Ikrar Ahli Gayong Maarifat
IKRAR AHLI
PERSATUAN SENI SILAT
GAYONG MAARIFAT MALAYSIA
Dengan Lafaz
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Kami anak - anak Gayong Maarifat berikrar akan :-
Menegakkan Syiar 2 Kalimah Syahadah di atas muka bumi ini.
Menjaga dan memelihara maruah Gayong Maarifat dengan seluruh jiwa dan raga
Melaksanakan segala usaha yang terdaya dalam mencapai cita - cita Gayong Maarifat
Memelihara Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Maruah Bangsa Melayu
Mentaati kepimpinan Gayong Maarifat dengan hati yang ikhlas
Dan Kami sebagai Rakyat Malaysia berikrar akan:-
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetian Kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Dan selaku umat Islam kami berpegang kepada Lima Rukun Islam:-
Mengucap 2 Kalimah Syahadah
Menunaikan Solat Sehari dan Semalam 5 waktu
Berpuasa penuh di Bulan Ramadhan
Menunaikan Zakat
Menunaikan Haji (sekiranya mampu)
Serta Kami menetapkan hati dengan menghayati Rukun Iman iaitu:-
Beriman Kepada Allah
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Rasul
Beriman Kepada Kitab
Beriman Kepada Qada & Qadar
BEriman Kepada Hari Kiamat
DENGAN KALIMAH LAILAHA ILLAH KAMI AKAN MELAKSANAKAN SEGALA IKRAR & JANJI KAMI
Sejarah Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
Gabungan 3 jenis aliran persilatan
Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia telah diasaskan oleh Tk Syeikh Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.
PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian melayu tua. Seni Silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan serta bela diri dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan Jawa Tengah (di ambil dari maklumat terkini Tk Syeikh Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri). Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.
Disamping kesenian, unsur spiritual kerohanian islam di terapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat. Ilmu ini juga pernah dimiliki oleh Laksamana Hang Tuah, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan pendekar - pendekar melayu zaman silam.
Gabungan seni silat tua dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan Jawa Tengah, telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah s.w.t.
Gayong Maarifat merupakan salah satu di antara silat melayutua yang berada di Malaysia. Disiplin silat tua di gunapakai oleh setiap ahli yang melahirkan sebuah gerak silat yang amat unik dari gerak tari dan pergerakkan dan pergerakkan permainan. Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam turut sama di terapkan dan amat dititik beratkan, seperti membaca serta mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari unsur sihir, penguat semangat, fikiran serta perasaan murid-murid Gayong Maarifat.
Kaedah bela diri dan kesenian dalam Gayong Maarifat terbahagi kepada 7 jenis permainan iaitu
- Buah Pukul minang
- Sendeng Dua Beradik
- Terlak Sumatera
- Cekak Minang
- Harimau Minang
- Panglima
- Laksamana
Kesemua permainan ini telah di susun dalam bentuk mata pelajaran yang kemas dan mengikut tahap permainan murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan