Jumaat, 5 Ogos 2011

anak anak gm kelate ke lenggong perak ??????? untuk APA...


























bigphoto
Sejarah Awal Lenggong

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).
Dengan bersusah payah dia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong". Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong". Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan