PANGLIMA WILAYAH TIMUR (TUNGGAK ALAM)  0129877986  @  0139683786

Tiada catatan. Tunjukkan semua catatan
Tiada catatan. Tunjukkan semua catatan
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

IBU GAYONG ILMU PERISAI HAQ DIRI




Rahsia permainan dabus didedahkan oleh PSSGMM bukan
untuk tujuan riak atau takbur.
Ia juga bukan untuk mendabik dada PSSGMM silat terbaik di Malaysia.Tujuan sebenar adalah untuk mendedahkan rahsia atau teknik para ulama dan pendekar zaman silam mengolah tenaga rohaniah mereka tanpa bantuan jin,syaitan,tangkal dalam berhadapan perkara perkara yang membahayakan nyawa seperti dirompak,diugut,diserang senjata tajam dan lain lain.

DABUS DAN RAHSIANYA


PUSAT RAWATAN KAMI
kami menawarkan perkhidmatannya kepada semua kaum tanpa mengira bangsa atau agama.Temui kami segera . Kaedah rawatan yang disediakan di sini adalah seperti berikut ;Terapi Syahadah, Rawatan Aura / Gelombang / shifa dan doa mustajab , pemeriksaan (scan )percuma setiap hari. untuk berjumpa sila buat temujanji/pertanyaan di 0129877986 kursus kursus beladiri dan rawatan tenaga rohaniah selendang diisi dengan enrgy pelaris ,pengasih ,penunduk dan pemanis JENIS RAWATAN / PERMASALAHAN - Penyakit biasa pada tubuh -kaunseling - Penaik seri(bagi yang akan berkahwin,temuduga dll) - Pendinding - Dianogsis penyakit - ahli keluarga yang lari dari rumah -air pelusuh -lemah semangat - Penyakit kronik pada tubuh. - Migraine - Batu karang - Kanser - Resdung - jantung - Penyakit gangguan rohani @ jin. - Gangguan makhluk halus

MILIKI ILMU HAQ WARISAN ULAMA DAN PENDEKAR TERBILANG ZAMAN SILAM .tiada pantang larang ,mudah dipelajari hanya 1@3jam sahaja sekali seumur hidup anda mampu bersilat secara batin (adirasa),memiliki kemanisan dalam beramal ibadat,pandai bermain senjata ,mengusai ilmu dabus(perisai anti marabahaya dan senjata ).pengasihan ,penaklukan dan lain lain 1001 kegunaan mengikut niat kita berminat datang lah ke Pusat Rawatan Tunggak Alam dikota bharu kelantan setiap hari kursus dijalankan hubungi 0129877986 atau 018 9080949 .KENALI LAH DIA MELALUI DIA.

tempat tinggal disediakan bagi yg jauh

YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM

YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM

orang orang besar bergelar bersama Tuanku

orang orang besar bergelar bersama Tuanku

PANGLIMA WILAYAH TIMUR

PANGLIMA WILAYAH TIMUR

PAHLAWAN PAHLAWAN KAMI

PAHLAWAN PAHLAWAN KAMI

PSSGMM memegang amanah menjaga kedaulatan Raja Raja Melayu

PSSGMM memegang amanah menjaga kedaulatan Raja Raja Melayu

Lencana Facebook

Datuk Nahza II

Reka Lencana Anda
Visit Silat.TV

Visit Silat Melayu Community

GURU UTAMA KAMI DAN KHALIFAH PERANG AL QADIRI

GURU UTAMA KAMI DAN KHALIFAH PERANG AL QADIRI

Arkib Blog

  • ▼  2017 (7)
    • ▼  September (7)
      • KURSUS EKSEKUTIF
      • AMARAN KERAS !!!!MURID YANG GILA NAK JADI GURU,
      • Ucapan Mencuit Hati DYMM Sultan Muhammad ke-V
      • Hentikanlah tindakan negatif yang merugikan negara...
      • SEMINAR TRANSFORMASI MUSLIMAH DI BUMI PAHANG ,TERB...
      • abg bali 27 ogos 2017
      • PERUTUSAN DARI PM (MERDEKA 2017)
  • ►  2014 (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (12)
  • ►  2012 (71)
    • ►  Disember (7)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (3)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Jun (8)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (14)
    • ►  Mac (11)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (67)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (12)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (18)
    • ►  Februari (7)
    • ►  Januari (4)

OUR WARRIORS IN ACTION

Catatan Popular

  • GAYONG MALAYSIA VS GAYONG MAARIFAT
    sering juga ambo ditanya apa kah gayong maarifat ini pecahan dari silat gayong yang diasaskan oleh Allayarham Dato Meor Abdul Rahman ,jawap...
  • BRUCE LEE MATI DITANGAN SILAT MELAYU
    Bruce Lee mati kerana tewas dengan silat Melayu? Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk mel...
  • SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA (PSSGMM)
    Pertama sekali, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) yang memakai gelaran YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji...
  • Nabi Khidir as dan air kehidupan (maul hayat)
    Kisah ini tentang  Nabi Khidir as  dan Raja Iskandar Zulkarnaen atau Iskandar Agung atau Alexander the Great, yang mencari  air...
  • P RAMLEE DAN SENI TEKPI
    Sebalik Senjata Tekpi P Ramlee Oleh Adam Salleh MELALUI filem 6 Jahanam , Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersilat d...
  • 7 WASIAT UNTUK ORANG MELAYU...!!!!
    Sumpah pendekar Datok Panglima dan hulubalang Musuh bukan tradisi musuh datang kita tentangi musuh terpa kita gempur musuh bersembunyi kita ...
  • Taman Perbandaran Tengku Anis
    TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS terletak lebih kurang 5km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa adalah antara tempat rekreasi y...
  • Raja Ashman Shah Selamat Dimakamkan
    IPOH: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini ak...
  • KURSUS EKSEKUTIF
    Anda ada masa untuk pening kepala...  😇 Sertai kursus silat fast eksekutif untuk anda 🤝 Anda tiada masa untuk bergelanggang silat.. ...

Senarai Blog Saya

  • Tahu, Faham & Amal
    Tiada Paksaan Dalam Agama ? Apakah Penjelasannya ? - Dr Mohd Khafidz SoroniBARU-BARU ini tular sebuah video seorang pemuda dalam satu sesi siaran langsung di sebuah media sosial meluahkan hasrat untuk keluar ...
    10 bulan yang lalu
  • Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt » Bertawassul dengan athar Rasulullah
    𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...
    5 tahun yang lalu
  • THE RISINGS ULTIMATE WARRIORS FROM THE EAST
    AMARAN KERAS !!!!MURID YANG GILA NAK JADI GURU, - 1 Syahadah 1Gerak 1 Hati Allah Hu Akhbar!! Salam Syahadah Dan Salam Sayang Buat Semua Murid Dan Pejuang Gayong Maarifat Sedunia…Baru-baru ini Setiausaha ...
    8 tahun yang lalu
  • MistisFiles
    -

perisai syahadah bukan takat parang ,peluru.santau bahkan sebarang bahaya

perisai syahadah bukan takat parang ,peluru.santau bahkan sebarang bahaya

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA





PENDEKAR DAN SERIKANDI TERUSKANLAH BERJUANG,USAH GENTAR CABARAN DAN UJIAN ,BERSATU KITA TEGOH BERCERAI KITA ROBOH,JANGAN BIARKAN BUDAYA NEGATIF MELANDA KITA,KITA BERSATU SEMUA MENENTANG SEGALA ANGKARA.
Ingat pesan GURU "Wahai murid muridku,Beramallah dengan tekun dan gunakanlah ilmu ini diatas jalan kebaikan semoga kita mendapat Restu dan Naungan Allah s.w.t.Baikilah akhlakmu,bicaramu,hatimu,nafsumu,ibadahmu dan hubungan dengan Allah s.w.t.Buangkanlah segala sifat tercela dan jadikanlah sifat mahmudah(suka kepada kebaikan )sebagai perhiasn hidupmu.Jangan bertindak menurut perasaan ,berfikirlah dan rujuk kepada
Gerak sebagai panduan Insya Allah selamat"Ya Allah ,berkatilah usaha kami yang hina ini,
Jadikanlah usaha kami ini sebagai jaminan kasih sayang dan rahmatMU terhadap kami dan kedua ibu bapa kami serta ahli keluarga kami dan rakan rakan seperjuangan kami Dunia dan Akhirat" 24 sya'ban 1426

Ilmu yang kami warisi ini adalah warisan Ilmu daripada wali /pendekar zaman silam dari Tanah Melayu,Sumatera dan Jawa Tengah.Jika Datok laksamana Hang Tuah,Datok Bahaman,Panglima Mat Salleh boleh hebat dalam pertempuran kerana ilmu masing masing kenapa tidak kita?
Mereka insan kita juga insan dari kejadian yang sama, yang penting belajar rahsianya,tahulah kita.Jangan merasa dengki atau hairan, kalau orang lain boleh bersilat secara tiba tiba dan memiliki berbagai kelebihan dalam alam kependekaran.Jangan suka menuduh ,mengata orang tak betul,Cermin diri dulu secara mendalam Tengok kerangka anda besar atau kecil,tahu dimana anda dan apa cara kesudahan hidup anda nanti! Baiki diri sendiri baru baiki orang lain.Wallahualam........
Tujuan kami hanyalah untuk mendidik anak bangsa supaya mengenali,mengamalkan Ilmu dan rahsia pendekar tua ..Kami tidak handal dan yang hebat cuma Allah S.W.T.Kami mengamalkam ilmu TAUHID & bertawakal kepada Allah S.W.T. berusaha dengan ilmu kependekaran Melayu untuk menyelamatkan diri jika diceroboh atau diserang.Ilmu kami tidak guna tangkal ,jin dan lain lain benda tahyul yang menyesatkan.Tidak percaya,silalah datang berjumpa kami untuk dibuktikan segala apa yang diperkatakan.Kalau Nurul Syuhada pengacara Majalah 3 boleh berjumpa kami di Kelantan dengan sekali call sahaja,apatah lagi anda...!
Sebagai Pendekar Melayu yang bermaruah tidak sekali-kali bermain dengan kata kata atau tulisan,apa yang dikata itulah yang dikota.Sebagai pendekar Melayu kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar,takut kerana salah,dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.Taat kepada Allah S.W.T dan Rasul,Raja serta tunduk kepada pemerintah.Adat bersendikan syarak kami hayati,Itulah tatacara hidup kami pendekar Melayu
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA




sayap kiri serikandi yang mantap

sayap kiri serikandi yang mantap

kursus perubatan peringkat tinggi



Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan atau membuka Pusat Rawatan Alternatif.

Dalam kursus ini pintu tenaga pada tubuh peserta akan dibuka menurut cara kerohanian Islam.
Pelbagai faedah dapat dimanfaatkan dengan tenaga tersebut. Antara yang akan diajar:

- Mengurut zahir dan batin
- Anak degil, ilmu bersuami isteri
- Memagar rumah, diri dan keluarga
- Gelombang tenaga, aura, warna aura, herba & Al Quran
- Kaedah perubatan menggunakan aura, tenaga dalam & fadhilat ayat
- Kaedah merawat penyakit zahir dan batin
- Penggunaan aura dalam pelembut/pemanis/penarik
- Melihat orang yang jauh (telepathy/remote viewing)
- Mandi bunga/limau/buang tenaga negatif
- Pendinding diri, pengasih diri, pelindung diri
- Kaedah mengumpul energy/tenaga aura dan mengembangkannya
- A.K (Applied Kinesiology)
- Terkena sihir, saka, gangguan halus, resdung, luka dalam,barah
Sakit kronik dll

Adakah anda berminat menjadi seorang pengamal perubatan alternatif profesional dalam bidang perubatan menyeluruh menggunakan kaedah Tenaga Rohaniah dan Tenaga Alam (PUTRA) atau General Medical Spiritual and Universal Energy (GMsue) ?

Kami bersedia membantu merealisasikan impian anda .

silibus permainan


Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia(PSSGMM)merupakan salah satu persatuan seni Silat Gayong diMalaysia.
PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

SEJARAH


PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM

Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

PELAJARAN


Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:

Buah Pukul Minang
Sendeng Dua Beradik
Terlak Sumatera
Cekak Minang
Harimau Minang
Panglima
Laksamana
Kesemua pelajaran ini telah disusun dalam bentuk kurikulum pelajaran yang kemas dan setiap pelajar perlu mengikuti ujian kenaikan bengkung bagi menentukan kelayakan setiap pelajar.

TAHAP BENGKUNG


Tahap bengkung dalam PSSGMM terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-

1. Cindai Kuning. a) Cindai Kuning Pelangi Biru Satu b) Cindai Kuning Pelangi Biru Dua c) Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

2. Cindai Merah a) Cindai Merah Pelangi Hijau Satu b) Cindai Merah Pelangi Hijau Dua c) Cindai Merah Pelangi Hijau Tiga

3. Cindai Hijau a) Cindai Hijau Pelangi Kuning Satu b) Cindai Hijau Pelangi Kuning Dua c) Cindai Hijau Pelangi Kuning Tiga

Setiap tahap bengkung dalam pembelajaran PSSGMM memakan masa 3 bulan untuk sampai ke tahap kemahiran.

Pihak PSSGMM bercadang untuk memperkenalkan tahap cindai kuning kepada pelajar sekolah kerana ia mudah dipelajari, boleh digunakan dalam pertandingan silat olahraga dan pertunjukan sebagai ilmu bela diri.

Disamping sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Cindai Kuning Pelangi Biru Satu
Matapelajaran di gelanggang
Senaman Tua
Pernafasan 5
Pelebat Sendeng Terlak
Tubi 9
Taji 7
Pecah Pukul 7
Golek Anak Harimau
Majlis Mandi Adat Penerimaan Murid
Limau nipis 2 biji + limau purut 1 biji
Belanja kenduri pelajar : RM 85
Tujuan mandi adat ini diadakan adalah untuk memasukkan doa keselamatan, pagar diri ke dalam limau bagi ,melindungi murid-murid Gayong Ma’arifat dari kecelekaan dan sihir.

3. Majlis Adat Pengijazahan & Pembukaan Tenaga Minda a) Doa selamat b) Ucapan pengenalan tenaga minda oleh Guru Utama c) Pembukaan pintu tenaga minda oleh Guru Utama (majlis dibuat secara tertutup) d) Kenduri doa selamat untuk meraikan murid-murid Gayong Ma’arifat, tetamu, ibubapa, murid-murid GM. (majlis dibuat secara terbuka. e) Pertunjukan silat oleh gelanggang GM berkenaan & gelanggang GM jemputan.

Permainan Langkah Laksamana

Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x
Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x
Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x
• Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju • Disamping itu, anda akan diajar dengan petua senjata

Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
Ujian kemahiran kenaikan bengkung

• Matapelajaran cindai kuning pelangi biru satu (Fizikal & tenaga) • Tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Dua

1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat Gembur Harimau b) Asas 9 Gayong semilar sakti c) Pecah pukul 9 d) Pecah pukul 11 e) Tangkisan serangan > Bawah : Kaki / Sisi Tengah : Sendeng Atas : Siku / Sendeng

f) Petua membaca gerak musuh (pandang antara bahu & tengah tubuh

g) Rencah : Asas (Pelebat, Tubi, Taji, Pecah pukul) • Pukul / elak / pukul • Sederhana laju (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x

2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x

3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata betul & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju.

3. Rencah : Kemahiran Tempur - Gabungan seluruh pelajaran pelangi satu & dua yang direncahkan dalam pertempuran secara laju. Waktu pertempuran, pesilat dikehendaki menggunakan petua & akal & diselangi dengan permainan gerak langkah laksamana secara berselang-seli. Tujuan latihan ini, untuk melatih pesilat, boleh bersilat dalam keadaan biasa atau menggunakan tenaga minda. - Gunakan sarung tangan

Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG

Matapelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru Dua(Fizikal & Langkah Laksamana) - Tempur satu lawan 2 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat gempur tuah b) Pecah pukul 13 c) Rahsia langkah 1, 2, 3, 4. d) Rahsia sasaran pukulan : - Pangkal telinga 100% - Dahi 60% - Hidung 60% - Dagu 50% - Halkum 90% - Ulu Hati 80% - Penyawa 100% - Rusuk 60% - Bawah Ketiak 60% - Sendi-sendi tubuh 80%

e) Kincir tangan : - Buang - Buang pukul

f) Kincir siku - Buang - Buang pukul

g) Tempur rencah ( kemahiran 2 ) (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

a) Latihan silat tangan kosong : Pukul / elak / pukul / tangkap 21x b) Latihan silat senjata keris : Tikam / elak / tikam / tangkap 21x c) Latihan silat senjata parang : Tetak / elak / tetak / tangkap 21x



- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu

Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )
UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG - Matapelajaran CIndai Kuning Pelangi Biru Tiga (Fizikal & Langkah ) - Tempur 1 lawan 3 serta kreativiti permainan individu

TUJUAN DAN MATLAMAT


Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.

Datuk Seri Orang Kaya Setia Tunggak Alam. Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.