Jumaat, 4 Februari 2011

terkini lagi dari mesir

MAJALAH 3

URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.






SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!

Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan spec ial arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.
Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..
Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.

Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...

Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.
Posted by Medan Info Kita at 4:33 PM
10 comments:

Anonymous said...

tak habis2 fitnah sampai ke luar negara.
Friday, 04 February, 2011
Anonymous said...

Alhamdulillah pada semua yang selamat sampai ke Jeddah sementara menunggu untuk kembali ke Malaysia. Harap anda sekelian akan terus menjaga nama baik negara semasa disana. Memang tanah haram Mekah dah dekat sangat tapi jangan lah pandai pandai nak CURI buat umrah pulak tanpa kebenaran kerajaan Saudi. Nanti kena tangkap tak tentu pasal merengkok dalam penjara disana. Bersabar sajalah tinggal disana buat sementara waktu. Carilah pengajaran yang positif dari pengelaman yang baru dilalui untuk dibawa balik ke Malaysia. Jangan nanti balik buat kenyataan bodoh dan negatif kerana ini semua melambangkan perbadi dan sifat anda yang rendah jatidiri dan tak mampu melalui keadaan yang mencabar. Saya dan bakal bakal majikan yang lain pasti akan memerhatian reaksi anak anak semua nanti. Mana tau kita jumpa untuk temuduga Tiada tempat dalam mana mana organasasi pun bagi mereka yang bersikap negatif, rendah jatidiri dan tak mampu menghadapi 'pressure'.
Ingatlah anda dibawa keluar dari Mesir atas ihsan dan usahakerja banyak pihak terutama kerajaan Malaysia, Tabung haji, syarikat penerbangan dll. Janganlah nanti ada rungutan kesesakan bilik dan makanan tak sedap dan seumpamanya.
Kepada semua pihak yang bertungkus lumus berkerja menyelamatkan rakyaat Malaysia saya ucapkan syabas dan mendoakan keselamatan anda sekelian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan yang diberi.
Akhirnya saya juga mendoakan supaya semua rakyat Malaysia selamat pulang ketanah air dan dapat pulang balik ke Mesir secepat mungkin untuk menamatkan pengajian masing masing.

Live Dari Cairo International Airport Hari Ke 2....

Di Cairo International Airport, jam sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang.

Proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk dibawa ke Jeddah masih giat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu mensabotaj dengan terus menerus menyebar berita palsu mengenai nasib pelajar pelajar ini sekiranya dibawa ke Jeddah.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom masih menerima sms dari Malaysia yang bertanyakan apakah benar pelajar pelajar akan dibiarkan sahaja di Jeddah sekiranya mereka tidak punyai wang untuk membayar tambang pulang ke tanahair..?

Sehingga waktu laporan ini dibuat, sudah hampir 2,300 pelajar yang telah berjaya dibawa keluar dari bandar Kaherah dimana tahap keamanan disini semakin merisaukan... Para petugas sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia tanpa mengira penat lelah masih bertungkus lumus menguruskan keberangkatan pelajar pelajar ke Jeddah.

“insya allah, menjelang malam ini nanti seramai 3,500 akan berangkat ke Jeddah..” jelas Dato Azeez, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia.

Saksikan Rakaman Petang Ini – Berita Bergambar Hari Ke 2 Blogmaster Di Cairo International Airport;

Salah seorang Sukarelawan, Sdra Hisham [Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor], sedang memeriksa senarai "Passenger Manifest" sebelum proses mendapatkan Boarding Pass untuk pelajar pelajar Malaysia

Terpancar keriangan diwajah anak anak kecil ini untuk pulang ke Malaysia....

Menanti dengan penuh kesabaran...

Kumpulan pelajar pelajar daripada Universiti Al Azhar Mesir.....

Wakil wakil dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] ditenangkan oleh salah seorang Sukarelawan. PMRAM masih tidak yakin dengan semua "arrangment" pihak kerajaan Malaysia yang akan membawa pulang pelajar pelajar kita ke tanahair..... Syabas Sdra Anuwar @ Arab..!!

Petugas petugas dari Kedutaan Besar Malaysia di Mesir membuka "kaunter" menyiapkan senarai nama pelajar pelajar untuk diberikan Boarding Pass... Tahniah..!

Duta Malaysia di Mesir, Dr Mohd Fakhiruddin turun padang.... Beliau mahu pastikan semua proses berjalan lancar.

Datuk Tajuddin Abdul Wahab dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]

Dato Seri Shahidan Kassim..., beliau juga tiba di Cairo untuk sama sama membanting tulang memastikan pelajar pelajar Malaysia selamat berangkat secepat mungkin

Ketua Delegasi, Dato Seri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay bertanya khabar dengan pelajar pelajar Malaysia yang sedang menunggu giliran mereka menaiki pesawat ke Jeddah...

Dato Azeez memberikan pesanan kepada pelajar pelajar Malaysia yang sedang menuju masuk ke Departure Hall untuk ke Jeddah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan