuan yang tak terdapat pada manusia lain.. seni bina piramid merupakan pencapaian mesir yang hebat, ia mampu memperolehi medan magnetik dan secara fizik ia mempunyai faedah kesannya pada kehidupan dalam piramid...
Bermuda triangle sebenarnya gabungan piramid yang sengaja dibina sbg perlindungan dari pencerobohan manusia... ia mempunyai medan magnetik dan pengetahuan graviti yang cukup luas oleh makhluk di bermuda triangle... suatu masa nanti apabila mereka merancang utk keluar besar-besaran... pastinya ada satu hari yang cukup sengsara di dunia.. satu hari The King of terror Dajjal laknatullah dan sekutunya 'menakluk' bumi dgn kecanggihan bala tenteranya... hari fitnah terbesar itulah 'D-Day' ....Dajjal Day....
Dajjal + segitiga bermuda...
Dalam satu buku karangan (Dajjal akan Muncul dari kerajaan Jin di segitiga Bermuda) oleh muhammad isa dawud berkata Dajjal telah lama wujud sejak zaman nabi Musa as., dajjal ini hayatnya lama.. ia ditangguhkan kematiannya sehingga akhir zaman apabila dia dibunuh oleh nabi Isa as. Dalam satu manuskrip lama yang ada dan dikaji oleh muhammad isa dawud beberapa perkara telah dibongkar antaranya Dajjal ini hidup masa zaman Nabi Musa dan ia terkenal dgn menyesatkan kaum Bani Israel dgn patung anak lembu emas yang boleh bercakap..
Dajjal pada masa itu dikenali sbg Musa as-Samiri.. Nabi Musa berang dan menyuruh as-Samiri pergi dari kaumnya.. bebas ke mana jua tanpa melakukan apa sahaja yang mencederakan as-Samiri.. Samiri dgn bongkak berkata pada nabi Musa apabila ditanya kenapa as-samiri membuat anak patung lembu itu... samiri menjawab.. 'aku mengetahui sst apa yang mereka tidak ketahui, maka aku ambil segenggam dari "jejak rasul" lalu aku melemparkannya dan demikianlah nafsuku memujukku...' (surah toha ayat 96)
Dimiez mencari tafsir HAMKA utk perjelaskan 'jejak rasul' yang diperkatakan dlm surah Toha ini... dalam juzu' 13-17 tafsir hamka mukasurat 211.. ahli tafsir menyatakan bahawa jejak rasul ini adalah tanah bekas tapak kaki kuda Jibril as yg turun ke bumi semasa membelah laut dgn tongkat Nabi Musa as. dan membantu bani Israel dan nabi Musa utk selamatkan diri daripada Firaun...
as-samiri merupakan seorang yang ada ilmu ghaib dan kepandaian yang luar biasa mampu melihat jibril as. dan mengambil tanah tapak kaki kuda itu apabila jibril naik ke langit... dan samiri gunakan tanah itu untuk utk membuatkan patung anak sapi bercakap... dalam bukunya lagi menerangkan ttg kelebihan Jibril as di halaman 92 bukunya menerangkan bahawa apa2 bekas jibril mempunyai kemampuan, ruh dan kekuatan dari Jibril, dan Jibril adalah ruhul-qudus.. ia mempunyai kekuatan untuk hidup di samping memiliki cahaya untuk menghidupkan bangkai dgn kekuasaan izin Allah swt...
Dalam manuskrip berusia yang dibuat kajian oleh muhammad isa dawud ada pada tangan ulama di Palestin yang dijaga turun temurun, ia merupakan catatan yang amat berharga di permukaan bumi ini.. ini krn ia bersambungan lama sejak zaman Nabi Ibrahim lagi (diwarisi turun temurun dari generasi ke generasi cucu cicit Azad bin Harim bin Shafur)... spt mana yang diketahui semua Nabi utusan Allah diperingatkan dgn kedatangan fitnah Dajjal..... Nabi Ibrahim dan Nabi Isa diperingatkan ttg kedatangan Dajjal.. tidak lupa juga pada Nabi Muhammad yang mengingatkan kita ttg fitnah terbesar ini...
Dalam kajiannya lagi.. Dajjal ini 'immortal man' sehingga dibunuh nabi isa.. oleh kerana usianya yang panjang ia cepat belajar dgn kebijaksanaan melaut lebih byk dari keupayaan manusia biasa... ia mampu nampak apa yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera manusia biasa...
Adapun sifat Dajjal itu merupakan sesuatu yang amat hebat tetapi ia kufur pada Allah... dia percaya pada kewujudan Allah tapi ia mahu melawanNya... lalu ia bersekongkol dengan Iblis... dan dia membuat suatu MoU dgn Iblis dalam suatu pertemuan...
Iblis sememangnya menunggu dan menanti-nantikan kedatangan dajjal.. kerana Dajjal adalah manusia yang 'immortal man' sejak zaman Nabi Musa lagi.. dia tidak mati sehinggalah nabi Isa as yang membunuhnya... Dajjal ini mempunyai kebijaksanaan yang cukup hebat sejak zaman berzaman... dia hidup di zaman Firaun, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan sehingga kini di zaman kita ia masih ada dan bersiap sedia dgn angkatan tenteranya yang cukup hebat di pangkalan segitiga Bermuda... Iblis dan Dajjal membina perancangan yang cukup hebat... dgn pengetahuan yang byk mereka mampu membina piramid perlindungan segitiga bermuda yang tak dapat ditembusi oleh manusia biasa di dunia ini... hatta US airforce pon masih bingung dgn fenomena itu..
Kewujudan piring terbang merupakan satu petunjuk sudah dekatnya masa utk dajjal dan iblis menakluk bumi... mereka ingin mengkafirkan semua manusia... kerana dalam satu pertemuan pertama iblis dan dajjal, iblis telah memberitahu..
"Kalau kita berjaya mengkafirkan semua manusia dan mempertuhankan kita yakni iblis sbg tuhan ghaib dan dajjal sbg tuhan nampak bermakna kita telah menang.. dan Allah sudah kalah...."
Kewujudan piring terbang yang cukup hebat dan selalu nampak di kwsn Florida yang berhampiran segitiga bermuda, ia merupakan satu perkembangan pengetahuan dan teknologi yang cukup hebat hasil pemikiran jin, iblis, dajjal, manusia yang hidup di kwsn tersebut.. tentera dajjal kini telah beratus abad moden dari kita semua... percayalah suatu hari nanti.... 'D-Day' Dajjal Day akan muncul dalam satu hari yang cukup sengsara dan satu hari semua pelusuk dunia akan menderita... siapa yang tak ikut dajjal akan tersiksa.. siapa yang ikut dajjal akan selamat.. masa inilah iman manusia teruji....
Dajjal akan menyuruh semua manusia di bumi ini mengakunya sbg tuhan dan nabi... perlulah ingat Dajjal itu sebelah matanya buta.. dan Allah maha agung itu tidak buta...
Sebelum menakluk bumi pada 'D-Day'... kaum yahudi akan menjadi proksi Dajjal.. bermula dari US, UK, Israel etc... semua proksi akan menunjukkan belangnya.. (dah nampak pon skrg neh) semua ini perancangan Dajjal yang membina plot dunia... freemasonry adalah kumpulan tersembunyi kegiatan terancang yahudi dan dajjal... ia cukup halus dan tersembunyi antara yang bersekongkol adalah presiden negara, ketua negara, raja, ahli korporat, tycoon etc.... mereka ini yang akan melengkapkan perancangan Dajjal mencapai 'D-Day' nya...
Adakah anda tidak perasan... kekuatan tentera US ini adalah di bawah kawalan proksi Dajjal... Mereka sudah sampai ke merata dunia... Malaysia sudah dalam bahaya, umat Islam seluruh dalam bahaya.. Dajjal sedang bergelak ketawa dgn melihat kekacauan di bumi... suatu hari nanti dia akan jadi 'penyelamat' dan ambil kesempatan sbg 'tuhan' ... masa inilah jgn lupa utk yakin pada Kaabah... kaabah masih ada dan Dajjal takkan boleh menyentuhnya... Malaikat bersedia menghalang Dajjal walaupun sekuat mana tenteranya... walau semoden manapun peralatannya.. walau sebijak manapun Dajjal dan Iblis...
Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat."
Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah."
Dalam hadis yang lain, "Di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujanpun tidak turun di daerah mereka."
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Merekapun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang sehari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?"
Rasulullah saw menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada mereka: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah saw bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiripun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal tu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Al Masih Dajjal maksudnya menyesatkan. Ketika dunia hampir dengan kiamat yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia ataupun mengkafirkannya. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk membunuh Dajjal itu.
Dajjal memang banyak membawa fitnah dan keburukan, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak ada fitnah (bencana) yang paling buruk semenjak Nabi Adam sampai hari kiamat, selain daripada fitnah yang dibawa al masih Dajjal". (Riwayat Hakim) Mengenai asal Dajjal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut satu pendapat, Dajjal dari golongan jin iaitu termasuk cucu iblis. Menurut pendapat yang lain pula Dajjal adalah dari jenis manusia iaitu cucu Adam as.. Pendapat yang lain mengatakan ayahnya manusia sedangkan ibunya adalah jin. Sebenarnya Dajjal adalah syaitan, samada ia dari jenis manusia, dari jin ataupun campuran dari keduanya. Dajjal akan turun di akhir zaman, tidak pasti apakah Dajjal itu sudah lama wujud atau hanya akan lahir di akhir zaman yang dijanjikan tersebut.
Tipu Daya Dajjal
Untuk mengetahui ciri-ciri Dajjal secara lebih terperinci maka Rasulullah SAW telah menerangkannya dalam khutbah baginda sebagai berikut: "Sesungguhnya tidak ada fitnah atau kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi angkatan kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. " "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Disini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. " "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudahku. Setelah itu nanti ia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun buta huruf. " "Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya hendaklah ia meminta pertolngan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. " "Diantara tipu dayanya juga dia berkata kepada orang Arab: 'Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagau tuhanmu ?'. Orang Arab itu akan berkata: "Tentu". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya, sifat-sifatnya dan suaranya sama. Kemudian ibu bapanya berkata kepadanya: 'Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dialah tuhanmu'. " " Tipu daya Dajjal yang lain iaitu ia bunuh seseorang kemudian dibelah dua. Setelah dia katakan kepada orang ramai: 'Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.' Dengan izin Allah, orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal itu bertanya: 'Siapa tuhanmu?'. Orang yang dibunuh itu kebetulan orang beriman menjawab: 'Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah'. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga. " Sabda Rasulullah SAW lagi: "Diantara tipu daya Dajjal juga, apabila disuruh langit menurunkan hujan, tiba-tiba hujanpun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling hebat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikian tanaman-tanaman mereka semuanya musnah. " " Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kita Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. " Dalam hadis yang lain disebutkan: "Dari Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda: 'Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta yang dipercayai dan orang jujur yang tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai '. Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan